Kredit foto: Instagram Sufi Rashid

    

Muhammad Sufi bin Rashid atau nama pentasnya, Sufi Rashid merupakan seorang penyanyi kelahiran Singapura yang mencipta nama di Malaysia.

Bakatnya dikesan daripada pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia 2015 yang mana beliau telah muncul sebagai pelajar Singapura pertama menjuarai program berkenaan.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Muhammad Sufi bin Rashid. Dikenali sebagai Sufi Rashid.

2. Kelahiran Singapura pada 27 Januari 1991. Kini berusia 28 tahun.

3. Merupakan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.

4. Bakat kelahiran rancangan realiti, Akademi Fantasia (AF) 2015 yang menobatkannya sebagai juara, sekaligus menewaskan penyanyi Syamel yang menduduki tangga kedua.

5. Manakala pada 2017, beliau sekali lagi bersaing dalam rancangan AF Megastar yang menampilkan 8 bekas juara dan 16 alumni AF berentap di atas satu pentas. Namun nasib tidak menyebelahinya yang hanya mampu bertahan sehingga konsert kelima.

6. Beliau yang memperjuangkan muzik pop pernah merakamkan beberapa single seperti Kisah Dua Muka, Aku Sanggup, Aku Sendiri dan Implikasi, selain berduet dengan Hannah Delisha menerusi 'Terlepas Aku Masih Bercinta'.

7. Diiktiraf sebagai Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 pada 2016. Selain itu, beliau pernah meraih gelaran naib juara dalam pertandingan SG Mania yang berlangsung di Singapura pada 2014.

8. Mendirikan rumah tangga dengan Nurulain Md Yusof pada 21 September 2019 selepas mengikat tali pertunangan pada 15 Disember 2018. Mereka mula mengenali hati budi masing-masing sejak penghujung 2016. Difahamkan, majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung esok (22 September 2019) di Glam Hall, Mustapha Kamal, Damansara Perdana, Selangor.

    

Foto

sufi rashid ig

isteri sufi rashid

sufi rashid kahwin

nurulain md yusof

sufi rashid tunang

Kredit foto: Instagram Sufi Rashid

   

Video

Kredit video: Ibu Sufi Rashid tak restu? | Melodi (2019)

    

Sumber:

1. Wikipedia Sufi Rashid

2. #AF2015: Sufi Juara Pertama Akademi Fantasia Dari Singapura

3. Sufi Selamat Bergelar Suami Nurulain

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)