Nirvana boleh dikatakan antara kumpulan yang paling berpengaruh dalam industri muzik sehingga kini. Lagu-lagu yang kebanyakannya dihasilkan oleh frontman kumpulan ini iaitu Kurt Cobain masih didengari sehingga ini walaupun selepas 24 tahun meninggal dunia.

Pada 8 April 1994, mayat Kurt Cobain telah ditemui di sebuah bilik di rumahnya yang terletak di Seattle oleh tukang elektrik Gary Smith ketika ingin memasang sistem keselamatan. Gary menyangkakan bahawa Kurt sedang tidur sehinggalah ternampak senapang yang terarah ke dagunya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

teori dakwaan bahawa kurt cobain dibunuh dan bukan bunuh diri 2

Walaupun Kurt Cobain disahkan sebagai membunuh diri, namun terdapat banyak kemungkinan dan teori bahawa pelopor muzik Grunge telah dibunuh. iluminasi.com ingin kongsikan teori dan dakwaan bahawa Kurt Cobain telah dibunuh dan bukannya membunuh diri.

1. Tiada cap jari pada senapang

senapang kurt cobain teori dakwaan bahawa kurt cobain dibunuh dan bukan bunuh diri

Menurut catatan siasatan, tidak ada cap jari yang boleh digunakan dari salah satu senapang yang digunakan oleh Kurt untuk menembak dirinya atau di atas kelongsong peluru yang digunakannya.

Dan memandangkan Kurt tidak memakai sarung tangan dan senapang tersebut terletak di atas dadanya dengan tangan kirinya di atas senapang itu, sepatutnya cap jari pasti dapat dikesan.

Malah, tiada tanda-tanda sisa senjata api pada badan Kurt, jika dia sendiri yang menggunakan senapang tersebut. Tak cukup dengan itu, senapang yang dijumpai dimuatkan dengan 3 peluru. Walaupun ia tidak boleh menjadi bukti kukuh, namun jika Kurt ingin membunuh diri, dia pasti hanya akan memuatkan 1 peluru sahaja, dan bukan 3.

2. Jumlah heroin yang sangat tinggi dalam badannya

teori dakwaan bahawa kurt cobain dibunuh dan bukan bunuh diri 3

Terdapat pertikaian ke atas bahan-bahan yang dijumpai dalam darah Kurt. Dikatakan bukan sahaja jumlah heroin dan valium yang dijumpai dalam sistem badan Kurt membuatkan dia tak mampu untuk menarik picu senapang, malah bahan-bahan itu sendiri mampu membunuhnya.

Ahli toksikologi Kanad, Roger Lewis dalam penulisannya "Dead Men Don't Pull Triggers", beliau mengatakan bahawa jumlah bahan-bahan yang dijumpai dalam sistem Kurt sama ada akan membuatkan dia lumpuh dan berada dalam keadaan koma, ataupun akan membunuhnya serta merta.

Walaupun Roger tidak menafikan terdapat kemungkinan Kurt sengaja diberikan dadah dan dibunuh, namun dia sangat yakin bahawa Kurt tidak membunuh diri menggunakan senapang pada hari kejadian.

Mereka yang menepis dakwaan ini, menggunakan eksperimen Dr. Colin Brewer sebagai bukti, di mana beliau mengambil jumlah heroin sebanyak 2 kali ganda yang dijumpai dalam badan Kurt, secara oral, dan masih mampu memahami dan meingimbangkan badan di atas satu kaki.

Namun, eksperimen itu dikatakan tidak tepat kerana terdapat perbezaan yang ketara di antaraa pengambilan heroin dengan cara oral dan juga suntikan. Dikatakan teori Roger Lewis lebih bernas.

3. Nota bunuh diri

teori dakwaan bahawa kurt cobain dibunuh dan bukan bunuh diri 4

Nota bunuh diri Kurt lebih kelihatan seperti dirancang. Terdapat pertikaian oleh mereka yang mengkaji nota ini, yang mana ia tidak menyatakan hasrat untuk bunuh diri, sehinggalah kepada 4 ayat terakhir.

Surat itu hanya menceritakan cintanya terhadap muzik, namun tidak lagi suka untuk membuat persembahan. Ramai yang percaya bahawa nota itu sebenarnya ditulis Kurt mengenai niatnya untuk meninggalkan Nirvana, sesuatu yang mungkin dirancang oleh Kurt untuk diberikan kepada media.

teori dakwaan bahawa kurt cobain dibunuh dan bukan bunuh diri 4 528

Apa yang membuatkan 4 ayat terakhir itu lebih menarik adalah ia kelihatan seperti ditulis oleh orang lain. Nota ini telah dianalisa oleh ramai pakar, dan keputusan yang dicapai adalah ditengah-tengah.

Ada yang mengatakan ia adalah tulisan yang sama, dan yang lain mengatakan ia bukan tulisan Kurt dan 4 ayat itu ditambah oleh orang lain selepas kematiannya.

4. Penggunaan kad kredit selepas mati

teori dakwaan bahawa kurt cobain dibunuh dan bukan bunuh diri

Disetujui bahawa Kurt Cobain meninggal dunia pada 5 April, sebelum penemuan mayatnya pada 8 April. Namun apa yang pelik adalah, terdapat rekod penggunaan kad kredit Kurt pada 6 April. Ramai yang mengatakan ia petunjuk bahawa kad kredit Kurt digunakan selepas kematiannya.

Individu yang menggunakan kad ini pasti mempunyai penjelasan yang lebih tepat daripada orang lain mengenai waktu dan tarikh sebenar kematian Kurt. Ada juga yang mengatakan bahawa tarikh penyata kad kredit tersebut menunjukkan tarikh kad itu dicaj, bukan tarikh ia digunakan.

teori dakwaan bahawa kurt cobain dibunuh dan bukan bunuh diri 9

Juga, terdapat puntung rokok dengan jenama berlainan daripada rokok yang biasa Kurt hisap di tempat kejadian dan pemiliknya tidak berjaya dikesan. Adakah individu yang menggunakan kad kredit itu mendapat kebenaran Kurt, atau diambil selepas menjumpai mayatnya, tiada siapa yang tahu.

5. Peguam Kurt Cobain dan dakwaan bercerai

tom grant teori dakwaan bahawa kurt cobain dibunuh dan bukan bunuh diri

Tom Grant adalah bekas penyelidik dan penyiasat persendirian yang pada asalnya diupah oleh isteri Kurt Cobain, Courtney Love, pada 3 April untuk mencari Kurt selepas dia meninggalkan pusat pemulihan dadah dua hari sebelumya.

Menurut Tom Grant, siasatannya mendedahkan bukti bahawa Kurt bercadang untuk menceraikan isterinya. Menurutnya lagi, ini mungkin boleh menjadi sebab untuk Courtney membunuh Kurt. Tom juga mendakwa bercakap dengan peguam Kurt, Rosemary Carrol beberapa hari sebelum mayatnya ditemui.

kurt cobain bersama isteri dan anak

Menurut Tom, Rosemary bersetuju dengan teori-teorinya dan menggesa agar beliau meneruskan penyiasatannya. Tom juga mendakwa Rosemary menceritakan kepadanya bahawa beberapa minggu sebelum kematiannya, Kurt telah membuang nama Courtney dari wasiatnya kerana bercadang untuk menceraikannya.

Dalam dokumentari Kurt & Courtney, bekas pengasuh yang bekerja di rumah Kurt mendakwa beliau mendengar perbualan mengenai perceraian yang semakin kerap melalui perbualan telefon Kurt beberapa minggu sebelumnya.

6. Michael Dewitt dan Courtney Love 

michael dewitt dan courtney love teori dakwaan bahawa kurt cobain dibunuh dan bukan bunuh diri

Selain daripada mempercayai bahawa Courtney Love yang bertanggungjawab ke atas kematian Kurt Cobain, Tom juga menuduh pengasuh keluarga ini iaitu Michael Dewitt bekerjasama dalam konspirasi pembunuhan ini.

Michael diupah oleh Courtney dan telah mengenali Kurt untuk tempoh yang lama. Menurut Tom, beliau dapat merasakan tingkahlaku pelik daripada kedua-dua individu ini ketika bertemu dengan mereka, terutamanya oleh Courtney.

7. Tiada tindakan undang-undang diambil

kurt cobain dan courtney love

Ini merupakan antara bukti yang paling buruk, sekurang-kurangnya dari segi tuduhan bahawa Courtney Love dan Michael Dewitt terlibat dalam pembunuhan Kurt Cobain. Selepas Tom Grant membuat dakwaan dan tuduhan terhadap kedua-dua individu ini, namun tiada tindakan undang-undang diambil ke atas Tom yang sekeras-kerasnya menuduh mereka.

kurt cobain and courtney love

Tom mendakwa, jika tindakan undang-undang diambil oleh Courtney dan membawa kes ini ke mahkamah, bukti-bukti bahawa Courtney terlibat akan dibenarkan untuk dibentangkan dan seluruh dunia akan tahu.

Gambar-gambar di tempat kejadian

gambar kes kematian kurt cobain 5t185

gambar kes kematian kurt cobain 5t187

gambar kes kematian kurt cobain 5t119

gambar kes kematian kurt cobain 5t137

gambar kes kematian kurt cobain 5t154

gambar kes kematian kurt cobain 5t174

gambar lesen memandu kurt cobain

gambar kes kematian kurt cobain 5t187

tubuh kurt cobain

gambar kes kematian kurt cobain 5t145

gambar kes kematian kurt cobain 5t196

gambar kes kematian kurt cobain 5t194

gambar kes kematian kurt cobain 5t113

gambar kes kematian kurt cobain 5t144

gambar kes kematian kurt cobain 5t152

gambar kes kematian kurt cobain 5t140

gambar kes kematian kurt cobain 5t127

gambar kes kematian kurt cobain 5t119

gambar kes kematian kurt cobain 5t112

gambar kes kematian kurt cobain 5t167

gambar kes kematian kurt cobain 5t151

gambar kes kematian kurt cobain 5t121

gambar kes kematian kurt cobain 5t171

gambar kes kematian kurt cobain 5t187

gambar kes kematian kurt cobain 5t182

gambar kes kematian kurt cobain 5t114

gambar kes kematian kurt cobain 5t156

gambar kes kematian kurt cobain 5t147

gambar kes kematian kurt cobain 5t165

gambar kes kematian kurt cobain 5t134

gambar kes kematian kurt cobain 5t170

wartawan serbu rumah kurt cobain

gambar kes kematian kurt cobain




Hakcipta iluminasi.com (2017)