Oleh pada 11 Jul 2017 kategori

ibu juara af sufi rashid kecewa perlakuan anak 1

Kredit foto: qasyahfulmalayworld.blogspot.my 

Ibu kepada Juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid iaitu Irma Suriana Mahamud meluahkan rasa terkilan terhadap sikap anaknya.

Menurut Irma menerusi laman Facebook, dia berasa kecewa kerana dilayan tak ubah seperti kain buruk selepas bersusah-payah membesarkan anaknya itu.

Lebih teruk lagi, Irma turut menggelarkan Sufi sebagai "Malin Kundang".

ibu juara af sufi rashid kecewa perlakuan anak 2

Kredit foto: Facebook Irma Suriana Mahamud 

Bagaimanapun, Sufi tidak berdiam diri, sebaliknya memberikan kenyataan balas juga menerusi akaun Facebook.

Menurut Sufi, dia masih menyayangi dan menghargai ibunya. Malah setiap doa dan harapannya disandarkan kepada orang tuanya itu.

ibu juara af sufi rashid kecewa perlakuan anak 3

Kredit foto: Facebook Mohammad Sufie

Tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya krisis yang melanda antara dua beranak ini. Diharapkan segalanya dapat diselesaikan dengan baik dan hubungan dingin tersebut akan kembali pulih seperti sediakala.

ibu juara af sufi rashid kecewa perlakuan anak 4

Kredit foto: beritaharian.sg 


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)