Perkongsian video resipi lauk kampung 'pucuk ubi masak sengang banjar' oleh usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri mengundang perhatian ramai.
Namun apa yang menjadi tumpuan bukanlah resipi yang dikongsinya sebaliknya lokasi Aliff memasak dalam video tersebut.
Dalam paparan video itu menyaksikan Aliff bersama pembantunya memasak di dalam tandas! Malah dalam satu babak, mereka benar-benar berhadapan dengan mangkuk tandas.
Lebih membuatkan netizen berasa loya apabila mangkuk tandas tersebut berada dalam keadaan terbuka.
Menerusi ruangan komen, ramai menganggap tindakan Aliff itu sebagai sesuatu yang tidak wajar.
Dalam masa sama, ada juga yang mempertahankannya dengan mengatakan kemungkinan tandas tersebut tidak lagi digunakan.
Apapun, hanya Aliff yang mempunyai jawapan tentang motifnya memuat naik video berkenaan.
Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
Sumber berita: Sinar Harian