Oleh pada 12 Aug 2017 kategori

selepas kritik datuk aliff syukri isu makan tepi jalan datuk chef wan dedah kisah terserempak dengan aliff 1

Kredit foto: The Star & chopchooop.blogspot.my

Sebelum ini Chef Wan ada membuat teguran terhadap usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri gara-gara isu Aliff makan di tepi jalan sewaktu bercuti di Switzerland. Ia bukanlah teguran pertama beliau kerana sudah acapkali Chef Wan dilihat tidak berpuas hati dengan cara Aliff yang gemar menayangkan kemewahan secara keterlaluan.

Hendak dijadikan cerita, Chef Wan dan Aliff dipertemukan dalam sebuah majlis di ibu negara baru-baru ini. Duduk semeja pula tu, maka pastinya ada perbualan dan momen yang terjadi antara mereka berdua.

Chef Wan berkongsi kisah pertemuan itu menerusi kiriman Instagramnya.

selepas kritik datuk aliff syukri isu makan tepi jalan datuk chef wan dedah kisah terserempak dengan aliff 2

Kredit foto: Instagram Chef Wan

Allah nak pertemukan kita kebetulan duduk semeja dengan Dato Aliff bersebelahan dengan saya di Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-45 Majalah Wanita. Saya hulur tangan dahulu memohon maaf sekiranya apa yang saya tegurkan tempoh hari buat beliau terasa hati. Aliff kata dia terima teguran itu dengan baik sebab dia tahu saya menasihati dia daripada pengalaman saya yang luas dan kadangkala dia sendiri merasakan dia sedikit melebih-lebih dengan segala kemewahan yang tak biasa dia nikmati. Saya kata sejujurnya saya anggap Dato Aliff macam anak saya juga dan berbangga dengan kejayaan beliau tetapi dia mesti lebih berhati-hati bila mengemaskini apa saja di media sosial kerana dia sedang berhadapan dengan orang ramai, jadi pasti ada kesan yang terpaksa dihadapinya. Kena kecam selalupun secara jujur saya rasa kasihan sebab saya tahu dia seorang yang sangat baik dan ia tidak adil bagi dirinya untuk menghadapi semua itu. Jadi lebih baik dia tak perlu menunjuk-nunjuk semua (kemewahan) itupun. Dia setuju dengan kata-kata saya kerana katanya, apa yang terjadi juga telah membuka mata dia. 

selepas kritik datuk aliff syukri isu makan tepi jalan datuk chef wan dedah kisah terserempak dengan aliff 3

Kredit foto: The Star

Katanya lagi, suka ataupun tidak dia kini lebih popular dengan segala isu tersebut. Saya kata tidak, awak perlu popular untuk sebab yang munasabah. Awak adalah usahawan yang sangat muda dan berbakat dan awak boleh menginspirasikan ramai orang di luar sana dalam macam-macam perkara. Kami bercakap hal ini dengan panjang lebar dan dia betul-betul sukakan idea saya dan peluang-peluang untuk kami menjadi rakan kongsi jika segalanya menjadi seperti yang dirancangkan. Saya cuba menjadi jujur kerana saya sekarang sedang bercerita pada awak semua perkara yang sama yang saya cakapkan pada Dato Aliff. Saya kata pada dia jangan simpan dendam dan mendengar segala batu api di luar sana yang laga-lagakan kita. Rugi besar manusia yang menyimpan dendam ni. Ambil nasihat saya untuk membina seperti seorang bapa menasihati anaknya yang dikasihi. Baca komen-komen mereka (di laman sosial) dan awak perlu menjadi bijak dalam memahami semua itu, Aliff. Tak semua komen itu datangnya daripada manusia yang jujur dan panjang akalnya kerana banyak juga antara mereka yang hanyalah budak-budak. Awak sendiri boleh menilainya. Buruk atau baik untuk awak. Tetapi jika silap tetap silap tau. Selepas itu, awak akan belajar daripada kekurangan dan kesilapan awak yang lalu. Apapun saya gembira kita dapat berbual dari hati ke hati yang sangat jujur dan ikhlas antara seorang bapa dan anaknya. Aliff kata dia sendiri sangat menghormati saya dan juga para pengikut Instagram saya. Dia kata mulut Datuk memang cakap lepas tapi saya tahu banyak yang Datuk kata itu adalah betul dan telus.

Apapun usaha Chef Wan untuk menghulur tangan memohon kemaafan terlebih dahulu harus dipuji. Apa sahaja teguran Chef Wan yang baik dan dirasakan dapat membina diharapkan boleh diambil oleh Aliff secara positif. Sama-samalah kita membaiki kekurangan masing-masing. 


tags : , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)