Di zaman berteknologi tinggi ini anda boleh melihat apa sahaja gambar yang terlintas di minda, termasuklah ketika Perang Dunia Kedua.
Namun kebanyakan gambar yang ditemui adalah hitam putih. Seperti yang iluminasi.com kongsikan sebelum ini, ini koleksi 24 gambar berwarna yang jarang dilihat ketika WW2.
1. Gambar penembak Amerika Syarikat
Krew mesingan Amerika Syarikat sedang menunggu lampu hijau daripada pihak atasan untuk melakukan tembakan ketika sedang bersembunyi di penempatan berpemilik.
BESARKAN TEKS A- A+
Gambar ini diambil ketika pertempuran antara Jerman dan AS pada tahun 1943.
2. Gambar 3 pemimpin tertinggi sekutu Allied
3 pemimpin kuasa Allied duduk bersama di Istana Livadia di Crimea, USSR ketika Persidangan Yalta yang diadakan untuk membincangkan penyusunan semula selepas perang Eropah.
Dari kiri Perdana Menteri Britain Winston Churchil, Presiden Amerika Syarikat Franklin Roosevelt dan pemimpin Kesatuan Soviet Joseph Stalin.
Gambar diambil pada Februari 1945.
3. Gambar pekerja wanita British
Para pekerja wanita sedang menghasilkan peluru senapang dan meriam di sebuah kilang peluru bawah tanah di Merseyside, England pada 1945.
4. Gambar pencerobohan D-Day
Pendaratan Normandy adalah operasi pendaratan pencerobohan kuasa Allied dalam Operasi Overload ketika Perang Dunia Kedua.
Sering dirujuk sebagai D-Day, ia berlaku pada 6 Jun 1944 di Normandy, Perancis dan merupakan pencerobohan laut terbesar dalam sejarah.
5. Gambar penyediaan payung terjun
Anggota Tentera Udara Wanita Tambahan (WAAF) menyediakan payung terjun untuk kegunaan angkatan udara British ketika pencerobohan Eropah pada Mei 1944.
6. Gambar kereta kebal Jerman
Kapal kebal Jerman yang kelihatan rosak teruk diserang ini sedang diperiksa oleh 2 tentera Amerika Syarikat.
Gambar ini diambil di Itali pada Mei 1944.
7. Gambar longgokan bom
Dua orang tentera Amerika Syarikat sedang memindahkan seunit bom yang sangat besar di tempat simpanan peluru pada tahun 1944.
8. Gambar pesawat pengebom British
Kelihatan sejumlah pesawat pengebom Lancaster yang hampir selesai dibina di kilang pemasangan Avro di Woodford berhampiran Manchester, England pada tahun 1943.
9. Gambar tentera British dan Afrika Selatan
Sejumlah tentera British dan Afrika Selatan sedang memegang bendera Nazi Jerman sebagai trofi selepas mereka menang dalam pertempuran penting di Cassino, Itali pada tahun 1943.
Jurutera pertempuran di belakang menggunakan jentolak untuk membersihkan jalan yang dipenuhi serpihan hasil daripada pertempuran itu.
10. Gambar Nazi Jerman sedang mara
Gambar ini adalah daripada Signal, sebuah penerbitan Tentera Jerman yang melihatkan kemaraan Nazi ketika Pertempuran Moscow sekitar Januari 1942.
11. Gambar 2 Tentera Udara Soviet
2 orang pegawai Tentera Udara Soviet iaitu Rufina Gasheva dan Nataly Meklin diangkat sebagai Wira Kesatuan Soviet di atas perkhidmatan mereka untuk unit Night Witches ketika Perang Dunia Kedua.
Rufina terlibat sebanyak 848 kali dalam misi pertempuran waktu malam manakala Nataly sebanyak 980 kali.
12. Gambar tentera sedang makan
Kelihatan seorang tentera Amerika Syarikat sedang menikmati hidangannya di atas longgokan peluru yang dijadikan meja dan kerusi.
Hidangannya terdiri daripada ayam, kentang lenyek, roti dan nenas. Gambar diambil di England pada hujung tahun 1944.
13. Gambar pertempuran di Jerman
Tentera Amerika Syarikat sedang bertempur dengan pasukan Jerman berhampiran sebuah gereja di Cologne, Jerman pada April 1945.
14. Gambar tali gantung
Kelihatan struktur hukuman tali gantung di luar kem tahanan Ohrdruf di Thuringia, Jerman pada April 1945.
15. Gambar Jepun menyerah kalah
Tentera-tentera Amerika Syarikat sedang melihat pegawai tertinggi Jepun dan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian menyerah diri yang membawa kepada penamatan Perang Dunia Kedua.
Gambar di ambil di atas kapal USS Missouri di Teluk Tokyo, Jepun pada 2 September 1945.
16. Gambar tentera Kanada dan bendera Nazi
2 tentera Kanada memegang bendera Nazi di selatan Hautmesnil, Perancis pada 10 Ogos 1944.
17. Gambar pesawat Amerika Syarikat
Beberapa pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat terbang di udara di Jerman, sekitar tahun 1944-1945.
18. Gambar tentera Kanada
Tentera Kanada mendarat di Pantai Juno di Normandy, Perancis semasa pencerobohan D-Day pada 6 Jun 1944.
19. Gambar pegawai wanita British
3 anggota Perkhidmatan Wilayah Bantuan (ATS), iaitu cabang Tentera British bagi wanita, sedang fokus menjalankan tugas di Ibu Pejabat Artileri Pantai di Dover, England.
Gambar diambil pada Disember 1942.
20. Gambar sebelum pencerobohan Guam
Kedua-dua Tentera Laut Amerika Syarikat dan berpuluh-puluh peluru meriam tersusun di atas kapal perang USS New Mexico, sejurus sebelum pencerobohan Guam pada Julai 1944.
21. Gambar mayat banduan kem tahanan
Sejumlah tentera Amerika Syarikat berdiri di sebelah treler yang mengandungi longgokan mayat di kem tahanan Buchenwald yang baru sahaja bebas.
Gambar diambil pada 12 April 1945.
22. Gambar Raja George VI
Marshal Sir Bernard Montgomery sedang menjelaskan strategi sekutu Allied kepada Raja George VI di dalam sebuah karavan di Belanda pada Oktober 1044.
23. Gambar tentera Amerika Syarikat
Kapal laut Amerika dipenuhi dengan tentera-tentera sedang menghampiri pantai Perancis untuk pencerobohan D-Day.
24. Gambar jurugambar Perang Dunia Kedua
5 orang jurugambar berdiri di hadapan sebuah pengebom B-26 Marauder di sebuah pangkalan pada tahun 1943.
Mereka adalah antara yang bertanggungjawab dalam mengambil gambar-gambar ketika perang berlangsung dan diberikan peluang untuk menggunakan gambar berwarna untuk pertama kali semasa mengdokumentasikan perang yang luar biasa ini.
Anda perlu berani untuk terlibat sebagai tentera dalam sebuah peperangan, tapi anda perlu lebih berani untuk berada di tengah-tengah peperangan tanpa berbekalkan senjata api, hanya beberapa buah kamera.
Rujukan:
2. Commons
3. Jetlaggin