Kredit foto: Instagram Wani Kayrie & Youtube Watsons Malaysia
Pelakon Sweet Qismina tidak menganggap gambar penyanyi Wani Kayrie bersama pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid menjadi isu buatnya kerana mereka hanyalah sahabat.
Sweet mengulas tentang isu foto yang dimuat naiknya bersama Safawi di Instagram pada hari yang sama dengan Wani berbuat demikian.
Jelas aktres itu, dia akur dengan kebebasan Safawi untuk berkawan dengan sesiapa yang dia mahu.
Kredit foto: Instagram Sweet Qismina
Saya tahu Wani ada memuat naik foto bersama Safawi pada hari yang sama dan rasanya tidak akan timbul masalah antara kami bertiga. Lainlah kalau hubungan saya dan Wani tidak baik, baru ada isu boleh dibangkitkan. Saya pun tak kisah tentang perkara itu kerana itu hak Safawi mahu berkawan dengan sesiapa sahaja.
Sumber: Mstar
Mengimbau awal perkenalannya bersama Safawi, Sweet mendedahkan mereka mula berkenalan ketika dia menjadi hos program Planet Bola iaitu pada tahun lepas.
Sungguhpun begitu, Sweet memberitahu perbualannya bersama jejaka berusia 20 tahun itu hanyalah berkisar tentang kerjaya dan dunia bola sepak sahaja.
Kredit foto: Instagram Sweet Qismina
Saya dah kenal Safawi sejak jadi pengacara Planet Bola tapi masa itu kami tak pernah bertegur dan saya sekadar tahu dia pemain JDT tetapi baru-baru ini kami bertegur di Instagram. Kebetulan pula saya memang minat bola sepak, jadi bila berborak banyak cerita tentang kerjaya dan bola sahaja.
Sumber: Mstar
Sweet turut hadir memberikan sokongan ketika separuh akhir Malaysia menentang Indonesia pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (SEA2017) di Stadium Shah Alam yang berlangsung Sabtu lalu.