Galeria Sri Perdana terletak di Kuala Lumpur adalah sebuah muzium yang mana satu ketika dahulu adalah kediaman Tun Dr. Mahathir bersama keluarganya ketika menjadi perdana menteri malaysia yang ke-4.

Ia merupakan salah satu lokasi pelancongan yang popular bagi orang luar dan juga rakyat Malaysia. Setelah bersara pada tahun 2003, Tun telah berpindah ke kediamannya di Putrajaya, dan menjadikan rumah yang disediakan oleh kerajaan ini sebagai muzium.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jika dinilai berdasarkan taraf negarawannya, pemilikan kereta oleh Tun adalah agak sederhana tetapi menarik. Kami kongsikan artikel oleh Carlist.

fiat 500 koleksi kereta tun dr mahathir

Berdasarkan daripada temuramah-temuramah yang lalu, kereta pertama Tun Dr. Mahathir adalah Fiat 500. Kereta terpakai ini dibeli oleh Tun hasil daripada wang yang diperolehnya melalu penulisan ketika masih bergelar sebagai seorang pelajar perubatan di Singapura.

Kereta ini mempunyai enjin di bahagian belakang dan kanvas lembut di atas bahagian bumbung. Namun menurut Tun, kereta Fiat ini berada dalam keadaan yang kurang baik ketika itu dan beliau terpaksa memegang penutup kanvas di atas setiap kali memandu dari Singapura ke kampung halamannya di Alor Setar.

Kemudian, Tun membeli sebuah kereta convertible yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta British iaitu Standard Motor Company.

standard triumph herald koleksi kereta tun dr mahathir

Walaubagaimanapun, Tun tidak memberitahu jenis model kereta ini, namun menurut sumber, Standard Motor Company tidak mengeluarkan apa-apa kereta convertible dan satu-satunya kereta convertible adalah model pelancaran semula yang dikeluarkan oleh Triumph, setelah mereka mengambilalih syarikat ini.

Kemungkinan besar model yang dimiliki Tun adalah Standard-Triumph Herald.

Siapa sangka seorang doktor muda yang kemudiannya mencabar kuasa barat dan menaikkan status negaranya, pada satu ketika dahulu bersiar-siar sekitar Alor Setar menaiki kereta yang begitu sporty?

proton saga koleksi kereta tun dr mahathir

Dan pada 1 September 1985, Tun Mahathir telah membeli sebuah kereta Proton Saga berwarna biru metalik dengan nombor pendaftaran Proton 1001.

Kereta yang diberikan kepada isterinya Tun Siti Hasmah tersebut dibeli menggunakan wang Tun sendiri, dan dengan ini Tun Mahathir menjadi pembeli pertama kereta nasional pertama di Malaysia. 

Terdapat koleksi kecil kereta Tun Mahathir yang diparkir di halaman belakang Galeria Sri Perdana. Sesetengah daripadanya adalah milik beliau sendiri dan yang lainnya diberikan sebagai hadiah oleh syarikat pengeluar kereta.

proton perdana koleksi kereta tun dr mahathir

Kereta Proton Perdana V6 Executive generasi pertama ini mempunyai nombor pendaftaran Proton 2020 ini digunakan Tun Mahathir sebagai kereta rasmi ketika menjadi perdana menteri Malaysia yang ke-4. 

Ia dihadiahkan kepada beliau oleh EON, salah satu pengedar kereta Proton pada tahun 1980 dan 90an sebelum ia bergabung dengan Proton Edar.

proton perdana koleksi kereta tun dr mahathir 2

Kereta Perdana V6 ini hanya dijual kepada pejabat-pejabat kerajaan dan dipanjangkan oleh anak syarikat EON, Kejuruteraan Penukaran Automotif.

Tun kemudiannya memindahkan nombor pendaftaran Proton 2020 kepada kereta rasmi semaasanya, Proton Perdana Limousine generasi kedua yang dihasilkan berdasarkan Honda Accord generasi ke-9.

proton perdana koleksi kereta tun dr mahathir 3

Seterusnya adalah Mercedes-Benz S600 SEL generasi W140 yang bernombor plat WG1. Kereta ini diberikan kepada beliau oleh Cycle and Carriage, pengedar terdahulu kenderaan Mercedes-Benz di Malaysia, sebelum diambil alih oleh Mercedes-Benz Malaysia.

Dan pada ketika ini, kereta ini adalah salah satu paling canggih dan berprestij yang boleh dimiliki, dengan enjin V12 6.0 liter yang merupakan keajaiban teknologi zamannya. Semasa awal tahun 1990an di mana Rolls-Royce masih bergelut dan tak stabil, kereta ini adalah kereta mewah pilihan.

mercedes benz s600 sel koleksi kereta tun dr mahathir 2

W140 yang terlalu canggih kejuruteraannya mencetuskan langkah-langkah kawalan kos tegar untuk ditentukan oleh akauntan Daimler, sebagai sebahagian daripada penggabungan DaimlerChrysler. Sejak itu, tiada kereta kelas-S yang lain dibangunkan dengan pendekatan yang serupa.

mercedes benz s600 sel koleksi kereta tun dr mahathir 3

Namun, Tun tidak kelihatan terlalu menggunakan kereta ini kerena odometer kereta ini hanya pada 11,487 kilometer, dan berada dalam keadaan yang agak menyedihkan di Galeria sehinggakan logo Mercedes-Benz di bahagian belakang telah rosak dan getah wiper telah reput.

Seperti yang anda tahu, Mitsubishi Motors merupakan rakan kongsi teknikal Proton. Dua model Mitsubishi iaitu Mitsubushi FTO bernombor plat WEC 3335 dan Pajero Mini dengan nombor plat WDU 3367, dihadiahkan kepada Tun Mahathir.

mitsubishi fto koleksi kereta tun dr mahathir

mitsubishi fto koleksi kereta tun dr mahathir 2

mitsubishi pajero mini koleksi kereta tun dr mahathir

Mitsubishi FTO adalah sangat trendy pada ketika itu yang dipopularkan dalam filem Jackie Chan namun unit ini memiliki transmisi automatik kurang menerujakan.

Pajero mini pula sebuah SUV yang bersaiz yang padat dan kebanyakannya dijual di Jepun. Dimensi yang unik dan enjin 660cc yang kecil ini disengajakan kerana perlu mematuhi peraturan kereta "minicar" Jepun tanpa cukai.

daihatsu move koleksi kereta tun dr mahathir

Juga terdapat kereta yang dipasarkan di Jepun iaitu Daihatsu Move, kemungkinan besar hadiah daripada rakan kongsi teknikal Perodua, Daihatsu Motor.

Dalam koleksi itu juga terdapat dua kenderaan elektrik, satu adalah projek awal EV oleh Citroen yang berdasarkan Saxo. Dan satu lagi adalah projek oleh Tenaga Nasional yang dibina pada Subaru Domingo.

citroen saxo koleksi kereta tun dr mahathir 2

citroen saxo koleksi kereta tun dr mahathir

subaru domingo koleksi kereta tun dr mahathir

Kereta Citroen tersebut adalah model pemanduan kiri dan mempunyai butang "push" sebagai ganti gear konvensional, dan Subaru hanya mempunyai dua tempat duduk dengan seluruh ruang kabin dipenuhi oleh bateri. Odometernya menunjukkan kurang daripadaa 1,000 kilometer.

Kedua-dua kenderaan ini didaftarkan, WGH 4037 pada Citroen dan WEU 2640 untuk Subaru.

Apa yang diketahui adalah kereta elektrik pertama yang didaftarkan di Malaysia adalah Mitsubishi i-MiEV dengan nombor plat WVY 159 pada tahun 2013. Sebelum itu, JPJ tak boleh mendaftarkan kereta elektrik kerana sistemnya tidak dapat menampung kenderaan yang tidak mempunyai kapasiti enjin tertentu.

nissan president koleksi kereta tun dr mahathir

Kereta Nissan President dan Lexus LS 400 bernombor plat WAF 1 dan WBY 1 tidak mempunyai apa-apa teks penerangan disertakan tetapi ia mungkin kereta peribadi Tun Mahathir.

Odometer Nissan President berada pada lebih 30,000 kilometer menunjukkan ia digunakan agak kerap sebagai seorang perdana menteri yang aktif. Kereta ini merupakan sedan utama Nissan dan tidak pernah dijual di Malaysia. 

Bersama-sama Toyota Crown, Nissan President adalah kereta yang digunakan oleh negarawan dan orang kenamaan Jepun. Nissan Presiden kini tidak lagi diteruskan.

lexus ls 400 koleksi kereta tun dr mahathir

Kereta berada dalam keadaan yang agak menyeihkan di mana bumbungnya sudah rosak teruk dan tayarnya mula terkoyak disebabkan terdedah kepada cahaya matahari. Lexus LS merupakan salah satu ikon industri automotif dan dalam masa 10 tahun, Lexus telah mengalahkan Mercedes-Benz dan BMW dalam pasaran Amerika Syarikat.

Tun Mahathir dikatakan sebagai peminat besar jenama Lexus dan Lexus LS miliknya diimport bagi kegunaan peribadinya pada tahun 1990an, jauh sebelum jenama Lexus secara rasmi diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2007.

lexus ls 400 koleksi kereta tun dr mahathir 3

Tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah kereta Lexus pertama yang diimport oleh UMW Toyota Motor, tetapi ia sudah tentu antara yang paling awal. Dan kebarangkalian besar Tun mempunyai lebih banyak kereta yang berada di kediamannya di Putrajaya.

Beliau juga dilihat memandu Audi A8L yang mana ditukar-tukar dengan Proton "Acoordana" Perdana. Pada satu masa, Tun Mahathir juga memiliki Volkswagen Phaeton dan Volkswagen Touareg yang diberikan oleh Volkswagen ketika Proton dalam proses memikirkan untuk mengadakan perkongsian dengan pembuat kereta Jerman itu. 

volkswagen touareg koleksi kereta tun dr mahathir 2

volkswagen phaeton koleksi kereta tun dr mahathir 2

Selepas perkongsian tidak berhasil, Tun mengembalikan kedua-dua kereta tersebut.

Proton Saga biru metalik bernombor plat Proton 1001 yang sukar ditemui ini, dengan anggapan ia masih dengan Tun, sudah tentunya mempunyai nilai yang sangat tinggi. Juga sepatutnya terdapat sebuah kereta Proton Waja dengan nombor plat Waja 1.

Khabar angin juga memaklumkan bahawa Tun mempunyai Honda Insight generasi pertama yang diberikan oleh Honda kepada beliau yang kini sama ada berada di Putrajaya atau Cyberjaya.

Artikel ini adalah terjemahan dan olahan dari artikel Carlist.my. Kredit idea dan gambar-gambar kereta di dalam artikel ini, sepenuhnya kami berikan kepada Carlist.my




Hakcipta iluminasi.com (2017)