Oleh pada 03 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Shahida

Susulan isu pengasas kosmetik, Datuk Aliff Syukri sekeluarga makan di tepi jalan sewaktu bercuti di Switzerland baru-baru ini, isterinya iaitu Shahida turut sama menerima tempiasnya.

Sebelum ini Aliff Syukri ada membuat kenyataan balas kepada komen panas Chef Wan dan netizen yang mengkritik, bagaimanapun kali ini Shahida pula tampil buka mulut tentang isu tersebut.

Shahida memberikan penjelasan tentang situasi sebenar yang dilalui mereka ketika makan di tepi jalan, serta meluahkan rasa berang atas kritikan netizen yang hanya tahu menghentam tanpa menyelidik cerita sebenar.

apa masalah korang tak berhenti mengeji isteri datuk aliff syukri shahida pula naik angin 2

Kredit foto: Instagram Shahida

Isu makan tepi jalanpun nak kecoh. Bukan buat dosa atau makan makanan tak halal. Memang ada restoran halal tapi tahu tak masa tu kita orang dari mana nak kemana? Perjalanan satu tempat ke satu tempat ambil masa 3-4 jam. Kami berpindah hotel selalu sebab kita menyusuri tempat-tempat cantik seluruh negara tu. Memang saya masak sendiri sebab anak saya suka makan nasi. Jadi apa masalah kamu semua yang tak berhenti nak mengeji. Untuk pengetahuan kamu semua, di situ tak ada orang lalupun waktu kami makan jadi nak malu sebab apa. Saya lagi malu kalau mengutuk orang tanpa tahu hal sebenar. Malas nak fikir nak puaskan hati kamu semua. Esok-esok yang ada anak tu tahulah nanti jangan pandai mengeji saja. Akhir kata semoga kita semua termasuk saya sendiri dijauhkan dari bersifat mengeji atau mengata. 



Hakcipta iluminasi.com (2017)