Oleh pada 12 Apr 2017 kategori

fast 8

Pasti ramai yang tidak sabar menantikan tayang filem Fast and The Furious 8 (Fast 8). Pengeluar filem mega francais ini sudah semestinya tahu cara untuk menarik minat penonton  membeli tiket wayang. Sememangnya ia tentang plot penceritaan yang penuh aksi dan drama, suka dan duka, di samping watak yang dibawa oleh bintang-bintang hollywood yang tidak perlu disenaraikan lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Akan tetapi, apa yang lebih menarik ialah tentang KERETA. Aksi penuh mendebarkan, persona kereta eksotik yang jarang dapat kita lihat, dentuman enjin yang membingit telinga serta babak kemusnahan kereta yang mecapai adrenalin penonton. Ternyata ia satu kepuasan yang tak dapat dinafikan buat pengamal dan penggemar automotif.

Jadi sebelum kita masuk ke panggung, mari kita lihat serba sedikit  tentang beberapa model kereta yang digunakan dalam set penggambaran Fast 8:

Subaru BRZ 

12

 1966 Chevrolet Corvette 

13

Bentley Continental GT 

10

Dom's 1960 Dodge Charger

11

9

1951 Chevrolet Fleetline 

6

Jaguar F type Coupe

7 sk88

'ICE RAM' Truck

8

Mercedes Benz AMG Gt S

5 sk3

International MXT 

3 sk34

Landrover Defender 110xs

4 sk69

Aston Martin Vanquish

2 sk34

Semua model yang disenaraikan adalah sebahagian sahaja kerana realitinya, anggaran sebenar jumlah kereta yang digunakan semasa set ialah sekitar 200 model dari pelbagai jenama. Apa yang menarik, sepanjang tujuh francais filem yang sebelum ini, sebanyak 169 buah kereta biasa telah musnah(total lost), 142 lagi rosak dan 37 kenderaan special  turut musnah termasuk kereta kustom, kereta lumba dan juga kereta perisai.

Malah dalam rekod Fast 7, kereta termahal dalam penggambaran Lykan Hypersport yang bernilai 3.5 juta US dollar turut musnah ketika babak jatuh daripada bangunan. 53 buah bangunan dilaporkan musnah   manakala 432 item turut rosak. Sepanjang penggambaran, segala babak aksi lah yang paling banyak menelan belanja kerana kerosakan dan kemusnahan, dan terus meningkat untuk setial sekuel.

 

1 sk56

Menurut CNBC.com, sehingga Fast 7, kos kerosakan sepanjang penggambaran telah mencecah 500juta US dollar, dan mereka meramalkan kos itu akan bertambah kerana belum ditambah lagi dengan francais terbaru mereka yang akan ditayangkan pada 14 April ini.

Walau  berapa kos yang ditanggung oleh producer, kita sebagai penonton mengharapkan nilai yang kita bayar itu berbaloi. Tak dapat dinafikan kekecewaan yang dirasai oleh semua peminat tanpa Paul Walker, kerana ia diibaratkan seperti satu cerita yang tergantung. Sama-sama kita serbu panggung hujung minggu ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)