Oleh pada 15 Feb 2018 kategori

Kredit foto: buzzkini.com

Pelakon Adam Shahz mendakwa dirinya telah dibomoh oleh bekas isteri sendiri.

Pendedahan itu dikongsi menerusi kiriman Insta Story miliknya, dua hari lalu.

"Ya, saya dibomoh bekas isteri saya. Dia cuba perbodohkan saya bila saya tahu kecurangan yang dia lakukan," tulis Adam.

Juga kelihatan dalam kiriman berkenaan adalah sekeping gambar yang memperlihatkan kertas bertulis sesuatu dan di atasnya pula ada dua benda. 

adam shahz dibomoh bekas isteri 2

Kredit foto: Sinar Harian

Pelakon Baharu Lelaki Terbaik pada FFM28 ini turut mendakwa bekas isterinya itu cuba menjatuhkan maruah keluarganya.

"Kau tahu kebenaran, kau tahu dosa pahala yang dibuat. Jangan letak kesalahan pada orang lain. ALLAH SWT maha adil, kerana kenyataan bodoh kau, kau cuba malukan keluarga aku," katanya.

Malah, Adam tidak gentar kerana mempunyai bukti secukupnya atas segala dakwaan yang dikeluarkan.

"Aku ada semua perbualan kecurangan kau. Jadi jangan cuba hendak berlagak kau tu mangsa keadaan," katanya.

Tegas Adam, kesabarannya kini tidak dapat lagi ditahan kerana sudah berada di penghujung. 

"Saya dah puas bersabar, terlalu puas," tulisnya lagi.

adam shahz dibomoh bekas isteri 3

Kredit foto: Sinar Harian

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)