Oleh pada 12 Jul 2018 kategori

Seiring dengan peredaran dan perubahan zaman yang sangat pantas berlalu, ia telah memberikan kesan kepada pelbagai industri di dunia.

Dan antara industri yang turut sama berubah adalah industri muzik. Industri muzik di Malaysia mengalami perubahan yang agak signifikan dari pelbagai sudut termasuklah genre, penghasilan lirik dan penggubahan muzik.

bank floor 88

BESARKAN TEKS     A-  A+

Band-band rock dan metal yang ketika satu masa dulu menjadi pelopor kini semakin pudar, digantikan dengan kemunculan generasi muzik pop dan balada alaf baru yang menampilkan penyanyi seperti popular seperti Floor 88, Aiman Tino, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan banyak lagi.

Namun, industri muzik Malaysia tidak pernah melupakan muzik yang dibawa generasi terdahulu yang memberikan impak sehingga ke hari ini, dan dengan itu, iluminasi.com ingin kongsikan 6 band Malaysia yang paling berpengaruh satu ketika dulu.

1. Metalasia - Progressive Heavy Metal

metalasia mempopularkan progressive metal

Metalasia ditubuhkan daripada serpihan band Movment, dibawah naungan Tri Castle Entertainment pada tahun 1997.

Ia merupakan cetusan rasa dan keinginan anggotanya dalam memberikan nafas baru kepada muzik 80-an dengan penekanan dalam alunan gitar yang progresif.

Dikatakan bahawa Metalasia mempunyai pengaruh daripada aliran muzik Italian Symphonics Power Metal, yang diperkenalkan kumpulan Rhapsody of Fire dari Eropah.

Cara pembawaan lagu pula seakan-akan kumpulan yang diterajui Marty Friedman dan Jason Becker, iaitu Cacophony.

bank metalasia memecah kebuntuan aim

Anggota asal band ini adalah CD Naz yang merupakan bekas gitaris band underground Sil Khannaz, bersama-sama dengan Sam Maya, Ewan Braker, Ritz dan King Shah.

Kemunculan mereka pada awalnya merupakan satu kejutan kepada industri muzik Malaysia disebabkan pembawakan muzik metal, namun diterima ramai selepas tampil di pentas Anugerah Industri Muzik (AIM).

Malah, kelompok mereka jugalah yang menjadi pemecah kebuntuan pencalonan AIM yang mana pencalonan kategori baru iaitu Album Hard Rock Terbaik diperkenalkan.

Selain mampu bermain muzik secara langsung dengan begitu baik, Metalasia juga hebat dalam mencipta lagu dan lirik.

metalasia dicalonkan dalam aim

Metalasia menjadi penanda aras kepada kehebatan dan kemampuan pemuzik tanah air terhadap album berkonsepkan progressive metaldengan kemunculan 2 album iaitu Khalifah Alam Maya (1999) dan Silantra: Bermulanya Sebuah Epik (2002)

Metalasia adalah antara salah satu band Malaysia yang pernah melakukan jelajah ke Jepun dan Korea Selatan. Kini, Metalasia masih aktif setelah hampir 20 tahun berada dalam industri muzik Malaysia. 

2. Cromok - Thrash Metal

cromok bermula di australia

Apabila mendengar nama Cromok, pastinya terngiang-ngiang alunan solo gitar di minda seperti dari lagu Another You dan I Don't Belong Here.

Cromok adalah antara band yang terawal dengan pembawakan muzik metal dan merupakan pelopor muzik thrash metal di Malaysia.

Band ini ditubuhkan pada tahun 1986 di Sydney, Australia ketika mana ahli-ahlinya iaitu Shamsudin Ali (Sam) , Tarmizi Mokhtar (Miji), Khairul Anuar Shariff (Karl) dan Muhammad Khairuddin (Din) masih bergelar sebagai pelajar di University of Wollongong.

cromok terdiri daripada sam karl miji dan din

Cromok bermula dengan bermain di konsert dan gig-gig kecil dan mendapat respon yang sangat positif ketika itu.

Mereka menempa nama dalam kalangan Australian Underground Thrash Metal bersama-sama band-band terkenal di Australia termasuklah Enticer, SSDC, Mortal Sin, Frozen Doberman, White Trash dan banyak lagi.

engenalan Cromok dalam industri muzik Malaysia bermula selepas Sam, Karl dan Miji pulang ke Malaysia pada tahun 1991 selepas menamatkan pengajian, meninggalkan Din yang masih belajar.

persembahan live oleh cromok

Album "Image of Purity" yang direkod ketika mereka masih belajar dilancarkan pada tahun 1991 dan mendapat respon yang positif dalam kalangan remaja, membawa kepada terbentuknya kumpulan peminat dalam jangka masa yang pendek.

Antara lagu yang menjadi siulan ketika itu termasuklah "Another You", I Don't Belong Here", "Misty", "Metallurgical" dan "Memories". 

Din meninggal pada tahun 1997 disebabkan oleh malaria, membuatkan mereka meneruskan sebagai trio.

Pada tahun 2001, Karl meninggalkan Cromok kerana hal peribadi dan digantikan oleh Hilarry Ang dari kumpulan Search. 

cromok pelopor muzik thrash metal di malaysia

Dan pada penghujung 2005, Hillary kembali kepada Search membuatkan Cromok hanya mempunyai 2 anggota. Sam kemudiannya membuat pengumuman berehat sebentar dari industri muzik.

Cromok membuat kemunculan semuala selepas 5 tahun berehat, pada 8 April 2012 dalam konsert Reunion di Kuala Lumpur menampilkan Sam, Karl dan Miji.

Band ini menerbitkan sebanyak 9 album secara keseluruhan iaitu:

  1. Image of Purity (1999)
  2. Forever in Time (1993)
  3. Yours Truly (1996)
  4. Mean, Meaner, Meanest (1999)
  5. Image of Purity (Remastered & Re-released) (2000) 
  6. What's Left? (2000)
  7. Deafening Silence (2002)
  8. Untitled (2004) 
  9. Untitled + Raw (2005)

Album "Forever in Time" adalah yang paling berjaya dengan terjual lebih daripada 100,000 unit di Malaysia.

3. Butterfingers - Grunge

butterfingers terdiri daripada emmett loque kadak dan kalai

Jika anda peminat muzik Grunge, pastinya Butterfingers berada di senarai teratas aliran muzik ini. Butterfingers boleh dikatakan antara salah satu band yang paling berpengaruh di Malaysia satu ketika dahulu.

Band ini ditubuhkan dengan nama "Loque's Tail" pada tahun 1991, oleh 3 orang pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) iaitu Khairil Ridzwan Anuar (Loque), Mohd Fakharudin (Kadak) dan Khairul Nizam Mois (Kalai)

Persembahan pertama mereka adalah pada program merentas desa sekolah itu pada tahun 1993. Dan pada tahun yang sama ketika cuti sekolah, Loque kerap mengunjungi studio jamming yang dikenali sebagai "Black Widow Studios" di Petaling Jaya.

kadak dan loque ketika muda

Ketika itulah beliau terjumpa dengan bakal penyanyi utama mereka, iaitu Emmett Roslan Ishak (Emmett), yang juga kebetulan jamming di situ bersama bandnya, Grunge Dayz.

Kagum dengan vokal Emmett yang seakan-akan menyerupai lagenda Grunge, Kurt Cobain, Loque mengajaknya untuk menubuhkan band baru, yang mana diberi nama Butterfingers.

Tak lama selepas itu, Butterfingers menjadi sangat terkenal dalam scene underground tempatan, bermain di gig-gig yang dipenuhi peminat fanatik.

Butterfingers menghasilkan demo pertama pada tahun 1994, dengan 2 buah lagu iaitu "Girl Friday" iaitu lagu pertama mereka dan juga "When You're Addicted" yang kemudiannya dinamakan sebagai "Nicc o'Tyne".

muzik grunge dipoularkan oleh butterfingers

loque dan emmett bertemu di studio jamming di petaling jaya

Lagu-lagu ini pertama kalinya dipersembahkan di Cobra Club House di Petaling Jaya, di antara hujung tahun 1994 dan awal tahun 1995.

Pada tahun 1996, album 1.2 Miligrams dilancarkan yang mana mempunyai pengaruh Nirvana yang sangat kuat dan memperoleh status Gold dengan terjual sebanyak lebih daripada 15,000 unit.

Album kedua "Butter Worth Pushful" dikeluarkan setahun kemudian yang memulakan debutnya di tangga keenam di International RIM Charts Malaysia, iaitu yang pertama untuk band tempatan. 

Album ini membawa Butterfingers ke tahap lebih tinggi dengan memperoleh status Emas kedua dengan jumlah jualan melebihi 18,000 unit, dan memberikan pencalonon pertama mereka di AIM untuk kategori "Best Engineered Album" dan "Best English Album".

butterfingers bermula sebagai loque s tail di mckk

album transcendence butterfingers

Album Transcendence yang dilancarkan pada tahun 1999, memulakan debutnya di tangga ketiga dalam RIM International Charts dan terjual lebih daripada 60,000 unit yang dianggap sebagai kejayaan terbesar Butterfingers serta mendapat Anugerah Double Platinum.

Antara album lain oleh Butterfingers termasuklah Butter Late Than Never (2000), Malayneum (2001) dan The Best is Yet to Come (2003).

Butterfingers juga menghasilkan 2 buah album dalam Bahasa Melayu iaitu Selamat Tinggal Dunia (2005) dan Kembali (2008). Pergerakan Butterfingers menjadi lemah apabila Emmett menyambung pelajarannya di Kanada.

butterfingers menerbitkan 2 buah album melayu

Loque pula kemudiannya berhijrah ke Berkley College di London pada tahun 2006.

Antara lagu yang paling popula daripada Butterfingers termasuklah Girl Friday, Nicc o'Tyne, The Chemistry (Between Us), Faculties of the Mind, Doomsday Out, Stolen, Epitome, Kabus Ribut dan Selamat Tinggal Dunia.

4. Acab - Punk

megat hafiz acab

Jika Butterfingers adalah pelopor muzik Grunge di Malaysia, A.C.A.B pula adalah band Skinhead yang membawa aliran muzik Oi dan Rock Indie.

Band ini diasaskan oleh Megat Hafiz (Magskin) dan Edy J. Herwan (Eddi), dua remaja dari ibu negara Kuala Lumpur pada penghujung tahun 1994.

A.C.A.B dilengkapkan dengan kehadiran Sham, Anas dan Black.

Demo band ini yang bertajuk "A.C.A.B" dirakamkan pada tahun 1995 dengan tujuh buah lagu termasuklah "Unfairground", "City Girl", "A.C.A.B.", "Fight For Your Right" dan banyak lagi.

acab diterajui oleh megat hafiz

Demo ini dikeluarkan oleh label A.C.A.B sendiri iaitu Brovver Brigade Records dan walaupun tidak dipromosikan secara rasmi, ia terjual lebih daripada 500 unit.

Yakin dengan penerimaan peminat, mereka membuat persembahan pertama di Dynasty Night Club di Ipoh yang dihadiri oleh hampir kesemua peminat yang membeli demo tersebut termasuklah dari Kuala Lumpur.

A.C.A.B meneruskan perjuangan mereka sebagai "Godfather Of Skinhead/Oi!" Malaysia dengan melakukan banyak persembahan dan menarik peminat-peminat baru.

A.C.A.B sangat berjaya sehinggakan terdapat lagu-lagu mereka dijadikan sebagai lagu rasmi pengikut skinhead di Malaysia. Band ini menjadi inspirasi kepada band-band skinhead yang lain termasuklah Boot-Off, Skin Rovers, Opponent dan banyak lagi.

demo pertama acab

A.C.A.B kemudiannya merakamkan EP pertama yang diberi tajuk "UNITE & FIGHT" yang mana ketika ini berlakunya insiden di mana Anas dan Black menarik diri.

Zul menyertai A.C.A.B sebagai pemain dram dan membantu menyiapkan EP ini. Pada tahun 1997, Zul pula menarik diri, memaksa posisi pemain dram digantikan oleh Eddie sendiri manakala Magskin menjadi pemain gitar merangkap vokalis.

Ketika situasi band ini semakin goyah, A.C.A.B sempat menghasilkan LP "Eastern Oi!" yang terjual melebihi 10,000 unit, dan juga single "We Are The Skins".

acab skinhead

A.C.AB terbubar pada tahun 2003, dan kemudiannya ditubuhkan semula dengan nama The A.C.A.B yang memperjuangkan muzik rock indie.

Kumpulan A.C.A.B. merupakan sebuah kumpulan muzik Malaysia. Kumpulan A.C.A.B ditubuhkan pada penghujung tahun 1994.

Nama A.C.A.B. digunakan dari tahun 1994 hingga tahun 2003, ia kemudiannya di tukar kepada "The A.C.A.B". berikutan penukaran genre muzik mereka iaitu daripada Punk kepada rock indie.

Boleh dikatakan lagu band ini yang paling terkenal adalah We Are The Skins.

5. XPDC - Rock

xpdc mengalami keretakan

XPDC boleh dianggap sebagai salah satu band yang paling terkenal dan berpengaruh dalam sejarah industri muzik Malaysia.

XPDC yang memperjuangkan genre muzik Rock bermula dengan nama Tragedy pada tahun 1987. Ia ditubuhkan oleh Mael sebagai vokalis, bersama-sama Izo sebagai pemain gitar, Man Tobe sebagai pemain bass dan Yazid di posisi dram.

Sebelum siap rakaman, Yazid dan Man Tobey telah meninggalkan Tragedy yang digantikan dengan Lee Space dan Zuar.

Ketika baru cuba menempa nama, Lee Space pula meninggalkan XPDC dan digantikan pula oleh bekas anggota Handy Black iaitu Amy.

mael dan izo xpdc muda hd

Izo dan Mael XPDC ketika muda

mael dan ali sebagai vokalis xpdc

XPDC mula dikenali dengan lagu yang boleh dikatakan antara lagu paling popular di Malaysia, iaitu "C.I.N.T.A". Lagu ini pernah masuk ke final Juara Lagu tahun 1990.

Ketika mana nama XPDC terkenal di seluruh Malaysia dengan album Brutal terjual melebihi 350,000 unit iaitu pencapaian terbaik band ini, Mael membuat keputusan untuk mengundukan diri.

Kekosongan posisi ini diambil alih oleh bekas vokali Terra Rossa iaitu Ali yang kelihatan beraksi di pentas-pentas bersama XPDC.

Lola menjadi ahli sementara bagi menggantikan Amy yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, dan kemudiannya menyertai XPDC secara rasmi selepas pengunduran Amy.

album darjah satu xpdc

Zuar yang ingin membawa haluan sendiri untuk menubuhkan Viper juga meninggalkan XPDC, yang digantikan oleh Yan Lefthanded.

Sepanjang XPDC aktif dalam industri muzik, mereka mengeluarkan 7 album studio iaitu:

  1. Darjah Satu (1990) - vokal Mael 
  2. Timur Barat (1992) - vokal Mael
  3. Kita Peng-Yu (1994) - vokal Mael
  4. Brutal (1997) - vokal Mael
  5. Samurai (1998) - vokal Ali
  6. V6 (2002) - vokal Ali
  7. Rasopariso (2009) - vokal Mael

xpdc band rock terbaik malaysia satu ketika dahulu

Akibat daripada kegagalan konsert Rockestra pada tahun 2015, XPDC telah berpecah kepada dua buah band iaitu XPDC (Mael) dianggotai oleh Mael, Mael, Zuar, Amy dan Jeff.

XPDC (Izo) pula dianggotai oleh Izo, Ali, Lola, Eddie dan Arif. Kedua-dua band ini kemudiannya aktif membuat persembahan.

Sepanjang tahun 2017, XPDC (Mael) telah terlibat dalam beberapa buah konsert termasuklah Rockstage - Sound of War XPDC & FTG.

XPDC (Izo) pula menjayakan konsert RocktoberFest Miri & Public Distortion 2017 bersama kumpulan Prime Domestic.

xpdc sering bertukar tukar ahli

Syarikat rakaman Life Record akhirnya mempatenkan nama "XPDC" dan membenarkan kedua-dua band untuk menggunakan nama tersebut.

Kedua-dua XPDC ini merancang pengeluaran album di mana XPDC (Izo) menyiapkan rakaman pada hujung tahun 2017 dan bakal memasarkan pada tahun 2018.

XPDC (Mael) pula bakal mengeluarkan album Tribute to Metallica dengan lirik Bahasa Melayu.

Walaupun pelbagai pertukaran ahli dan konflik dalaman XPDC, band ini masih kekal sehingga kini 

6. OAG - Rock Alternatif

oag diterajui olah radhi

Agak janggal jika anda yang lahir pada tahun 80an dan 90an jika tidak mengenali nama Rahdi OAG iaitu vokalis kumpulan ini. OAG yang merupakan singkatan kepada Old Automatic Garbage atau Orang Asia Genius, adalah sebuah band pop dan rock alternatif.

Ia ditubuhkan pada tahun 1992 yang juga merupakan antara band rock alternatif berbahasa Inggeris pertama di Malaysia yang mendapat perhatian daripada pendengar muzik mainstream.

OAG pada awalnya dianggotai oleh Radhi (vokalis), Qi Razali (dram), Ayie (gitar) dan Lan (bass).

oag antara band popular satu ketika dahulu

OAG terkenal kerana berjaya memecahkan acuan arus perdana Melayu dan pop pada ketika itu, memaksa genre alternatif dan underground ke dalam media komersial seperti radio dan televisyen.

Muzik video lagu 60's TV menandakan kejayaan dalam arah baru muzik video di Malaysia dan menjadi antara lagu yang paling terkenal dalam scene underground, selepas lagu Nicc o'Tyne oleh Butterfingers.

Kejayaan terbesar OAG bermula apabila penerbit Positive Tone ketika itu, Paul Moss mendengar lagu mereka dan meminta OAG menghantar demo kepadanya.

Mendengar demo OAG, Paul sangat berminat dengan band ini dan mengambil OAG di bawah syarikat tersebut. Secara perlahan-lahan, OAG mula mendapat tempat di persada muzik Malaysia diikuti oleh sejumlah peminat yang besar.

oag band alternatif popular

OAG kemudiannya memenangi kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik pada tahun 1996 dan video muzik 60's TV tercalon dalam kategori Video Klip Terbaik.

Pada tahun 1997, OAG menghasilkan lagu tema rasmi Kejohanan Remaja Dunia FIFA 1997, "Name of the Game" yang juga dikeluarkan di 8 buah negara Eropah.

Sepanjang penglibatan OAG dalam industri muzik sehingga kini, mereka telah mengeluarkan 5 buah album iaitu:

  1. Old Automatic Garbage (1994)
  2. Melody Mocker (1999)
  3. Opera Radhi-o Friendly (2002)
  4. Satelit Ink. (2003)
  5. OrAnG (2006)

band oag terkini

Jika ditanyakan kepada peminat muzik tanah air apakah lagu yang paling diminati, pasti jawapannya adalah "Slumber" dari album Opera Radhi-o Friendly.

Kini, OAG masih aktif dengan anggota baru dan lama, iaitu Radhi, Izmer, Nizam, Qi, Nazrin dan Amal. 

Rujukan:

1. Metal Archives

2. ROTTW

3. Utusan

4. Metalasia




Hakcipta iluminasi.com (2017)