Oleh pada 29 Nov 2021 kategori

Seseorang pelakon yang pernah melakonkan watak superhero atau adiwira akan diingati oleh peminat komik atau kartun kegemaran mereka. Malah, sesuatu watak superhero itu biasanya akan dilakonkan oleh beberapa pelakon dalam siri yang berbeza.

Walau bagaimanapun, ada pelakon yang bertuah apabila ditawarkan untuk membawa lebih daripada satu watak superhero dalam karier lakonan mereka. Berikut adalah beberapa di antaranya.

1. Chris Evans - Human Torch/Captain America

BESARKAN TEKS     A-  A+

Enam tahun sebelum Chris Evans muncul sebagai watak kegemaran ramai dalam filem Captain America: The First Avenger (2011), dia melakonkan watak adiwira bernama Human Torch dalam Fantastic Four (2005).

Evans juga turut melakonkan watak Human Torch dalam sekuel berikutnya berjudul Fantastic Four: The Silver Surfer (2007). Namun, lakonannya sebagai Captain America yang melonjak namanya menjadi bintang popular Hollywood. 

2. Ben Affleck - Daredevil/Batman

ben affleck batman daredevil

Ben Affleck menggantikan pelakon Christian Bale sebagai watak Batman dalam filem arahan Zack Synder berjudul Batman vs Superman: The Dawn of Justice (2016), Suicide Squad (2016), Justice League (2017) dan The Flash (2022).

Namun, ia bukanlah watak adiwira pertama pelakon itu. Sedekad sebelum menjadi Batman, Affleck memegang watak adiwira buta bernama Daredevil.

Dalam filem Hollywoodland (2006)Affleck memainkan watak George Reeves, pelakon yang menjadi Superman pada tahun 1950-an. Dalam filem itu, Affleck memakai costume Superman.

3. Doug Jones - Abe Sapien/Silver Surver

doug jones

Mungkin ramai yang tidak mengenali pelakon ini. Namun, dia pernah memainkan watak sebagai Abe Sapien dalam Hellboy (2004) dan Hellboy 2: The Golden Army (2008).

Dalam filem Fantastic Four: The Silver Surfer (2007) pula, tubuh Jones digunakan untuk watak Silver Surfer manakala suaranya pula disumbangkan oleh pelakon Laurence Fishburne.

4. Halle Berry - Catwoman/Storm

halle berry

Pelakon berbakat ini pernah memegang watak mutant bernama Storm yang mempunyai kebolehan memanipulasi cuaca dalam empat siri filem X-Men.

Walaupun sibuk melakonkan watak Storm, Berry sempat melompat daripada Marvel kepada DC apabila dia melakonkan watak sebagai Catwoman pada tahun 2004.

5. Aaron Taylor-Johnson - Kick-Ass/Quicksilver

kick ass quicksilver

Pelakon ini pernah melakonkan watak adiwira Kick-Ass dalam filem Kick-Ass (2010) dan Kick Ass 2 (2013). Dalam filem adiwira komedi itu, watak Kick-Ass berganding dengan Hit Girl dan Big Daddy melawan kumpulan penjenayah.

Tidak lama selepas itu, Aaron ditawarkan untuk melakonkan watak adiwira yang mempunyai kelajuan sepantas kilat bernama Quicksilver dalam Avengers: Age of Ultron (2015)

6. Nicolas Cage - Ghost Rider/Big Daddy

nicholas cage

Ia mengambil masa 25 tahun bagi pelakon ini untuk mendapat tawaran watak superhero pertamanya. Cage pertama kali melakonkan watak anti-hero dalam filem Ghost Rider (2007).

Kemudian, dia ditawarkan untuk memainkan watak adiwira Big Daddy yang melatih anak gadisnya, Hit Girl, melawan penjenayah dalam filem Kick-Ass (2010).

7. Ray Stevenson - Punisher/Volstagg

volstagg punisher

Pelakon Ireland ini ditawarkan untuk melakonkan watak Volstagg yang berjanggut panjang dalam filem Thor: The Dark World (2013) bersama pelakon Chris Hemsworth.

Sebenarnya, Stevenson pernah menggantikan Thomas Jane untuk memainkan watak Punisher dalam sekuel adiwira itu berjudul Punisher: War Zone (2009).

8.Ryan Reynolds - Deadpool/Green Lantern

ryan reynolds

Pelakon Canada ini dikenali ramai kerana wataknya dalam filem Deadpool (2016) dan Deadpool 2 (2018). Namun, dia membuat kemunculan pertamanya sebagai Deadpool adalam dalam filem X-Men Origins: Wolverine (2009).

Reynolds juga pernah memainkan watak adiwira DC dalam filem Green Lantern (2011) sebagai Green Lantern sendiri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)