Oleh pada 29 Jul 2017 kategori

isteri buat pendedahan kisah kecurangan aliff aziz 1

Kredit foto: Instagram Bella Astillah

Baru sahaja melahirkan anak mereka 20 hari yang lalu, Bella Astillah dicederakan oleh suaminya, penyanyi Aliff Aziz dalam sebuah pertengkaran di sebuah bilik karaoke di Cheras.

Bella mendedahkan bagaimana dia dikasari sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian dahi dan lutut.

isteri buat pendedahan kisah kecurangan aliff aziz 2

Kredit foto: Instagram Aliff Aziz

Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya. Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu. Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut.

Sumber: Harian Metro

Lebih mengejutkan, Bella memberitahu ini bukanlah kali pertama Aliff "kantoi" curang di belakangnya. Bella telah menghidu perbuatan Aliff bersama pelakon Afifah Nasir sewaktu dia sedang mengandung lagi tetapi bermurah hati memaafkan suaminya itu pada Ramadhan lalu. 

isteri buat pendedahan kisah kecurangan aliff aziz 3

Kredit foto: Instagram Aliff Aziz

Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu. Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati Alif lagi tetapi dia tidak peduli. Malah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya.

Sumber: Harian Metro

Bella menyalahkan Afifah yang tetap berdegil mendekati Aliff. Menurut Bella, suaminya dan Afifah mula mesra sejak membintangi drama Izinkan Aku Mencintaimu (bakal bersiaran di RTM).

Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp. Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut. Sebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang masih berpantang.

Sumber: Harian Metro

Aliff dan Afifah kini menerima kecaman teruk di laman sosial. Menerusi tinjauan kami, Afifah telahpun menutup ruangan komen akaun Instagramnya.  


tags : , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)