Oleh pada 22 Jul 2017 kategori

kritik kediaman sendiri datuk aliff syukri dikecam 1

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Pengasas kosmetik, Datuk Aliff Syukri melahirkan perasaan kurang selesa dengan kediaman sementara yang didudukinya kini.

Menurut Aliff dalam kenyataan yang dibuat di laman Instagramnya itu, dia tidak sabar menantikan rumah barunya untuk siap kerana kediaman sementaranya yang kurang memuaskan.

Kapsyen tersebut turut disertakan foto Aliff yang berada di banglo mewah yang sedang dalam pembinaan - difahamkan mempunyai 30 buah bilik.  

kritik kediaman sendiri datuk aliff syukri dikecam 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Nampak saya tak? Cuba cari saya di mana? Ni bukan bahagian utama depan rumah saya, ni bahagian tepi laluan tingkat bawah parkir bawah tanah dan bilik. Penantian itu satu penyeksaan lagi 35 peratus nak siap rumah baru. Tak sanggup dah duduk rumah sekarang, azab sangat rasanya. Bilalah rumah saya ni nak siap.

Ternyata luahan Aliff itu telah mengundang rasa berang netizen kerana beranggapan dirinya sebagai sengaja menunjuk-nunjuk kemewahan kepada orang ramai.

Malah Aliff juga dilihat seperti tidak tahu bersyukur kerana lebih banyak nasib orang lain di luar sana yang lebih buruk. 

Barangkali niat Aliff hanyalah untuk mengadu masalah yang dihadapi, namun tidak kena pada caranya hingga mengundang rasa meluat orang ramai.


tags : , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)