Oleh pada 11 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Sufi Rashid

Penyanyi, Sufi Rashid, tidak kecewa apabila konflik keluarganya seringkali menjadi perhatian ramai.

Artis dari Kota Singa ini akur dengan lumrah sebagai anak seni di mana tidak mampu lari dari kenyataan.

"Begitulah dunia anak seni, tidak boleh lari dari dikaitkan dengan cerita peribadi. Walaupun belum terkenal tetapi semua orang akan tahu masalah dihadapinya.

"Saya tidak kecewa apabila masalah keluarga ini sering kali menjadi perhatian umum. Kalau saya kecewa, ibaratnya saya kecewa dengan Allah.

"Setiap yang berlaku adalah dugaan dari Allah. Saya terima dengan hati terbuka. Apabila saya pilih jalan hidup sebagai anak seni, inilah situasi yang perlu saya hadapi," katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi berusia 27 tahun itu enggan mengulas panjang tentang status Facebook ibunya yang menjadi bualan sensasi kebelakangan ini.

Menurutnya, beliau tidak pernah bermusuh walaupun wujud perselisihan faham antara mereka. Malah Sufi menyifatkan orang luar sahaja yang sengaja memperbesarkan kisah itu.

lagi kisah permusuhan dengan ibu ini kenyataan sufi 2

Kredit foto: Beautifulnara

"Dalam hal ini, saya tidak perlu melatah atau memberikan komen balas pada status ibu saya. Apa pun yang terjadi, dia adalah insan yang melahirkan saya.

"Apa yang saya lihat, ada antara rakan-rakan Facebook dia yang bukanlah rakan sebenar. Ada segelintir yang menunggu dia buat status begitu kemudian kongsikan. Ia mengeruhkan lagi keadaan," kata Sufi.

Jujurnya, kata Sufi, dia juga pernah meminta ibunya agar tidak menggunakan media sosial sebagai medium meluahkan emosi marah kerana takut ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap krisis yang dihadapi.

Begitupun, ibunya enggan ambil peduli, justeru Sufi hilang kuasa untuk melarang.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)