Oleh pada 22 Jul 2017 kategori

yang kutuk tu ada tak jam rolex soalan sentap datuk aliff syukri ketika bercuti 1

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri 

Kita sedia maklum dengan telatah selamba jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri. Ada sahaja perlakuannya yang menarik perhatian ramai. Masih ingat kisah Aliff makan bersila di lapangan terbang? Dan kisah bekalan yang dibawa Aliff ke hotel luar negara untuk dimasak di sana?

Macam-macam hal juga ya Aliff ni tapi memang selamba dan kelakar habis.

Kali ini, Aliff menerusi laman Instagramnya berkongsi momen percutiannya di Switzerland. Dalam sebuah kiriman video, Aliff memaparkan babak mereka sekeluarga berada di kawasan lapang di Switzerland sambil menikmati makanan yang dimasak olehnya dan isteri, Datin Shahida.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Aliff menyindir secara sinis netizen yang sering mengecamnya. Sambil berkata dalam nada bergurau, Alif sempat mempamerkan jam tangan berjenama Rolex yang baru dibeli serta cincin berlian empat karat.

Ini ayat gurauan Aliff.

yang kutuk tu ada tak jam rolex soalan sentap datuk aliff syukri ketika bercuti 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Tak apalah korang kutuk, kutuk lah aku nak makan di manapun. Yang penting aku pakai cincin berlian empat karat, aku pakai jam Rolex baru beli ni. Kutuk, kutuk, tak apa, kutuk lagi selagi mampu. Korang yang kutuk, kutuk tu ada tak jam Rolexnya? Tak ada, kan? Jahatlah (saya ni), gurau saja.

Menerusi ruangan komen, seperti biasa ada yang memberi reaksi negatif dan positif. Namun nampaknya kali ini lebih ramai yang memihak kepada Aliff. 

yang kutuk tu ada tak jam rolex soalan sentap datuk aliff syukri ketika bercuti 3

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri & Beautifulnara


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)