Oleh pada 16 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Mstar

"Tak nak mengaku? Memanglah, siapa nak mengaku buat benda tu?" kata aktor Adam Shahz mengulas dakwaan dia dibomoh oleh bekas isteri sendiri, aktres Fatin Afeefa.

Apatah lagi Adam mengakui dia punya bukti selengkapnya berhubung kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini. 

“Tak apa bila dia kata tak buat, tapi saya juga ada semua bukti.

“Bukti mesej, perbualan, kecurangan, dia jumpa dengan siapa dan pergi mana, semuanya saya ada,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Tidak sekadar itu, Adam sedia mempamerkan bukti yang disimpan untuk tontonan umum jika situasi bertambah tegang.

“Pastinya saya akan keluarkan segala-galanya. Buat masa ini, saya nak lihat dulu apa ‘permainan’ dia.

“Tapi, bila saya dah keluarkan semua (bukti) itu, ia bermakna saya akan lawan dia di mahkamah,” katanya.

Mengulas kisahnya dibomoh, pelakon berusia 36 tahun ini mendedahkan dirinya telah terlantar sakit sejak Julai tahun lalu.

“Akibat dibomoh, diri saya seolah-olah diperbodohkan malah keadaan diri saya juga seperti orang yang dalam kebingungan.

“Alhamdulillah, keadaan saya semakin sembuh tapi ada masanya tidur malam saya kerap diganggu,” katanya.

Tidak hanya itu, Adam meluahkan rasa berang apabila didakwa kononnya masih mengganggu bekas isterinya itu.

“Dia kata saya ganggu dia, siap buat report polis dan fitnah saya. Dia benar-benar melampau kerana menuduh saya masih menganggu kehidupannya,” katanya.

Dalam pada itu, pihak Sinar Harian melaporkan gagal mendapatkan kenyataan daripada Fatin kerana wanita itu tidak mahu mengulas apa-apa ketika dihubungi.

Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 21 Disember 2013.

Mereka dikurniakan dua zuriat, Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2, sebelum bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 30 Mei 2017.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)