Beberapa kod undang-undang terawal mengenai jenayah dan kesalahan serta hukumannya telah ditemui di Timur Tengah purba. Orang Sumeria, Babylonia, Asyur, Elam, Huria, Kassite dan Het, masing-masing mempunyai undang-undang mereka sendiri.

Antaranya adalah Kod Hammurabi yang mungkin yang paling terkenal. Tetapi sebenarnya terdapat banyak kod undang-undang yang mendahului kod terkenal Hammurabi. Kod undang-undang terawal dari Mesopotamia ialah Kod Urukagina, yang ditulis pada abad ke-24 SM.

Sejarah kod undang-undang Ur-Nammu

ur nammu

Tiada tablet kod kuneiform yang masih dalam keadaan baik ditemui lagi. Kita hanya mengetahui kewujudannya melalui rujukan dalam karya purba yang lain. Kod undang-undang tertua yang masih ada ialah Kod Ur-Nammu yang ditulis kira-kira 300 tahun sebelum kod undang-undang Hammurabi.

Walaupun dikeluarkan ketika di bawah penguasaan Raja Ur-Nammu dari Ur (2112-2095 BCE), sesetengah ahli sejarah berpendapat ia sebenarnya diterbitkan oleh anaknya Shulgi selepas kematian Ur-Nammu.

Walaupun Kod Ur-Nammu tidak lengkap, ianya dianggap cukup untuk membolehkan sejarawan memahami visi undang-undang dan ketertiban Raja  Ur-Nammudi negerinya. Menampilkan dirinya sebagai bapa kepada kaumnya, Ur-Nammu menggalakkan rakyatnya untuk menganggap diri mereka sebagai satu keluarga dan undang-undangnya sebagai peraturan rumah tangga.

Hukuman, kecuali untuk kesalahan besar, berbentuk denda dengan cara yang sama seorang kanak-kanak mungkin tidak mendapat hobi atau mainan kegemaran kerana berkelakuan buruk. Salinan pertama kod itu ditemui dalam dua serpihan di Nippur, dan telah diterjemahkan oleh Samuel Kramer pada tahun 1952.

Disebabkan hanya separuh daripadanya yang terpelihara, hanya prolog dan 5 undang-undang yang dapat dilihat. Tablet selanjutnya ditemui di Ur dan diterjemahkan pada tahun 1965, membenarkan kira-kira 30 daripada 57 undang-undang itu dibina semula. Satu lagi salinan yang ditemui dalam Sippar mengandungi sedikit variasi.

Isi kandungan kod undang-undang Ur-Nammu

undang undang terawal dunia

Kod ini bermula dengan prolog yang memperincikan bagaimana tuhan bulan bernama "Nanna" memilih Ur-Nammu sebagai Raja Ur, membantunya mengalahkan kota Larsa dan memberikannya undang-undang di mana semua subjek dianggap sama tanpa mengira status sosial supaya " yatim piatu tidak menjadi mangsa orang kaya, janda tidak menjadi mangsa orang berkuasa, lelaki satu "shekel" tidak menjadi mangsa lelaki enam puluh shekel”.

Undang-undang ini telah dirangka dalam format bersyarat sebab akibat sekiranya sesuatu terjadi. Sebagai contoh.

1. "Jika seorang lelaki menceraikan isteri pertamanya, dia hendaklah membayar (nya) satu mina perak".

2. "Jika seorang lelaki, dalam perjalanan pergelutan, memecahkan anggota lelaki lain dengan kayu, dia hendaklah membayar satu mina perak."

Hukuman bagi kesalahan jenayah

kod ur nammu

Dalam kod Ur-Nammu, hampir semua jenayah didendah dan dikenakan hukuma berbentuk pampasan kewangan, termasuk ganti rugi badan berbanding prinsip "mati dibalas mati" kebanyakan undang-undang Babylon kemudiannya.

1. Jika seseorang merosakkan mata orang lain, dia hendaklah membayar denda setenga mina  perak.

2. Jika seseorang memukul sehingga menyebabkan gigi orang lain patah, dia harus membayar dua syikal perak.

Di bawah kod Hammurabi, jika seseorang merosakkan mata lelaki lain, dia membayar dengan mata sendiri dan begitu juga dengan gigi. Bagaimmanapun, jenayah membunuh, rompakan, perzinaan dan rogol adalah kesalahan besar dan boleh dihukum mati dalam kod undng-undang Urr-Nammu.

Kod ini memberi kita gambaran sekilas tentang struktur masyarakat semasa Dinasti Ketiga Ur, serta membolehkan kita mempelajari isu yang dianggap penting oleh masyarakat pada masa itu.

Di bawah lugal atau raja, semua anggota masyarakat tergolong dalam satu daripada dua lapisan asas -  "lu" atau orang merdeka, atau hamba. Anak lelaki lu dipanggil dumu-nita sehingga berkahwin, menjadi "orang muda" (guru). Seorang wanita (munus) bertukar daripada anak perempuan (dumu-mi) kepada isteri (dam), kemudian jika dia hidup lebih lama daripada suaminya, seorang janda (nu-ma-su), yang boleh berkahwin lagi.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. World History


Hakcipta iluminasi.com (2017)