Oleh pada 02 Apr 2018 kategori

luahan sedia hidup bermadu ini pendedahan lanjut isteri lan solo 1

Kredit foto: Instagram @sheilarazlan

Nur Sheila Hassim yang juga isteri kepada penyanyi Lan Solo menegaskan bukan niatnya untuk menyentuh sensitiviti isu rumah tangga apabila memuat naik kiriman terbaru di laman Instagram, semalam.

Sheila, 33, bagaimanapun berkata, keterbukaannya untuk hidup bermadu sebagaimana yang diluahkan dalam entri berkenaan tidak lebih daripada sekadar gurauan.

Biarpun begitu, ada netizen yang mengambil serius lalu dengan tidak semena-mena bertindak mencemuhnya.

luahan sedia hidup bermadu ini pendedahan lanjut isteri lan solo 2

Kredit foto: Instagram @sheilarazlan

“Jujur saya tiada niat mahu mencetuskan kemarahan sesiapa, apalagi hendak menujukan entri itu kepada mana-mana pihak," katanya menurut portal Harian Metro.

Ujar Sheila, mesej peribadi peminat wanita yang tergilakan suaminya sudah acapkali diterima, lalu entri yang dimuatnaik semalam hanyalah luahan Sheila dalam berbicara soal itu.

“Sebenarnya ia bukan perkara biasa untuk saya menerima macam-macam mesej peribadi daripada peminat wanita yang sukakan Lan. Tapi hari ini (semalam) saya terdetik untuk kongsi saja-saja mesej berkenaan.

“Tidak sangka pula ramai yang marahkan saya. Saya minta maaf sangat-sangat jika ia menyinggung mana-mana pihak,” katanya.

Begitupun, Sheila reda dengan ketentuan andainya takdir suatu hari nanti mengatakan dia bakal hidup bermadu.

Namun, sejujurnya, kata isteri bintang rock itu, dia lebih mengenali Lan di mana perkara sebegitu dianggapnya amat sukar untuk terjadi dalam rumah tangga mereka.

“Kalau sudah tertulis takdirnya begitu, saya reda. Namun selama lebih 19 tahun mengenali Lan, tiada pula hal sebegini mengganggu hubungan kami," katanya.

Lagi pula, bagi dirinya yang mengenali Lan secara peribadi, Sheila menganggap Lan belum cukup 'kuat' untuk menanggung komitmen berkenaan.

“Lagipun saya risau dan tak yakin Lan boleh memberi komitmen kepada orang baru nanti. Sekarang pun banyak perkara yang dia masih susah untuk tangani.

“Tak mungkinlah kot,” katanya.

Terdahulu, perkongsian di laman Instagram Sheila semalam turut mengingatkan agar bakal madunya itu supaya menyayangi anak-anak mereka juga.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)