Oleh pada 12 Feb 2018 kategori

aliff syukri dihalau pemuzik jalanan

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, dihalau seorang pemuzik jalanan sewaktu berada di Portobello Road Market, London.

Aliff mengakui berasa malu kerana tindakannya menyanyikan lagu single sulungnya, Abang Nak Tegur membuatkan pemuzik itu kurang senang.

"Dia suruh aku pergi, dia kata kau boleh pergi jauh-jauh. Malu-malu," katanya.

Dalam pada itu, Aliff mengatakan dia simpati dengan lelaki berkenaan dan niatnya hanyalah ingin membantu.

Namun perkara sebaliknya berlaku apabila pemuzik itu mengeluarkan kata-kata yang membuatkan beliau terkesan.

"Pada awalnya saya kasihan sebab nak membantu lepas tu sumpah malu tapi sekurang-kurangnya saya bangga ada empat orang sedekahkan duit masa saya menyanyi live lagu Abang Nak Tegur di London.

"Kau orang rasa apa mat salleh ni cakap kat saya?? Nasib baik kau orang tak dengar," tulisnya di kapsyen pada Sabtu.

Sementara itu, rata-rata netizen mengkritik aksi Aliff yang dianggap telah menganggu lelaki itu 'cari makan'.

"Masuk rumah orang tak bagi salam. Pergi nyanyi situ tiba-tiba, orang tu tengah cari rezeki. Kalau korang tengah buat kerja orang ganggu agak-agak marah tak?

"Orang lalu lalang situ bagi duit kat pemain muzik tu bukan pasal Datuk nyanyi kat situ, orang tu cari rezeki, dah lah suara kelaut bingit telinga dia dengar, memang patut pun dia suruh pergi dari situ," komen netizen.

Sehingga kini video itu meraih lebih 500 ribu tontonan, juga dibanjiri lebih 2,000 komen daripada pengguna laman berkenaan. 

Sumber berita: Mstar


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)