Oleh pada 04 Aug 2017 kategori

netizen menitis air mata tonton video terbaru datuk aliff syukri 1

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Ramai yang menyifatkan pengasas kosmetik, Datuk Aliff Syukri sebagai seorang yang suka meminta perhatian melalui kiriman-kiriman yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, siapa yang dapat menafikan yang Aliff juga adalah seorang suami dan bapa yang penyayang kepada keluarganya.

netizen menitis air mata tonton video terbaru datuk aliff syukri 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram beliau baru-baru ini, rata-rata netizen tersentuh hati melihat aksi anak angkat Aliff.  

netizen menitis air mata tonton video terbaru datuk aliff syukri 4

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Sedih saya bahagian video ini yang paling akhir. Budak-budak kecilpun ada perasaan. Saya harap bila Aliff ni dah besar dia hargai kasih sayang saya macam abah sebenar dia. Video ni diambil ketika saya baru balik dari Switzerland. Doakan kami sekeluarga bahagia ya.

Kisah bermula apabila Aliff beramah mesra dengan si cilik itu, sambil menghadiahkannya pemberian yang dibeli sewaktu bercuti di Switzerland.  

Tiba-tiba anak angkatnya meluahkan rasa rindu terhadap Aliff sepemergiannya ke luar negara. Dan sudahnya video tersebut ditutup dengan satu babak yang mengalirkan air mata ramai. 

netizen menitis air mata tonton video terbaru datuk aliff syukri 3

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri & ohbulan.com

Ini videonya. 


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)