Oleh pada 09 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Caprice & seeds.theborneopost.com

Penyanyi rap Caprice mendedahkan wujud salah faham antara dirinya dan jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri.

Ini susulan video yang dimuat naik oleh penyanyi itu di laman Instagramnya yang mana dia memuji kemuliaan hati Aliff bersama seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat kerana mengambil anak angkat untuk dipelihara.

Dalam rakaman tersebut, Caprice turut mengucapkan tahniah kepada pengasas produk kecantikan D' Herbs itu atas kehadiran anak angkat barunya.

caprice ucap tahniah datuk aliff syukri mengamuk 2

Kredit foto: Instagram Caprice

Bagaimanapun niat baik penyanyi lagu Xde Hal Bro itu telah disalahtafsir oleh Aliff yang tidak semena-mena mengamuk dengan memberi komen balas yang biadab.

caprice ucap tahniah datuk aliff syukri mengamuk 3

Kredit foto: Instagram Caprice & ohbulan.com

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memahami situasi sebenar di mana Aliff sebenarnya tidak fasih berbahasa Inggeris dan beranggapan Caprice sedang mengecamnya.

caprice ucap tahniah datuk aliff syukri mengamuk 4

Kredit foto: Instagram Caprice & ohbulan.com

Bagaimanapun dalam respon terbaru, Aliff memohon maaf apabila menyedari kesilapannya yang berprasangka buruk terhadap penyanyi itu.

caprice ucap tahniah datuk aliff syukri mengamuk 5

caprice ucap tahniah datuk aliff syukri mengamuk 6

Kredit foto: Instagram Caprice & ohbulan.com 




Hakcipta iluminasi.com (2017)