Oleh pada 15 Jul 2017 kategori

bekas suami dedah pembohongan ibu sufi rashid 1

Kredit foto: tv14.my 

Baru-baru ini ibu kepada Juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid iaitu Irma Suriana Mahamud melahirkan kekesalan terhadap sikap anaknya. 

Menurut Irma dalam kenyataan di akaun Facebooknya itu, dirinya tidak lagi diendahkan Sufi selepas bersusah-payah membesarkan penyanyi itu sehingga berjaya, malah dia turut menggelarkan Sufi sebagai "Malin Kundang."

Lantas Sufi dalam respon balasnya menyangkal dakwaan Irma. Jelas Sufi, dia masih menyayangi Irma dan kasih sayangnya tidak pernah berubah.

Bagaimanapun wanita itu nampaknya masih tidak berpuas hati dan sebuah lagi kenyataan dibuatnya kepada portal Mstar Online. Dedah Irma, anaknya berbohong menyatakan kasih sayang kerana ingin meraih simpati peminat.

Malah, Irma turut memberitahu dirinya kini sedang menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga.

Dan yang paling terkini, bekas suami kepada Irma iaitu Arif Dollah pula tampil menerusi ruangan komen Facebook Mstar Online - pada status yang disertakan pautan berita luahan Irma tersebut.

Menurut Arif, ibu Sufi sebenarnya sengaja mengada-adakan cerita tentang penyakitnya untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Malah Arif turut beranggapan Irma kini sedang mempunyai masalah mental.

bekas suami dedah pembohongan ibu sufi rashid 2

Kredit foto: Facebook Mstar Online

Kami doakan agar perbalahan yang melanda keluarga ini akan kembali pulih. 


tags : , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)