Kredit foto: Instagram Fatin Afeefa
Aktres Fatin Afeefa memulangkan soalan media dengan bertanya kembali kepada bekas suaminya, Adam Shahz, siapakah wanita yang dimaksudkan telah menyihir beliau?
Ini kerana Fatin menegaskan dirinya tidak langsung terlibat dengan perbuatan syirik tersebut, lalu pelik apabila namanya dikaitkan.
"Bomoh tu apa? Saya tinggal di Subang (Selangor), tidak kenal bomoh-bomoh ni. Lagi pula saya sibuk dengan kerja sekarang.
"Saya tidak pasti siapa yang dia tujukan dan mungkin anda kena tanya dia dulu," katanya kepada Mstar Online.
Fatin menjawab tentang dakwaan Adam di Instagram yang mengatakan dirinya telah disihir oleh bekas isteri.
Kredit foto: Mstar
Kata pelakon Juvana itu, dia terjumpa beberapa benda pelik di dalam kereta sewaktu mereka masih berhubungan suami isteri.
Adam yang ditemubual Mstar Online mengatakan dia dan keluarga telah diaibkan oleh Fatin melalui kenyataan yang dibuat wanita itu kepada sebuah akhbar mingguan Ahad lalu.
"Dia sudah melampau dan kurang ajar kerana menuduh saya masih menganggu kehidupannya.
"Bagi saya itu tidak benar dan perkara itu telah mengaibkan saya dan keluarga," ujarnya.
Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 21 Disember 2013.
Mereka dikurniakan dua zuriat, Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2, sebelum bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 30 Mei 2017.
Sumber berita: Mstar