Kredit foto: Mstar & Instagram Ewal

Penyanyi Syafinaz Selamat menganggap sesetengah peserta pada minggu pertama AF Megastar tidak mempamerkan persembahan yang setara dengan reputasi pertandingan itu yang berskala besar.

Lebih teruk lagi, penyanyi yang juga bertindak sebagai juri tetap program itu merasakan ada peserta yang tidak layak bertanding di pentas tersebut. 

Saya faham sebahagian daripada mereka diperlukan dalam program ini. Malah segelintir daripada mereka juga tidak perlu ada. Bagi saya pentas ini perlu diberikan peluang kepada orang lain. Saya pasti ada yang lebih layak. Tidak dinafikan ada peserta yang bagus, begitu juga sebaliknya. Apabila bercakap mengenai AF Megastar, mereka perlu faham. Ini kesempatan terbaik untuk menebus semula apa yang mereka tidak dapat sebelum ini. Saya bukan ingin menjatuhkan reputasi mereka tetapi ingin dijelaskan program ini mencari penyanyi sebenar (real singer). Kalau bercakap mengenai penyanyi, apa yang penting perlu ada suara yang bagus.
Sumber: Harian Metro

Terdahulu, minggu pertama Konsert AF Megastar Homecoming menampilkan persaingan antara bekas-bekas pelajar Akademi Fantasia musim lalu iaitu Bob (AF2), Zahid (AF2), Idayu (AF3), Marsha (AF3), Mila (AF5), Sufie Rashid (AF 2015), Adam (AF2), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF 2013), Ewal (AF2014) dan Ara (AF 2016).

Dalam pada itu, Syafinaz menegaskan kualiti nyanyian sebenar tidak semestinya terletak pada vokal bernada tinggi sebagaimana yang cuba diketengahkan oleh sesetengah peserta.

Jangan fikir mereka yang boleh menyanyikan nada tinggi dan mendapat sorakan peminat, ia sedap didengar. Perkara ini yang selalu salah. Sepatutnya perlu ada skil dan teknik betul. Jadi apabila saya dipilih menjadi juri, besar harapan untuk melihat program ini melahirkan juara yang tepat. Bukan apa, kebanyakan musim terdahulu keputusannya agak mengecewakan.
Sumber: Harian Metro

Ditanya tentang peserta yang paling menyerlah pada minggu pertama, Syafinaz memilih Marsha, Idayu dan Bob sebagai tiga yang teratas.

Minggu kedua AF Megastar bakal mempertaruhkan 12 lagi bekas pelajar Akademi Fantasia sebelum hanya 12 yang terbaik daripada kedua-dua minggu dipilih untuk bertanding di konsert mingguan.

AF Megastar bersiaran setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria. Dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)