Oleh pada 02 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Perjuangan penyanyi Roy di program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6) terhenti sebaik diumumkan sebagai peserta tersingkir pada konsert minggu kelapan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, sebentar tadi.

Roy yang menyampaikan lagu Seniman Menangis nyanyian asal Ismail Haron gagal menambat hati dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, selain komposer lagenda, Fauzi Marzuki dan pelakon veteran, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar selaku juri undangan.

Sementara itu, Naqiu kembali merampas tangga pertama dengan markah 73 peratus menerusi dendangan lagu Percayalah yang dipopularkan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selain beliau, Sham Visa, Jatt, Wann, Nurfatima, Hady Mirza, Noorshila Amin dan kumpulan One Nation Emcees, turut diumumkan mara ke minggu kesembilan yang juga merupakan peringkat suku akhir.

Berikut kedudukan dan markah peserta berdasarkan penilaian juri profesional.

   

gegar vaganza 2019 54

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

CARTA KEDUDUKAN DAN MARKAH PESERTA KONSERT GEGAR VAGANZA 6 (2019) MINGGU 8

  1. Naqiu Boboy (Percayalah) - 73%
  2. Jatt (Sejuta Wajah) - 72%
  3. Hady Mirza (Malaikat) - 70%
  4. One Nation Emcees (Anak) - 65%
  5. Wann (Wajah Rahsia Hati) - 63%
  6. Noorshila Amin (Samar Bayangan) - 62%
  7. Sham Visa (Separuh Aku) - 58%
  8. Nurfatima (Cobalah Untuk Setia) - 58%
  9. Roy (Seniman Menangis) - 55%

    

Naqiu turut merangkul anugerah 'Artis Cili Padi Paling Power', manakala Roy membawa pulang gelaran Bintang Cuckoo Paling Gempak untuk minggu ketujuh.

GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 8)

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)