Oleh pada 17 Aug 2017 kategori

Joseph Stalin atau nama sebenarnya Josef Vissarionovich Djugashvili  adalah diktator Union of Soviet Socialist Republics (USSR) dari 1929 hingga 1953. Nama "Stalin" diberikan oleh dirinya sendiri yang bermaksud "Man of Steel". Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mengubah Soviet Union daripada sebuah negara petani kepada negara industri dan kekuasaan tentera yang sangat kuat. young stalin

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, disebalik perubahan yang dilakukan oleh Joseph Stalin, beliau telah menggunakan kekerasan dan kekejaman dalam pemerintahannya seperti membunuh rakyat dan pegawainya, bagi mencapai matlamat. Beliau yang lahir dalam keluarga miskin melibatkan diri dalam dunia politik dan juga jenayah ketika masih remaja. 

joseph stalin

Selepas kematian pemimpin Parti Bolshevik iaitu Vladimir Lenin pada tahun 1924, Joseph Stalin mengambil tampuk kepimpinan Soviet Union. Setelah berkuasa, Joseph Stalin mengambil alih semua ladang-ladang dan membunuh petani jika tidak menurut perintah. Dianggarkan kematian yang disebabkan oleh Joseph Stalin adalah sekurang-kurangnya 20 juta nyawa.

Selepas kematian Joseph Stalin, Soviet Union telah melancarkan usaha de-Stalinization iaitu mengubah kembali perubahan yang dilakukan oleh Joseph Stalin. Adolf Hitler dan Joseph Stalin yang hidup pada zaman yang sama malah berperang ketika Perang Dunia Kedua, kedua-duanya dianggap sebagai diktator yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 sebab mengapa Joseph Stalin mungkin lebih kejam dan bengis daripada Adolf Hitler.

5. Penjarakan dan membunuh tentera sendiri

Bagi tentera Soviet Union yang mengabaikan atau berundur dari medan perang tanpa kebenaran, mereka akan dibunuh oleh Joseph Stalin. Ketika pemerintahan beliau, lebih daripada 400,000 tentera telah dihantar ke tempat-tempat yang memungkinkan diri mereka terbunuh. Dengan ini, ia tidak kelihatan seperti Joseph Stalin yang membunuh mereka.

4. Bapa dan suami yang kejam

keluarga joseph

Jika Adolf Hitler dan isterinya membunuh diri bersama-sama, lain pula bagi Joseph Stalin. Menurut sumber, beliau merupakan seorang bapa dan suami yang jahat. Ketika salah seorang anak cuba untuk membunuh diri dengan menembak, namun terselamat, Joseph Stalin berkata, "Nak tembak pun tak reti,". Dan ketika mana anaknya ditangkap oleh tentera Jerman dan meminta jeneral Jerman sebagai pertukaran, Joseph Stalin menolak tawaran itu yang menyebabkan anaknya mati.

Pada tahun 1932, Joseph dan isterinya telah bertengkar, dan pada malamnya, isterinya telah membunuh diri. Ada yang mengatakan Joseph sendiri yang membunuh isterinya. Sejahat-jahat Hitler, beliau masih sayangkan isterinya.

3. Rombakan dan pembunuhan tentera tertinggi

tentera 854

Setelah mengambil tampuk kepimpinan Soviet Union, Joseph menjadi paranoid disebabkan kuasanya. Beliau berasakan orang bawahannya seperti hendak mengambil dan mencabar kuasanya. Dalam usaha beliau memberi amaran kepada mana-mana kuasa bawah atau pakatan yang menentang pemerintahannya, beliau telah membunuh, memecat dan memasukkan ke dalam penjara, terutamanya mereka yang berpangkat tinggi.

Antara yang telah dilucutkan jawatan adalah :

  1. 3 daripada 5 Marshall
  2. 8 daripada 9 Laksamana
  3. 13 daripada 15 Komander Tentera
  4. 50 daripada 57 Komander Kor
  5. 16 daripada 16 Komisar Tentera
  6. 25 daripada 28 Komisar Kor

Disebabkan perubahan kepada pasukan tentera ini, ia telah melemahkan Soviet Union terutama ketika mereka cuba menceroboh Finland dan ketika Jerman menyerang Soviet Union.

2. Cendekiawan dipenjarakan

joseph

Sebagai diktator, Joseph Stalin menggunakan kuasanya dengan sangat kejam sehingga menyebabkan kerugian sendiri kepada Soviet Union. Sekurang-kurangnya 2,000 cendekiawan dan individu bijak pandai telah di penjarakan di atas sebab yang tak munasabah. Disebabkan itu, sekurang-kurangnya 1,500 daripada mereka telah mati.

Antara sebab-sebab mereka dipenjara adalah kerana menghasilkan sesuatu selain daripada propaganda bagi penulis, penyair, ahli falsafah. Bagi ahli astronomi pula, mereka dipenjara kerana mengkaji tompok pada matahari dan bagi ahli kaji cuaca, dipenjara kerana membuat ramalan yang tak tepat. Jurutera dan saintis pula "dibersihkan" lebih-lebih lagi ketika perang kerana gagal menyelesaikan masalah.

1. Holomodor (Peristiwa kelaparan)

Dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai Holomodor, iaitu kelaparan yang disengajakan oleh Joseph Stalin di Ukraine, telah menyebabkan kematian rakyat Ukraine di antara 7 hingga 10 juta orang. Ukraine ketika itu merupakan sumber makanan kepada Soviet Union kerana ladang-ladangnya yang sangat produktif. Namun, sumber makanan itu diambil kesemuanya oleh Soviet Union untuk digunakan oleh mereka, dan membiarkan rakyat Ukraine kelaparan tiada makanan, yang menyebabkan kematian berjuta-juta orang. 

Kelaparan yang berleluasa dan sangat dasyat ini telah menyebabkan rakyat Ukraine yang masih hidup terpaksa memakan mayat-mayat yang ada, serta 2,500 orang disabitkan dengan kanibalisma. Propaganda Soviet Union yang tidak mengaku menyebabkan kelaparan terhadap Ukraine untuk bertahun lamanya. Mereka juga memberitahu negara barat bahawa kelaparan itu terjadi secara semulajadi dan bukan dirancangkan. Sehingga kini topik ini menjadi topik panas di antara Rusia dan Ukraine. 

Rujukan :

1. History

2. History and Headlines




Hakcipta iluminasi.com (2017)