letupan bom nuklear

Semenjak kemunculan kuasa nuklear pada pertengahan abad ke-20, banyak negara telah berlumba untuk menguji senjata terhebat mereka. Negara kuasa besar seperti USA, UK, dan Russia semuanya telah menghentikan ujian mereka pada tahun 90-an iaitu pada penghujung Perang Dingin, setelah menandatangai perjanjian damai pengharaman ujian peluru berpandu nuklear pada 1996.

BESARKAN TEKS     A-  A+

letupan nuklear

Bagaimanapun negara kuasa kebangkitan seperti India dan Pakistan tidak menandatangani perjanjian itu. Korea Selatan merupakan salah satu negara lagi yang disyaki mengumpul senjata nuklear walaupun mereka berjanji untuk menghentikan program nuklear pada tahun 2005.

Jadi ada kemungkinan ujian nuklear masih lagi dijalankan di seluruh dunia, akan tetapi di mana? Ini kerana tempat ujian ini biasanya dirahsiakan, namun begitu dari masa ke semasa ia akan diketahui umum juga. Kami ingin berkongsikan bersama anda 10 tempat rahsia ujian senjata nuklear yang membinasakan ini.

10. Totskoye, Russia

totskoye russia

Russia mempuntai beberapa tempat tidak berpenghuni seperti di Siberia yang sangat sejuk. Amat mengejutkan apabila salah satu tempat ujian nuklear mereka ialah tempat yang mempunyai penduduk di selatan jajahan USSR iaitu Kazakhstan. Tempat ini telah dipilih oleh wira perang iaitu Georgy Konstantinovich Zhukov untuk ujian pada 1954, di mana para tentera diberitahu bahawa mereka perlu membuat latihan persedian letupan nuklear dengan peranti nuklear palsu dihidupkan.

nuclear russia

Tujuannya adalah untuk menguji tindakbalas dari tentera dan peralatan mereka di dalam kejadian letupan nuklear. Pihak tentera diarahkan masuk ke kawasan tersebut setelah 3 jam berlakunya letupan. Sejumlah penduduk kampung juga telah diarahkan untuk keluar, akan tetapi sebahagian lagi tidak menyedarinya termasuklah pihak tentera.

Dengan tragisnya ramai tentera dan penduduk tempatan mati disebabkan kanser, akibat daripada radiasi letupan nuklear yang mereka terima. Salah satu kisah sedih bagaimana kerajaan mengutamakan senjata berbanding penduduknya sendiri.

9. Iron Range, Australia 

taman iron range australia

Taman negara Iron Range kini dikelaskan sebagai hutan hujan yang asli, akan tetapi adakah ia pernah menjadi tempat rahsia ujian nuklear semasa Perang Dingin? Marie Strain berpendapat sedemikian, apabila ayahnya Brian Stanislas Hussey mati akibat kenser pada pertengahan tahun 60-an setelah beberapa tahun mengambil bahagian dalam “Operasi Letupan”.

Operasi ini menyaksikan alat nuklear diterbangkan dan diletupkan oleh pihak tentera UK, USA, dan Australia untuk menguji bagaimana hutan hujan ini boleh tahan dengan kesan letupan itu. Sesetengah dokumentasi mengatakan ia adalah letupan nuklear akan tetapi menurut jurucakap untuk kementerian pertahanan iaitu Peter Reith memberitahu, ia adalah letupan TNT yang digunakan bagi simulasi keadaan yang sebenar. Kita mungkin tidak akan mengetahui mana satu yang benar.

8. Semipalatinsk, Kazahkstan 

kurchatov city

Semipalatinks ini adalah tapak ujian nuklear di Kazakhstan dan juga dikenali sebagai " The Polygon". Ia merupakan tempat ujian utama USSR dan seperti Totskoye, hanya sedikit sahaja tumpuan yang diberikan kepada penduduk tempatan. Di dalam 40 tahun dari 1949 sehingga 1989, terdapat sebanyak 456 ujian yang telah dilakukan di sini.

kazazhstan nuclear test site

Pelbagai kesan sampingan yang berlaku dan ditutup oleh pihak berkuasa Soviet dari pengetahuan umum untuk sekian lamanya. Akan tetapi surat yang dikeluarkan oleh kedutaan Kazakhstan menceritakan tentang pelbagai penyakit yang menakutkan telah muncul akibat dari ujian nuklear yang dijalankan. Walaupun tapak ujian ini telah ditutup pada tahun 1991 tetapi kesannya akan dirasai untuk jangka masa yang panjang.

7. Enewetak Atoll, Pulau Marshall 

enewetak atoll

Jika anda fikir bahawa kekejaman Perang Dingin hanya dilakukan oleh pihak Soviet sahaja, ini pula adalah sebahagian contoh kerosakan alam semulajadi yang dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat. Pulau yang terbentuk oleh batu karang ini suatu masa dahulu amat cantik dan kini dikenali dengan “sampah nuklear Lautan Pasifik”. Ini kerana banyak ujian letupan yang dijalankan di sini pada tahun 1940-an sehingga 1950-an.

tempat rahsia ujian nuklear di seluruh dunia

Operasi pembersihan dimulakan pada tahun 1977, di mana ia menelan belanja sebanyak USD 239 juta dan kebanyakan material radioaktif masih tertanam di bawah semen berbentuk kubah (gambar) ini. Pada tahun 1980, pulau ini telah diisytiharkan selamat dan penduduk telah kembali ke tempat ini. Pihak kerajaan Amerika juga telah membayar pampasan kepada kaum Marshallese dan melanjutkan proses pembersihan. Namun begitu risiko kanser adalah lebih tinggi bagi penduduk pulau ini berbanding yang lain kerana pendedahan radiasi ini.

6. Jornada Del Muerto, New Mexico 

jornada del muerto

Merupakan tempat pertama senjata nuklear diletupkan pada 1945, dengan mengunakan nama samaran “Trinity”. Terdapat 8 tempat yang diambil kira akan tetapi salah satu yang terbaik iaitu di Gurun Mojave telah dibatalkan kerana ketua projek ini General Leslie Groves, tidak sama sekali menyukai General George S. Patton yang merupakan ketua di tapak tentera Mojave.

Sebaliknya New Mexico menjadi tapak yang dipilih dan pada 16 Julai 1945, bom itu diledakkan. Letupan itu menghasilkan kawah sedalam 3 meter dan seluas 340 meter, akan tetapi kesan jangka panjangnya yang membuatkan ia sangat membinasakan. Direktor ujian ini iaitu Kenneth Bainbridge berkata kepada rakan sekerjanya sejurus letupan pertama itu, “sekarang kita semua akan celaka”. Sehingga kini tapak ujian Trinity ini mempunyai kadar radiasi 10 kali ganda dan akan berada di situ sekurang-kurangnya 50 tahun akan datang.

5. Pulau Christmas

christmas island

Tempat ini juga dikenali sebagai Kiritimati dan merupakan tempat ujian bagi British dan Amerika pada tahun 50-an dan 60-an. Pihak British meledakkan bom pertama mereka pada November 1957 dan meneruskan dengan letupan atmosfera pada 1985 sebagai “Operasi Grapple”. Pihak Amerika pula menjalankan 22 letupan di sana pada tahun 1962. Tiada satu negara pun yang memindahkan penduduk pulau itu dan ada laporan mengatakan pihak tentera yang terlibat juga tidak diberi pakaian perlindungan yang betul.

Namun kesan alam persekitarannya yang jelas kelihatan. Terdapat hujan lebat yang pelik sejurus selepas letupan berlaku, banyak ikan mati mula timbul di permukaan air dan ribuan burung menjadi buta akibat cahaya dari letupan itu. Hal ini kemudiannya disahkan oleh tentera yang terlibat di dalam ujian ini. Kesan buruk jangka panjang terhadap pulau ini masih tidak jelas.

4. Lop Nur, China

lop nur

China merupakan salah satu lagi kuasa di mana pihak Barat seringkali mencurigai apabila masuk mengenai senjata nuklear. China sudah mula melakukan ujian pada 1964 dan bersetuju untuk menghentikannya apabila menandatangani CTBT (Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty) pada tahun 1996. Walaupun begitu pada tahun 1998, ujian rahsia telah dijalankan di Gurun Taklimakan, di daerah Xinjiang.

Perdana menteri Britain ketika itu Tony Blair telah terbang ke China untuk membincangkan hal itu mengenai kecacatan dan kadar kanser yang meningkat sebanyak 35% di daerah itu berbanding tempat lain di China. Masih tidak dapat dipastikan samada ujian masih diadakan di China atau tidak, akan tetapi kerajaan China tidak bercadang untuk menghentikan usaha membangunkan senjata nuklearnya.

3. Punggye-ri, Korea Utara

p unggye

Korea Utara telah mengumumkan bahawa mereka sedang berperang dengan Korea Selatan dan telah menjalankan beberapa ujian senjata nuklear di mana salah satunya tempatnya ialah di Punggye-ri, tidak jauh dari persisir pantai bahagian barat negara itu. Sebanyak 6 kali ujian peluru berpandu telah dijalankan di sini.Melalui imej satelit, terdapat 3 terowong yang menghubungkan tempat ini dengan dunia luar.

Pada 2016 siaran berita di Korea Utara melaporkan telah berjaya melakukan ujian peluru berpandu mereka yang ke-4 di kawasan Punggye-ri ini. Namun yang menyedihkan ialah penduduk tempatan yang menjadi mangsa. ada laporan mengatakan penduduk berhampiran tapak ujian ini trlah dilarang untuk memasuki ibu negeri iaitu Pyongyang kerana dikhuatiri dijangkiti kesan radiasi.

2. Area 51, Amerika Syarikat

area 51

Antara rahsia yang paling terkenal di dunia, iaitu Area 51 yang seringkali dikaitkan dengan makhluk asing ini sebenarnya juga digunakan sebagai tapak ujian nuklear. Diberi nama Projek 57, satu tanah khas yang dipanggil Area 13 telah dibangunkan seperti sebuah bandar Amerika yang lain dengan bangunan dan kaki limanya, dan juga haiwan hidup yang dibawa ke situ. Ini bagi tujuan untuk mengkaji kesan sampingan akibat letupan itu kepada kehidupan atau populasi manusia.

Bom itu diledakkan pada April 1957, dan telah menyebabkan kawasan seluas 895 ekar persegi tercemar dengan Plutonium. Sebahagian kerja pembersihan telah dijalankan akan tetapi selebihnya hanya ditutup dengan pagar kawat sahaja. Tempat ini telah ditutup pada tahun 1973 akan tetapi ada laporan mengatakan ada ujian lain dijalankan di situ sebelum ianya ditutup.

1. Quds, Iran 

quds iran

Salah satu tapak ujian nuklear rahsia yang lokasinya masih belum diketahui umum. Ia menjadi salah satu ancaman kepada keselamatan dunia. Iran telah lama sebenarnya disyaki kerana membangunkan senjata nuklear walaupun telah menandatangani CTBT namun ada pengesahan yang membenarkan fasiliti ujian itu wujud dan hanya dikenali sebagai “Quds”, perkataan yang sinonim dengan perkataan arab untuk Jerusalem.

Tidak banyak yang diketahui mengenai tapak ujian ini namun menurut Akhbar Mashregh, yang dikelola oleh National Guard berpendapat senjata nuklear ini mungkin ditujukan kepada Israel. Walau apapun, kemunculan fasiliti ujian nuklear di negara yang agresif ini merupakan kerisauan dunia untuk masa akan datang.

Rujukan:

theguardian

thediplomat

nationalinterest

nationalreview

smashinglists




Hakcipta iluminasi.com (2017)