perang dunia kedua membunuh berpuluh juta nyawa

Walaupun perang di antara negara adalah untuk mempertahankan negara-negara tersebut, namun tak semua mereka yang terlibat bersetuju dengan apa yang berlaku.

Ramai di antara tentera yang dikerahkan tenaga hanya menjalankan tugas tetapi mereka juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

Ketika Perang Dunia Kedua berlangsung, banyak situasi yang mencerminkan sifat kemanusiaan masih wujud walaupun ia mengakibatkan terbunuhnya berpuluh juta orang.

iluminasi.com kongsikan antara 6 individu yang telah menyelamatkan pihak musuh ketika perang terbesar di dunia ini berlangsung.

6. Pegawai Jerman mati ketika cuba selamatkan tentera Amerika yang tercedera 

friedrich lengfeld mati ketika cuba selamatkan pihak musuh

Leftenan Friedrich Lengfeld adalah pegawai Jerman yang mengetuai pasukan penembak menentang tentera Amerika Syarikat yang menceroboh.

Ketika dia mengekalkan kedudukannya di pinggir ladang yang dipenuhi periuk api, Friedrich terdengar jeritan seseorang memohon pertolongan.

Terbaring dalam keadaan cedera adalah seorang tentera Amerika yang menjerit "Tolong saya" berulang kali.

Friedrich yang kesiankan tentera tersebut kemudiannya mengarahkan pegawai-pegawai bawahannya untuk tidak menembak tentera sekiranya tentera Amerika yang lain datang untuk menyelamatkannya.

plak penghormatan kepada friedrich lengfeld oleh amerika syarikat

Beberapa jam berlalu, tiada seorang pun tentera Amerika yang berani menyelamatkannya. Akhirnya, Friedrich mengaturkan skuad penyelamat dan masuk ke ladang periuk api untuk menyelamatkan tentera itu.

Malangnya, Friedrich telah terpijak periuk api dan meletup, membunuh dirinya. Tiada petunjuk sama ada tentera Amerika itu terselamat atau tidak.

Namun, Friedrich Lengfeld mati ketika melakukan sesuatu yang sangat berani dan memperoleh plak penghormatan dari tentera Amerika Syarikat.

5. Puteri Romania selamatkan lebih 1,000 orang tentera yang mengebom negaranya 

puteri catherine caradja selamatkan lebih daripada 1 000 orang musuh 1

Ketika Perang Dunia Kedua, Romania bersekutu dengan Nazi Jerman. Namun, Puteri Catherine Caradja, tidak gembira dengan keputusan itu. 

Dia menghabiskan masa kanak-kanaknya di England dan tidak mempercayai idea yang dibawa oleh Hitler.

Ketika pesawat-pesawat mula mengebom medan minyak di negaranya, Puteri Catherine menjaga setiap tentera sekutu Allied yang masih hidup akibat ditembak jatuh oleh tentera Romania.

puteri catherine caradja selamatkan lebih daripada 1 000 orang musuh 53

Dia menghantar mereka ke hospital Romania, di mana mereka dilayan seperti tetamu dan diberikan rawatan perubatan yang terbaik. 

Setelah tentera-tentera itu pulih, Puteri Catherine membantu mereka melarikan diri ke Itali yang telah bebas. Menjelang akhir perang, dia telah menyelamatkan nyawa musuh melebihi 1,000 orang.

4. Juruterbang Jerman mengiringi pesawat Amerika Syarikat 

leftenan franz stigler diarahkan untuk menembak pesawat pengebom amerika syarikat

Salah seorang daripada juruterbang terbaik Jerman, Leftenan Franz Stigler telah diarahkan untuk menembak pengebom B-17, pembunuhan terakhir yang perlu dilakukannya untuk memperoleh pingat tertinggi Jerman.

Namun, dia tidak melaksanakannya. Ketika Franz mendekati pesawat tersebut, dia menyedari bahawa pesawat tersebut terbang dalam keadaan dekat dengan tanah, yang mana bukan kebiasaan.

Bahagian belakang pesawat dipenuhi lubang peluru dan Franz mendapati 2 juruterbang, Charles Brown dan seorang lagi di dalamnya tercedera serta panik.

Dengan menembak jatuh pesawat tersebut bukanlah satu operasi ketenteraan sebaliknya menjadi satu pembunuhan.

franz stigler dan charles brown berakhir sebagai sahabat

Franz kemudiannya mendekati pesawat dan memberi isyarat kepada juruterbang tersebut. Franz seterusnya membawa mengiringi pengebom B-17 merentasi Laut Utara di mana ia boleh terbang ke tempat selamat.

Dengan memastikan pesawat Jerman yang lain tidak menembak jatuh pengebom Amerika Syarikat itu, Franz Stigler telah menyelamatkan nyawa kedua-dua juruterbang di dalamnya.

Hubungan antara Franz Stigler dan Charles Brown berakhir sebagai rakan dan menghabiskan masa bersama.

3. Jeneral Jerman yang enggan membunuh banduan Yahudi 

erwin romme jeneral jerman yang enggan membunuh banduan yahudi

Erwin Rommel, salah seorang daripada jeneral Adolf Hitler yang paling berjaya telah menghabiskan sebahagian besar masanya bertempur di Afrika.

Di sana, dia mengetuai pasukannya dari bahagian hadapan, mempertaruhkan nyawanya sendiri dengan cara yang luar biasa pada masa itu.

Apabila dia menawan tentera musuh, Erwin tidak mengendahkan arahan daripada ibu pejabat untuk membunuh setiap banduan Yahudi.

Selepas dia kembali ke Eropah, dia bimbangkan pergerakan Hitler dan bertemu dengan ahli konspirasi untuk menjatuhkan Hitler dari kuasanya, namun ia tidak berhasil.

erwin rommel ketika bertugas di afrika

Dia telah ditangkap oleh Nazi, yang datang ke rumahnya dan memberikannya kapsul sianida serta satu pilihan, bunuh diri dengan hormat, atau dihukum gantung kerana mengkhianat.

Erwin kemudiannya memeluh semua ahli keluarganya dan mengucapkan selamat tinggal, sebelum menelan kapsul tersebut.

Dia kemudiannya menaiki kereta tentera dan dibawa pergi dari rumahnya, sambil menunggu kapsul tersebut untuk membunuhnya.

2. Pegawai Nazi selamatkan pemuzik Yahudi 

wilhelm hosenfeld selamatkan pemuzik yahudi

Wilhelm Hosenfeld, pegawai Nazi yang ditempatkan di Warsaw, Poland telah menyaksikan pembunuhan beramai-ramai "Holocaust" dengan matanya sendiri.

Pengalaman ini telah menghantuinya dan dia menghabiskan masa melakarkannya di dalam diari mengenai penderaan yang dahsyat disaksikannya terhadap orang Yahudi dan Poland.

Apabila perang hampir tamat, Wilhelm cuba untuk melakukan sesuatu. Mula-mula, dia membantu serorang pelarian Yahudi bernama Leon Warm dengan memberikannya identiti palsu dan pekerjaan.

wilhelm hosenfeld selamatkan poland

Kemudian Wilhelm membantu seorang pemuzik bernama Wladyslaw Szpilman dengan memberikan makanan dan keperluan bagi meneruskan hidup.

Selepas perang tama, Wilhelm telah dijadikan tawanan oleh Kesatuan Soviet di atas jenayah perang. Mereka yang diselamatkan oleh Wilhelm telah membuat petisyen agar dia dilepaskan, namun tidak diendahkan.

Wilhelm akhirnya mati di kem penjara Rusia, selepas menderita akibat beberapa serangan angin ahmar.

1. Remaja Jepun selamatkan banduan perang Amerika Syarikat

carl ruse menjadi kurus kering akibat bekerja sebagai buruh paksa

Ditangkap oleh tentera Jepun, Carl Ruse telah dihantar ke kem penjara Yokkaichi-Ishihara Sangyo dimana dia menjadi buruh paksa. 

Ketika menjadi buruh paksa, Carl menderita dan kelaparan membawa kepada penurunan berat badan kepada 36 kilogram. Fumio Nishiwaki, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang juga bekerja di kilang tersebut berasa kasihan melihat keadaan Carl.

Apabila dia mempunyai peluang, Fumio akan mengambil sisa makanan dan memberikannya kepada Carl, agar dia terus hidup sehingga ke perang berakhir.

fumio nishiwaki menyelamatkan carl ruse

Carl mengambil gambar Fumio ketika dia meninggalkan kem tersebut dan menyimpannya sehingga dia mati. Menurut keluarga Carl, Fumio dan gambar itu mengingatkan masih ada perkara yang baik di dunia ini.

Kebaikan Fumio adalah satu-satunya yang membuatkan Carl terus waras selepas pengalaman perang yang ngeri.


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)