Oleh pada 03 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Adam AF2 & Instagram Fiza Halim

Pertemuan di sebuah restoran menjadi ruang buat penyanyi Adam (Akademi Fantasia 2) untuk mengenali dengan lebih rapat suami baru kepada bekas isterinya, Fiza Halim.

Menurut Adam, selepas peristiwa itu dia mula menganggap suami Fiza, Aizat Al Jefri sebagai seorang lelaki yang baik dan mampu membahagiakan Fiza.

terserempak dengan fiza halim dan suami barunya ini pendedahan adam af tentang apa yang terjadi 2

Kredit foto: Instagram Adam AF2

Sebenarnya selepas sahaja kami berpisah saya memang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaannya. Apabila saya dapat tahu dia sudah berkahwin terus-terang saya rasa amat bersyukur dengan berita itu kerana akhirnya ada juga orang yang boleh menjaganya. Saya berpeluang berkenalan dengan suaminya baru-baru ini selepas kami terserempak di kedai makan yang sama dan Fiza memperkenalkan saya dengannya. Saya lihat suaminya seorang yang baik dan saya yakin Aizat dapat menjaganya dengan baik.

Sumber: Astro Gempak

Mengulas mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Adam mengakui mereka tetap berbaik meskipun telah berpisah. 

terserempak dengan fiza halim dan suami barunya ini pendedahan adam af tentang apa yang terjadi 3

Kredit foto: Instagram Fiza Halim

Alhamdulilah hubungan kami sangat baik dan tiada apa-apa masalah. Dia merupakan wanita yang pernah menjadi isteri saya dan tak mungkin saya mahu membencinya. Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya.

Sumber: Astro Gempak

Untuk rekod, Adam dan Fiza mendirikan rumah tangga pada September 2013 dan mereka telah bercerai sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2014 dan 2015. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)