Oleh pada 22 Jul 2018 kategori

kesatuan soviet vs nazi jerman 189

Ketika Nazi mengkhianati Kesatuan Soviet pada tahun 1941 selepas menandatangani perjanjian untuk tidak terlibat dalam aktiviti ketenteraan, negara itu perlu melakukan keputusan drastik.

Setiap warganegara Kesatuan Soviet dipanggil untuk memainkan peranan masing-masing dalam perang patriotik yang terbesar dalam sejarah mereka.

Dan ia termasuk Mariya Oktyabrskaya, yang menjadi wira Kesatuan Soviet.

Golongan wanita dalam Red Army

wanita jerman serang kubu nazi

Dianggarkan kira-kira 800,000 wanita Kesatuan Sovian telah berkhdmat dalam Red Army ketika Perang Dunia Kedua, ramai di batalion anti-pesawat di mana mereka berada di bahagian hadapan namun dilindungi daripada pertempuran yang berbahaya.

Wanita-wanita lain pula diberikan tugas yang lebih berat seperti memandu pesawat pejuang atau kereta kebal dan berperang.

Walaupun ketika itu Kesatuan Soviet sangat terdesak memerlukan sebanyak tentera yang mungkin, namun tak semua tentera lelaki teruja diserati oleh wanita di medan perang. 

Dan Mariya Oktybrskaya adalah salah seorang daripada wanita yang tidak mahu hanya menonton peperangan dari belakang sahaja dan menjadi antara wanita yang dilihat secara skeptikal oleh tentera lelaki.

mariya oktyabrskaya

tentera red army kesatuan soviet dari kalangan wanita 429

Dilahirkan dalam keluarga petani Crimea yang miskin, Mariya dilaporkan dengan penuh semangat memasang cita-cita yang didukung oleh pemimpin Revolusi Rusia.

Menurut laporan lain, Mariya pertama kalinya berminat dengan perkara berkenaan tentera selepas mengahwini pegawai tentera Ilya Oktyabrskaya, dengan mengisytiharkan "Berkahwin dengan seorang tentera, anda berkhidmat dalam tentera,". 

Mariya Oktyabrskaya membeli kereta kebal

Apabila suaminya terbunuh semasa serangan Jerman di Kiev, Ukraine, Mariya menjual semua barang miliknya untuk digunakan bagi membeli kereta kebal T-34, yang diberikan nama "Fighting Girlfriend".

Mariya bukan membeli kereta kebal itu untuk menyumbangkan kepada tentera, sebaliknya untuk digunakan olehnya sendiri. Mariya kemudiannya dengan sendiri menghantar surat kepada ketua Kesatuan Soviet, Joseph Stalin.

mariya oktyabrskaya membeli kereta kebal sendiri

Dalam surat tersebut, Mariya memohon kebenaran bertempur untuk negaranya dengan mengatakan:

"Suami saya telah dibunuh ketika mempertahankan tanah air. Saya ingin membalas dendam terhadap anjing fasis ke atas kematiannya dan atas kematian warga Kesatuan Soviet yang diseksa oleh mereka,".

Joseph Stalin dengan serta merta memberikan persetujuannya, mungkin kerana menyedari nilai publisiti seorang isteri komunis yang sanggup untuk berkorban sehingga mati.

Mariya kemudiannya menjalani program latihan selama 5 bulan sebelum di hantar ke barisan hadapan tentera.

Kebolehan dan keberanian Mariya Oktyabrskaya

mariya oktyabrskaya dan suaminya

Apabila Mariya Oktyabrskaya dan kereta kebalnya Fighting Girlfriend menyertai Briged Kereta Kebal ke-26 pada tahun 1943, rakan seperjuangan lelaki memandangnya sebagai satu jenaka.

Namun, ia tidak mengambil masa yang lama sebelum Mariya menunjukkan keberaniannya dalam bertempur.

Semasa pertempuran kereta kebal nya yang pertama pada Oktober 1943, Fighting Girlfriend adalah kereta kebal pertama yang telah menceroboh kawasan musuh dan menghancurkan artileri serta menimbulkan kekacauan terhadap Jerman.

Tentera lelaki yang berjuang bersama-sama Mariya sangat kagum dengan keberanian dan semangatnya.

Sebulan kemudian, Mariya sekali lagi mengejutkan ramai orang apabila dia melompat keluar ketika pertempuran sedang berlangsung untuk membaiki kereta kebalnya.

mariya oktyabrskaya balas dendam ke atas kematian suaminya

Mariya yang membuktikan kebolehan dan keberaniannya di medan perang, telah dinaikkan pangkat kepada Sarjan.

Keghairahan Mariya untuk membalas dendam terhadap Jerman langsung tidak pudar oleh pertempuran berdarah itu, dan dia telah menulis kepada kakaknya, menjelaskan:

"Saya telah dibaptis oleh api. Saya mengalahkan bajingan-bajingan ini. Kadang-kala saya tersangat marah sehingga saya tak dapat bernafas,".

Walaupun dia pasti telah membalas dendamnya terhadap musuh yang membunuh suaminya, pembunuhan oleh Mariya itu terhenti pada Januari 1944.

Di tengah-tengah percubaan untuk mengambil alih kedudukan musuh, tembakan kereta kebal tepat mengenai Fighting Girlfriend.

mariya oktyabrskaya dan fighting girlfriend

Mungkin didorong oleh kemarahannya yang ditulis kepada kakanya, Mariya telah melanggar perintah supaya kekal berada dalam kereta kebal.

Dia keluar daripada kereta kebal tersebut dan cuba untuk membaikinya. Tapi kali ini Mariya tak dapat mengelak serangan musuh yang mana dia tidak sedarkan diri selepas terkena serpihan bom.

Mariya berada dalam koma selama 2 bulan sebelum mati disebabkan kecederaan tersebut pada tahun 1944. Selepas kematiannya, Mariya Oktyabrskaya telah ditabalkan sebagai "Hero Kesatuan Soviet" iaitu penghargaan tertinggi negara ini ketika itu.


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)