Oleh pada 20 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Utusan Online

Seramai lebih 5000 peminat hadir menonton konsert mini pertama kumpulan terkenal Kpop, "Wanna-One Wanna Be Loved" yang berlangsung di Stadium Negara semalam.

Namun, keadaan mula menjadi kacau-bilau dan tidak terkawal berikutan puluhan peminat bertolak-tola­kan untuk menghampiri pentas utama setelah kumpulan tersebut memulakan persembahan sekitar pukul 8 malam tadi.

Oleh sebab itu, puluhan peminat dilaporkan pengsan dan cedera kerana mereka berhimpit-himpit khususnya di bahagian "rock zone". Kebanyakan peminat terpaksa diiring keluar oleh pengawal keselamatan.

Pihak penganjur membuat keputusan memberhentikan seketika persembahan untuk menstabilkan keadaan.

Setelah kumpulan itu mendendangkan dua buah lagu iaitu "Energetic" dan "Beautiful", persembahan terpaksa diberhentikan.

Setelah lebih sejam, kumpulan Wanna One akhirnya muncul kembali di atas pentas bagi meneruskan persembahan sekitar pukul 9.45 malam.

Antara lagu yang dinyanyikan pada malam itu ialah "Pick Me", "Never, Always" dan "Burn It Up".

Keseluruhan persembahan itu dijayakan dengan lancar sebelum tamat pada pukul 10.50 malam.

Sumber berita: Malaysian Digest




Hakcipta iluminasi.com (2017)