Oleh pada 24 Jul 2017 kategori

dikecam tayang jam rolex akhirnya datuk aliff syukri tampil beri kenyataan 1

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Sebelum ini pengasas kosmetik, Datuk Aliff Syukri teruk dihentam netizen kerana menayangkan jam tangan mahal berjenama Rolex sambil menyindir mereka yang sering mengecamnya. Malah aksi Aliff menikmati makanan masakan sendiri di tengah-tengah kawasan lapang di Switzerland turut menjadi pertikaian sesetengah pihak.

Tidak mahu isu itu berpanjangan, Aliff tampil memberikan penjelasan. 

Menurutnya menerusi kenyataan yang dibuat di laman Instagram, niatnya hanyalah sekadar untuk bergurau. 

dikecam tayang jam rolex akhirnya datuk aliff syukri tampil beri kenyataan 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Kenapalah orang melayu ni suka mengutuk, saya bergurau saja pasal jam Rolex. Itupun boleh jadi isu gara-gara makan di lantai cuba tengok balik video itu. Kalau kamu semua tahu dan biasa ke luar negara tahulah kenapa saya buat macam ini. Saya pergi dalam kumpulan lebih 13 orang. Kalau 12 hari nak makan kat luar, mahu 70k-100k untuk makan sahaja, jadi tak salahkan kalau saya nak berjimat.

Sungguhpun dikecam, sesetengah netizen tetap beranggapan sikap bersederhana Aliff dan keluarganya ketika bercuti di luar negara melambangkan jiwa rendah dirinya. 

dikecam tayang jam rolex akhirnya datuk aliff syukri tampil beri kenyataan 3

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Tidak semua orang faham akan niat sebenar yang cuba disampaikan dalam perbuatan seseorang kerana setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Yang penting Aliff tahu apa yang beliau lakukan dan netizen di luar sana janganlah cepat melatah ya. 


tags : , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)