Oleh pada 08 Jul 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Sufi Rashid & Instagram Haqiem Rusli

Penyanyi dan komposer, Sufi Rashid berlapang dada untuk memaafkan Haqiem Rusli selepas mendakwa penyanyi remaja itu menggunakan melodi ciptaannya menerusi lagu Selamat Tinggal Sayang.

Dalam kiriman InstaStory, Sufi berkongsi paparan skrin perbualannya dengan Haqiem yang memohon maaf serta meminta belas kasihan Sufi atas nasib yang menimpanya.

"Maaf diterima. Aku pun minta maaf, sahabat. Aku harap kita semua belajar," balas Sufi dalam kiriman mesej berkenaan.

Terdahulu Juara Akademi Fantasia 2015 itu menyatakan rasa kecewa apabila Haqiem menggunakan 'intro' single barunya tanpa keizinan beliau selaku penggubah muzik asal.

Sufi yang popular dengan lagu Aku Sanggup itu berkata, dia tidak menyimpan benci terhadap Haqiem, malah mengambil berat keadaan yang dihadapi penyanyi meningkat naik itu.

sufi rashid dedah mesej whatsapp haqiem rusli 2

Kredit foto: Instagram Sufi Rashid

"Aku masih mesej kau, kan? Kalau aku benci kau ke apa, aku takkan balas mesej kau pun sebab aku tahu apa kau hadapi," tulisnya dalam perbualan sama.

Memberitahu lebih lanjut, Sufi berkata, dia tidak mempunyai isu secara peribadi dengan Haqiem, sebaliknya kekesalan dan kekecewaan yang ditimbulkan hanyalah atas faktor kerja.

sufi rashid dedah mesej whatsapp haqiem rusli 3

Kredit foto: Instagram Sufi Rashid

"Ia tidak pernah mengenai membenci atau apa-apa berkaitan peribadi. Ia hanya atas dasar kerja. Satu kesalahan dan kita minta maaf. Ringkas.

"Cuma sedikit mencabar kepada kami artis kerana kami dikelilingi oleh netizen. Terima kasih kepada yang ambil berat," katanya dalam satu lagi kiriman InstaStory lain.

Mengenai kritikan netizen terhadapnya, Sufi meluahkan kesal kerana mereka lebih gemar mengecam walaupun sudah dipohon agar memberikan doa yang terbaik. 

"Bila minta doa yang baik-baik, tak nak. Bila kecam, nombor satu. Netizen oh netizen.

"Maaf jika perbuatan saya menyinggung sesiapa. Ini semua atas nama belajar. Peace and Love kepada semua," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)