Penggunaan teknologi dalam sesebuah produksi filem bukan sahaja memberi kesan visual yang lebih baik, tapi juga dapat menjimatkan masa dan kos. Filem berkisarkan era peperangan misalnya, memerlukan pelakon tambahan yang tersangat ramai bagi mewujudkan suasana peperangan dalam filem yang dihasilkan.

Walau bagaimanapun, kewujudan beberapa teknologi baru seperti "Green Screen" misalnya, membolehkan latarbelakang tayangan yang dihasilkan disunting bagi memberikan kesan sebenar. Gambaran ribuan askar dalam filem juga boleh disunting menggunakan teknologi ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebelum wujudnya segala teknologi suntingan seperti ini, para pengarah dan penerbit filem perlu menggunakan individu sebenar dalam set penggambaran. Maka, bagi menghasilkan filem berlatarbelakangkan zaman peperangan, sudah tentulah pelakon tambahan yang diperlukan tersangatlah ramai sehingga boleh mencecah ribuan manusia.

Penghasilan filem propaganda Nazi Jerman

filem propaganda

Sekiranya filem pada zaman sekarang hanya dilihat sebagai alat hiburan, satu ketika dahulu filem juga dianggap sebagai alat propaganda bagi menyampaikan sesuatu idealogi kepada orang awam.

Bagi tujuan penyampaian propaganda, telah diwujudkan satu jabatan kementerian propaganda bagi menyampaikan idealogi-idealogi Nazi kepada orang awam secara umumnya. Adolf Hitler telah melantik Joseph Goebbels sebagai Menteri Propaganda bagi menjalankan tugas-tugas khas ini.

Dibawah kekuasaannya, pihak Nazi telah menghasilkan lebih 1000 buah filem. Apabila peperangan meletus, dunia perfileman masih bergerak rancak memandangkan Adolf Hitler mahukan pihak Jerman memiliki industri perfileman yang mampu menyayingi dunia perfileman Hollywood.

Ketika tahun 1940 sewaktu kancah peperangan Battle for Britain, pihak Nazi pernah menghasilkan filem berkisarkan kisah karamnya kapal Titanic. Syarikat British yang terlibat dalam pembinaan kapal tersebut digambarkan sebagai kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan keselamatan penumpang kapal.

Turut dimuatkan adalah watak-watak berbangsa Yahudi seperti Isidor Straus dan Benjamin Guggenheim yang dipaparkan sebaga individu yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Kita secara umumnya tahu betapa bencinya pihak Nazi kepada orang Yahudi pada ketika itu.

Usaha merekrut askar baru

joseph goebbels 124

Pada musim bunga 1943, Menteri Propaganda Nazi, Joseph Goebbels telah memberikan lampu hijau mengenai penghasilan filem propaganda terbaru yang diberi nama Kolberg. Joseph Goebbels ingin memperlihatkan kepada masyarakat awam mengenai peperangan dan mengapa kudrat mereka amat ditagih bagi mempertahankan negara (digelar Third Reich).

Penghasilan filem ini dianggap sebuah projek besar baginya malah jutaan reichsmarks (matawang Jerman ketika itu) telah dilaburkan. Malah, pihak produksi juga telah mengarahkan ribuan askar yang berada di medan perang untuk pulang bagi membintangi filem ini sebagai pelakon tambahan.

Penghasilan filem ini mengambil masa lebih setahun sebelum berjaya dipaparkan di panggung wayang pada bulan Januari 1945. Walau bagaimanapun, akibat peperangan dan keadaan Jerman yang semakin tenat ketika itu, tinggal hanya beberapa buah panggung wayang yang masih wujud untuk menayangkan filem ini.

Bagi menjayakan filem bajet besar ini, kerajaan telah mendapatkan khidmat Veit Harlan yang pernah menghasilkan filem anti-semitik terkenal sepanjang zaman, Jew Suss (1940) untuk mengarahkan filem baru yang mempunyai warna dengan bajet besar yang mampu menyayingi filem "Gone With the Wind" terbitan tahun 1939.

Tujuan dan objektif utama filem ini dihasilkan adalah memberi gambaran kepada rakyat Jerman bagaimana rakyat yang bersatu-padu dan bekerjasama di tanah air dan medan perang mampu mengalahkan apa jenis musuh sekalipun.

Skrip filem ini dihasilkan berdasarkan kisah pengepungan Kolberg, sebuah bandar kecil di Baltik yang terletak di penjuru timur  Prussia. Tentera Napoleon telah menyerang dan mengalahkan tentera Prussia pada tahun 1806 dan kemudiannya mara ke arah Timur.

Sejumlah kecil tentera dan orang awam yang berjumlah 5700 telah berkumpul di Kolberg dan berjaya mempertahankan bandar itu daripada 13,000 orang tentera Napoleon.

Penggunaan 190,000 askar sebagai pelakon tambahan

filem paling ramai pelakon

Bagi menjayakan filem ini, ribuan kuda dan 100 gerabak garam telah digunakan bagi menghasilkan efek dan suasana musim sejuk pada ketika itu. Terdapat sumber yang mengatakan pihak Nazi telah mengarahkan 190,000 orang askar mereka daripada medan perang untuk pulang bagi membintangi filem ini sebagai pelakon tambahan.

Jumlah ini walau bagaimanapun tidak dapat dibuktikan melalui mana-mana dokumen yang pernah ditemui. Filem Kolberg ini telah difilemkan di Timur Prussia dan beberapa buah bandar seperti Breslau, Konigsberg dan Kolberg turut dipaparkan dalam filem ini. Ianya hanya berjaya disiapkan beberapa bulan sebelum kawasan ini dirampas kembali oleh pihak Soviet.

Setelah siap, filem ini terpaks diseludup melalui beberapa kawasan musuh sebelum dapat ditayangkan buat pertama kalinya dalam tayangan premiernya di La Rochelle, France pada 20 Januari 1945. Dalam tempoh 3 bulan berikutnya, filem ini telah ditayangkan dibeberapa panggung wayang di Berlin, Danziq, Breslau dan Konigsberg.

Pada pertengahan bulan April, hanya beberapa minggu sebelum berakhirnya perang, Goebbels mengadakan tayangan peribadi filem Kolberg untuk kakitangannya. Selepas itu, beliau berkata,

Tuan-tuan, dalam masa seratus tahun, mereka akan menunjukkan filem warna ini mengenai hari-hari yang dahsyat yang kita lalui. Tidak banggakah anda telah memainkan peranan dalam filem ini? Bertahan sekarang, supaya sehingga seratus tahun lagi penonton akan bertiup dan bersiul apabila anda muncul di skrin"

Ternyata kenyataannya itu sungguh ironi memandangkan filem ini dikecam kerana tidak menggambarkan situasi sebenar yang berlaku pada waktu itu. Malah, tayangan filem ini juga turut disimpan rahsia dan hanya boleh ditayangkan dengan kebenaran kerajaan sahaja.

Disebabkan sekatan inilah, filem Kolberg ini dianggap unik kerana ianya merupakan sebuah filem dimana jumlah pelakonnya melebihi jumlah penonton yang pernah menontonnya.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. The Guardian
  3. The New York Times



Hakcipta iluminasi.com (2017)