Oleh pada 25 Apr 2017 kategori

Kredit foto: my-sensasi.blogspot.my

Pelakon Miera Leyana berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk berganding dengan bekas kekasihnya, Shahrizal Jaszle dalam mana-mana produksi pada masa akan datang. 

Saya dan Shahz okay sahaja. Saya dah move on dan saya rasa dia juga tidak menyimpan apa-apa perasaan. Industri ini kecil sahaja, pusing-pusing kami pasti akan bertemu kembali. Saya juga tak kisah jika kami digandingkan semula dalam mana-mana filem atau drama.

Sumber: Astro Gempak 

Kenyataan tersebut dibuat Miera menjawab isu gandingannya bersama Shahz dalam filem terbaru arahan Mamat Khalid, Lebuhraya Ke Neraka. 

Menurut Miera, filem tersebut sebenarnya telahpun menjalani penggambaran sekitar enam tahun lalu sebelum dia mempunyai hubungan dengan Shahz. 

miera leyana jawab isu gandingan bersama bekas kekasih shahz jaszle 2

Kredit foto: finas.gov.my

Ketika kami bergandingan dalam filem ini, saya dan Shahz sedang mengenali hati budi dan masih belum bercinta. Selepas tamatnya penggambaran filem itu, barulah kami menjalin hubungan. Kini, Shahz pun telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Saya juga mempunyai kehidupan sendiri. Kami memang tiada masalah.

Sumber: Astro Gempak 

Sementara itu Shahz ketika ditemui memberitahu dia juga tidak mempunyai sebarang isu dengan bekas kekasihnya itu. 

Saya dan Miera tidak bermasam muka atau menyimpan sebarang dendam. Kami juga saling bertegur sapa ketika bertemu. Memang tiada isu pun. Kisah percintaan kami hanyalah sekadar kisah lama yang sudah berlalu. 

Sumber: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)