mabuk bunuh arak alkohol

Alkohol mampu menghilangkan kewarasan seseorang, sehingga mengakibatkan seseorang itu bertindak di luar batasan pemikirannya. Mereka yang minum juga dilaporkan hilang kawalan minda, sehingga mampu berhalusinasi tentang sesuatu yang sebenarnya tidak wujud.

Sudah pelbagai kejadian buruk menimpa masyarakat kita akibat pengaruh alkohol namun masyarakat kita seolah masih berkeras mahu meneruskan tabiat buruk mereka. Mengapa? Persoalan itu hanya dapat dijawab oleh mereka. Adakah mereka hanya akan berhenti selepas tindakan luar kawal mereka menyebabkan kematian?

Berikut adalah 5 kes yang mengakibatkan kematian disebabkan oleh tindakan individu yang berada di bawah pengaruh alkohol. Moga kita dapat jadikan tragedi-tragedi ini sebagai pengajaran pada kita semua.

1. Tragedi Seberang Perai

pulau pinang pandu lawan arus cina melayu mati

Negara kita dikejutkan dengan kematian seorang lelaki selepas keretanya dirempuh oleh sebuah kereta lain yang memandu melawan arus. Pemandu wanita berusia 19 tahun itu dilaporkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid sebagai berada dalam pengaruh alkohol sehingga mengakibatkan dia hilang kawalan diri. Tindakannya memandu melawan arus menyebabkan satu kematian dan 4 orang lagi cedera.

Mangsa, Mohamad Fandi Rosli berumur 26 tahun mati di tempat kejadian selepas dirempuh menyebabkan allahyarham yang baru saja 3 bulan berkahwin, meninggalkan isterinya Norashikin Abdul Halim keseorangan dengan anak berusia 1 bulan (ketika itu) dalam kandungan.

2. Tragedi Tikam-Menikam di Miri

indonesia bunuh yusof kassim miri sarawak

Seorang pembantu projek pembinaan bernama Yusof Sidani yang berusia 45 tahun meninggal dunia selepas ditikam di dada oleh seorang lelaki Indonesia mabuk yang berang kerana ditegur oleh mangsa. Mangsa yang pada ketika itu bermain snuker dengan dua rakannya diserang selepas mereka bertiga menegur lelaki itu kerana mabuk dan disuruh balik, kerana sudah tidak waras.

Penjenayah itu tidak berpuas hati mengeluarkan pisau lalu mengamuk dan bertindak agresif lalu menikam Yusof serta mencederakan dua rakannya. Penjenayah yang bernama Kasim Katanni, 26 tahun berjaya ditangkap lalu didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian Yusof Sidani.

3. Lori Langgar Motorsikal Dari Belakang

memandu mabuk langgar

A.B Rajesparan didapati bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki bernama Iqbal Raja Khan, 23 tahun di Kuala Lumpur. Mangsa yang ketika itu sedang menunggang motorsikal di Lebuhraya Persekutuan dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur, dilanggar dari belakang dengan lori yang dipandu Rajesparan pada jam 4.40 pagi 20 April 2014.

Mahkamah menjatuhkan hukuman pada 19 September 2016 atas dua kesalahan memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa serta memandu di bawah pengaruh alkohol. Hasil siasatan daripada bacaan urin tertuduh mendapati kandungan alkohol di dalam badannya berada di paras 136mg/100ml, melebihi 29 unit daripada had alkohol yang ditetapkan iaitu 107mg/100ml.

4. Bunuh anak sendiri dan terlepas hukuman

bapa ibu pijak sepak bayi sendiri

Lain pula halnya dengan sebuah kes yang berlaku pada tahun 2012. Seorang pemandu lori bernama R.Ramesh, 42 tahun didakwa atas kesalahan menyebabkan kematian terhadap bayi lelakinya R.Kiran, yang baru berumur 14 hari. Kejadian itu berlaku di Hulu Selangor pada 12 April 2012.

Menurut saksi kejadian, kakak kepada Kiran melihat ayahnya menyepak dan memijak bayi kecil itu namun oleh kerana keterangan anaknya punya banyak kesangsian, kes tidak dapat dibuktikan. Masalahnya, doktor sendiri sudah mengesahkan kematian berlaku kerana kesan sepak atau pijak bapanya.

Mahkamah membebaskan Ramesh dari tuduhan kerana pihak pendakwa tidak dapat membuktikan Ramesh membunuh anaknya dengan niat. Dia berada dalam keadaan mabuk pada ketika itu.

5. Bunuh kakak kandung ketika mabuk

toh wei jun toh wei teen bunuh kakak ums adik video game

Kejadian ini berlaku pada tahun 2014 .Cuba menasihatkan adiknya yang ketagihan permainan video, Toh Wei Teen, pelajar tahun 3 di Universiti Malaysia Sabah mati dibunuh adiknya, Toh Wei Jun yang berang atas nasihat kakaknya. Dengan menggunakan pisau, Wei Jun mengelar leher kakaknya sebelum berlari mendapatkan kedua ibu bapanya.

Wei Jun memberitahu kakaknya mabuk dan ingin membunuh diri kerana tidak tahan tekanan hidup. Ibu bapanya yang bergegas menjumpai anak perempuan mereka di depan bilik Wei Jun sudah meninggal dunia dengan sebilah pisau di sisinya.

Siasatan mendapati Wei Jun berada dalam keadaan mabuk dan lemah kerana ketagihan permainan video serta semua dakwaannya palsu. Pihak polis juga menjumpai satu botol arak di biliknya dan melaporkan, pertengkaran berlaku pada awal pagi di rumah mereka di Kemuning Utama, Shah Alam yang membuatkan Wei Jun berang kerana Wei Teen meminta dia berhenti dan belajar.


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)