Persembahan oleh Jimi Hendrix sememangnya sangat bertenaga dan liar. Bagi mereka yang pernah menyaksikannya secara langsung, ia bukanlah sekadar mendengar muzik tetapi merupakan satu pengalaman.
Namun kisah kes kematian Jimi Hendrix kekal sebagai legenda sama seperti kehidupannyna, walaupun setelah hampir 50 tahun kemudian.
Dan bagaimana Jimi Hendrix meninggal dunia? Pada 18 September 1970, rocker yang berusia 27 tahun pada ketika itu meninggal dunia dalam tidur.
BESARKAN TEKS A- A+
Kematian misteri Jimi Hendrix menggegarkan peminat rock di seluruh dunia dan berlarutan sehingga kini.
Zaman kanak-kanak Jimi Hendrix
Diberi nama James Marshall Hendrix, dia dilahirkan pada 27 November 1942 di Seattle, Washington.
Minat dan penglibatan Jimi dalam bidang muzik bermula awal dan bapanya teringat tersadung terpijak penyapu yang digunakan sebagai gitar latihan oleh anaknya.
Jimi mendapat gitar pertamanya seawal usia 11 tahun dan menyertai band pertamanya ketika berusia 13 tahun.
Apa yang pelik dan menarik adalah ahli kumpulan Jimi pada ketika itu menggambarkannya sebagai seorang yang pemalu dan kurang beraksi di atas pentas.
Mereka sangat terkejut melihat Jimi menjadi bintang rock yang sangat bertenaga di atas pentas di kemuncak kerjayanya.
Jimi tidak menamatkan sekolah menengah dan menyerati Tentera A.S, dan menemui cara untuk mengekalkan kecintaannya terhadap muzik ketika dalam tentera dengan membentuk kumpulan yang dinamakan King Casuals.
Selepas pelepasan dari tentera pada tahun 1962, Jimi mula menjelajah dan bermain dengan nama-nama besar seperti Little Richard, Jackie Wilson, dan Wilson Pickett.
Jimi membuatkan para penonton yang hadir terkesima dengan bakat, tenaga, dan kemampuannya yang tiada tandingan pada ketika itu.
Antara persembahannya yang paling terkenal adalah "The Star-Spangled Banner" di Woodstock pada tahun 1969.
Satu lagi lagu popular Jimi adalah "Purple Haze", sebuah lagu yang umumnya dipercayai mengenai penggunaan dadah, dan bagi sesetengah pihak, ia merujuk kepada ramalan kematiannya sendiri.
Bagaimana Jimi Hendrix mati?
Setahun sebelum kematiannya, Jimi dihadapkan ke mahkamah di Toronto, Kanada kerana memiliki heroin dan ganja, namun tidak pernah disabitkan kesalahan.
Dia mengaku menggunakan LSD, ganja dan kokain namun menafikan penggunaan heroin.
Pada malam yang sama sebelum kematiannya, Jimi dilaporkan menghabiskan waktu petangnya bersama teman wanita Monika Dannemann.
Pasangan itu berseronok dengan meminum wain dan menghisap ganja di kediaman Monika sebelum hadir ke sebuah pesta yang dihos oleh salah seorang daripada rakan perniagaan Jimi.
Di pesta itu, saksi-saksi menceritakan bahawa Jimi kononnya mengambil sekurang-kurangnya satu pil amphetamine.
(Jimi Hendrix bersama teman wanitanya Monika Dannemann)
Pada jam 3 pagi pada 18 September 1970, Jimi dan Monika beredar dari pesta itu untuk pulang ke rumah.
Bintang rock itu mempunyai masalah untuk tidur dan meminta untuk mengambil satu daripada pil tidur teman wanitanya, namun Monika mendakwa bahawa dia menolak permintaan tersebut.
Monika berkata dia sendiri mengambil pil tidur pada jam 6 pagi tetapi terjaga dari tidur empat jam kemudian, dan berkata bahawa Jimi sedang tidur dalam keadaan normal ketika itu.
Monika dilaporkan berkata dia meninggalkan rumah untuk membeli rokok.
Apabila pulang, dia berkata bahawa Jimi dalam keadaan tidak sedar tetapi masih bernafas. Dia kemudiannya menelefon paramedik yang tiba di kediamannya pada 11.27 pagi, namun sudah terlambat.
Anggota paramedik Reg Jones berkata bahawa tubuh Jimi dipenuhi dengan muntah dan sistem pernafasannya tertutp sepenuhnya sehingga ke paru-paru. Jimi dilaporkan telah meninggal dunia beberapa ketika sebelum paramedik tiba.
(Gambar yang didakwa sebagai gambar terakhir Jimi Hendrix sebelum meninggal dunia)
Para doktor di sebuah hospital tempatan berkata, "Ketika dimasukkan ke hospital, jelas sekali bahawa Jimi telah meninggal dunia. Tiada kesan nadi, tiada degupan jantung dan cubaan untuk menyelamatkannya dilakukan hanyalah untuk memenuhi prosedur,".
Autopsi menyimpulkan bahawa kematian Jimi Hendrix disebabkan oleh sesak nafas disebabkan muntahnya sendiri, yang mengandungi wain merah iaitu wain yang sama diminumnya bersama Monika pada malam sebelum kejadian.
Dan sudah tentu, kebenaran di sebalik kematian legenda rock ini tidak berakhir dengan autopsi tersebut.
Kontroversi menyelubungi kematian Jimi Hendrix
Walaupun autopsi sudah selesai, kontroversi dan misteri di sebalik bagaimana Jimi Hednrix mati masih belum selesai.
Koroner bertanggungjawab tidak menemui bukti bunuh diri walaupun laporan sebelum kematian Jimi mengatakan bahawa dia mengalami masalah tidur dan kecewa dengan industri muzik.
Tekanan untuk terus melakukan persembahan dengan baik, meneruskan jelajah dan menepati harapan pengurusnya dikatakan membuatkan Jimi tertekan.
Dudah tentu dia tidak mahukan semua tekanan ini, dan hanya mahu bermain gitar, seperti dakwaan oleh teman wanita dan rakan muziknya.
Monika memberitahu bahawa tekanan ini semakin menggunung dan Jimi memakan sembilan daripada pil tidurnya. Dos tersebut adalah 18 kali ganda dos normal.
Namun Monika tidak begitu membantu kerana seringkali mengubah ceritanya apabila berhadapan dengan pihak berkuasa.
Pada mulanya, Monika memberitahu bahawa Jimi dalam keadaan baik, namun laporan kemudiannya mengatakan bahawa Jimi mengambil pil tidur Monika.
Seorang rakan muzik dan individu terakhir yang beraksi bersama di samping Jimi di konsert iaitu Eric Burdon, juga berkata bahawa kematian rocker ini sebagai bunuh diri.
(Jimi Hendrix bersama Eric Burdon)
Terdapat sebuah puisi ditemui berhampiran dengan mayat Jimi.
"Puisi itu adalah kata-kata Jimi yang selalu disebutnya, namun tidak diendahkan oleh orang lain. Ia merupakan nota selamat tinggal dan nota sapaan. Saya tidak rasa Jimi bunuh diri dengan cara yang biasa. Dia buat keputusan untuk pergi bila-bila sahaja yang dia mahu," kata Eric Burdon sejuruh selepas kematian Jimi.
Namun pengurus peribadi Jimi iaitu Michael Jeffery menafikan kaitan bunuh diri dengan kematiannya.
"Saya tak rasa ia bunuh diri. Saya tak percaya Jimi Hendrix meninggalkan legasinya untuk diteruskan oleh Eric Burdon. Jimi Hendrix adalah seorang individu yang tersangat unik. Saya telah melihat banyak kertas, puisi dan lagu yang ditulis Jimi, dan saya boleh tunjuk kepada anda 20 daripadanya boleh ditafsirkan sebagai nota bunuh diri," kata Michael Jeffery.
Satu lagi teori yang lebih kontroversi melibatkan kematian Jimi muncul pada tahun 2009 apabila kakitangan peralatan muzik bagi jelajah konsert Jimi Hendrix iaitu James Wright, menulis kisahnya bersama bintang rock itu.
James membuat satu dakwaan mengejutkan dengan berkata bahawa Jimi Hendrix telah dibunuh.
(Michael Jeffery bersama Jimi Hendrix)
Dia mendakwa bahawa Michael Jeffery mengaku memaksa Jimi menelan sembilan pil tidur dan membuatkan mangsa yang dalam keadaan separa sedar untuk minum wain merah.
Dikatakan oleh James bahawa Michael berkata, "Aku terpaksa lakukannya, James. Kau faham, kan? Aku terpaksa. Kau tahu apa yang aku maksudkan. Aku berada di London pada malam kematian Jimi dan bersama beberapa rakan lama, masuk ke dalam bilik hotel Monika, ambil segenggam pil dan masukkannya ke dalam mulut Jimi. Kemudian aku tuangkan beberapa botol wain merah ke dalam mulutnya. Aku terpaksa. Jimi lebih bernilai bagi aku jika dia mati berbanding hidup. Celaka itu mahu tinggalkan aku. Jika aku kehilangannya, aku kehilangan segalanya,".
Juga, terdapat motif untuk Michael membunuh Jimi.
Dia mengambil polisi insurans nyawa bernilai $ 2 juta untuk Jimi sebelum meninggal dunia.
Michael Jeffery kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1973, dan jika benar dia mendapat wang dari polisi insurans berkenaan, dia mungkin tidak sempat menikmatinya.
Walau bagaimanapun, ramai yang bercaya bahawa ini adalah jawapan kepada persoalan bagaimana Jimi Hendrix mati.
Antara beberapa lagi pemuzik dan penyanyi terkenal dunia yang meninggal dunia di usia 27 tahun termasuklah Kurt Cobain, Jim Morrison dan Amy Winehouse, yang mana diberi nama julukan 27 Club.
Rujukan:
1. Bagaimana Jimi Hendrix Mati?
2. Interesting