Oleh pada 13 Oct 2018 kategori

Di tengah-tengah berlangsungnya Perang Dunia Kedua, pemimpin Nazi, Adolf Hitler cuba untuk merealisasikan penghasilan antara senjata yang paling kuat dalam sejarah manusia, iaitu Landkreuzer P. 1000 Ratte.

Landkreuzer P. 1000 Ratte sepatutnya menjadi kereta kebal yang paling besar dan paling berat pernah dihasilkan.

Dengan seberat 1,000 tan, bersamaan dengan berat 1,020 buah Perodua Myvi atau 5 kali ganda berat kereta kebal yang paling besar pernah dihasilkan serta bersaiz 35 meter, Landkreuzer merupakan satu bukti usaha Nazi untuk menghancurkan dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kereta kebal gergasi ini direka untuk mempunyai meriam berkembar di dalam sebuah turet yang berputar yang dipasang di atasnya dan mampu menembak peluru berpandu 280mm ke arah musuh.

lakaran artis landkreuzer p 1000 ratte

landkreuzer p 1000 ratte 2

Ia juga dirancangkan untuk dikendalikan oleh 40 orang kru dan mempunyai tempat parkir yang cukup besar untuk menyimpan satu skuadron motosikal peninjau.

Pada bahagian penggerak kereta kebal gergasi ini pula, sebanyak 3 penginjak berukuran 21 meter setiap satunya di setiap bahagian untuk menggerakkannya.

Dengan perisai seberat 300 tan yang menutupi keseluruhan bahagian kereta kebal ini dengan ketebalan 10 inci, ia sepatutnya menjadi kalis kepada hampir setiap jenis serangan darat.

Raksaksa yang tak masuk akal ini direka oleh Edward Grotte, pengarah syarikat keluli dan peluru, Krupp, ketika Perang Dunia Kedua.

Krupp sebelum itu telah merekabentuk kereta kebal terkenal yang digunakan oleh Nazi, iaitu Tiger. Landkreuzer P. 1000 Ratte adalah salah satu cadangan "Wunderwaffer" rejim Nazi.

landkreuzer p 1000 ratte dibandingkan dengan kereta kebal panzer viii maus

Wunderwaffe, secara harfiahnya membawa maksud "Senjata Ajaib", nama yang diberikan kepada pelbagai senjata dahsyat yang mana Nazi cuba untuk hasilkan ketika perang tersebut.

Ia termasuklah idea keterlaluan seperti "Kugelpanzer" iaitu kereta kebal berbentuk bulat, senapang kereta api 800mm kaliber "Schwerer Gustav" dan pesawat pengangkut yang tersangat besar, "Messerschmitt Me 323".

Seperti kebanyakan daripada "Senjata Ajaib", Landkreuzer adalah tersangat tidak praktikal. Beratnya yang tersangat keterlalu bermakna ia tak mampu untuk bergerak melalui jambatan atau jalan kerana ia hanya akan menghancurkannya.

Manakala saiznya yang tak masuk akal bermakna ia tak boleh melalui terowong serta tidak boleh diangkut menggunakan kereta api.

Selain itu, berat dan saiznya yang besar bermakna ia tidak boleh bergerak melebihi daripada 40 kilometer sejam, menjadikannya sasaran mudah bagi pesawat musuh dan meriam.

gambaran landkreuzer p 1000 ratte

Meskipun berhadapan dengan masalah-masalah yang sangat besar, juga seperti kebanyakan daripada senjata yang tak praktikal ini, ia dengan pantas disokong dan diperjuangkan oleh Adolf Hitler.

Heinz Guderian, seorang jeneral Jerman dan ketua bahagian kereta kebal Reich Ketiga, menulis dalam autobiografinya bahawa, "Fantasi Hitler membawa dia ke alam raksasa."

Heinz juga menulis, "Jurutera (Grotte) dan Hacker diarahkan untuk merekabentuk sebuah kereta kebal raksasa seberat 1,000 tan".

adolf hitler dan albert speer

Selepas setahun dalam pembinaan, projek tak masuk akal Hitler ini akhirnya telah dihentikan oleh Albert Speer, Menteri Perisikan dan Pengeluaran Perang Nazi yang menyedari bahawa tidak ada kegunaan praktikal yang boleh diperolehi daripada kereta kebal tersebut.

Albert membatalkan projek tersebut dan kereta kebal gergasi ini tidak sempat berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua untuk Nazi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)