Pada bulan April 2021 yang lalu, Dr. Zahi Hawass seorang arkeologi dari Mesir telah membuat pendedahan mengejutkan mengenai penemuan sebuah kota Mesir purba yang dipercayai pernah didiami manusia sekitar 3000 tahun yang lalu. Kota itu yang diberi nama "The Rise of Aten" ditemui di bawah pasir di tebing barat Luxor.

Kota purba ini dipercayai dibangunkan sewaktu pemerintahan Raja Amenhotep III dan terus digunakan sewaktu zaman Tutankhamun dan Ay. Raja Amenhotep III merupakan raja kesembilan dari dinasti ke-18 yang memerintah Mesir dari tahun 1391 hingga 1353 SM.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kota ini aktif pada masa pemerintahan Raja Amenhotep III dengan puteranya, Amenhotep IV / Akhenaton yang terkenal. Pasukan ekspedisi arkeologi dari ini Mesir terkejut apabila menemui kota purba ini yang dipercayai yang terbesar yang pernah dijumpai di Mesir.

Sebilangan besar dinding binaan di kota Rise of Aten ini terpelihara dengan baik. Setakat ini, pasukan penyelidik telah mengenal pasti daerah pentadbiran dan kawasan perumahan, tembikar dan barang-barang harian lain.

Kota yang sudah lama dicari ahli arkeologi

inskripsi tamadun mesir purba

Kota ini didirikan pada masa pemerintahan Amenhotep III yang memegang tampuk pemerintahan sekitar tahun 1391 hingga 1353 SM. Zaman pemerintahannya bertepatan dengan zaman keemasan, masa ketika kerajaan Mesir kuno berada di dalam kekuatan dan kebudayaannya di peringkat antarabangsa.

Menurut Dr. Zahi Hawas, banyak misi dari negara asing mencari bandar ini dan tidak pernah menjumpainya. Pasukan ini menemui kota purba ini setelah mereka memulakan kerja mencari kuil Tutankhamun kerana mayat Horemheb dan Ay terdapat di kawasan ini.

Kerja-kerja penggalian di kawasan ini bermula pada tahun 2020 dan dalam beberapa minggu pasukan mula menemui batu bata lumpur. Semasa penggalian berterusan, para ahli arkeologi mula menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang menggali sebuah kota dengan ukuran yang besar.

misteri rise of aten

Walaupun telah dilitupi tanah dan pasir selama ribuan tahun, kota ini dalam keadaan yang cukup baik, menampilkan dinding dan bilik yang hampir lengkap yang dipenuhi dengan artifak menggambarkan kehidupan seharian ketika zaman itu. Ketika ditemui, kota itu seolah-olah baru sahaja ditinggalkan sehari sebelum itu.

Jalan-jalan kota ini diapit oleh rumah-rumah yang sebahagian temboknya mempunyai ketinggian sehingga 3 meter. Betsy Brian, Profesor Mesirologi di John Hopkins University di Baltimore AS, mengatakan bahawa penemuan bandar yang hilang ini adalah penemuan arkeologi terpenting kedua sejak makam Tutankhamun.

Pasukan itu juga menemui sebuah tapak bekas kedai roti besar, lengkap dengan ketuhar dan tembikar simpanan yang ukurannya menunjukkan bahawa ia digunakan untuk menyediakan makanan bagi sejumlah besar pekerja dan penduduk.

tembikar rise of aten 601

Pasukan itu juga turut menemui sebuah inskripsi pada periuk yang berasal dari tahun 1337 SM, yang mengesahkan bahawa kota ini aktif semasa pemerintahan anak lelaki Amenhotep III, Akhenaten. Sejarawan percaya bahawa satu tahun setelah periuk itu dibuat, kota ini ditinggalkan dan ibu kota kerajaan berpindah ke Amarna, 250 batu ke utara.

Ahli arkeologi memeriksa inskripsi pada penutup wain dan bekas lain untuk mengetahui sejarah kota purba ini. Satu pasu berisi daging kering atau rebus ditulis dengan nama dua orang dari kota itu dan maklumat yang menunjukkan bahawa Amenhotep dan Akhenaten pernah memerintah kota itu bersama pada saat ia dibuat.

Memberi gambaran jelas kehidupan Mesir kuno

penemuan rangka mayat 675

Kota purba ini akhirnya ditinggalkan dan dipindahkan ke Amarna, 400 km ke utara. Walau bagaimanapun, para arkeologi dan sejarawan masih belum dapat merungkai alasan mengapakah kota yang serba lengkap ini akhirnya ditinggalkan penduduk dan kerajaan ketika itu. 

Penemuan  "Rise of Aten" ini bukan hanya akan memberi kita gambaran tentang kehidupan orang Mesir kuno pada masa di mana di zaman kemuncaknya, tetapi akan membantu kita menjelaskan salah satu misteri terbesar sejarah - mengapa Akhenaten dan Nefertiti memutuskan untuk berpindah ke Amarna?

Penggalian, yang dimulai pada bulan September 2020 ini telah menggali sebahagian besar bahagian selatan kota. Bagaimanapun, wilayah utara masih belum digali. Kawasan tanah perkuburan dan kubur besar, serupa dengan yang ada di lembah Raja, juga ditemui tetapi belum diterokai.

Masih banyak persoalan belum terjawab

Penemuan lain yang belum dapat dirungkai termasuklah kerangka seseorang yang dikebumikan dengan tangan direntangkan ke sisi dan tali melilit lutut. Lokasi dan posisi kerangka ini agak aneh dan lebih banyak penyelidikan sedang dilakukan untuk mengetahui sebab disebalik perkara itu.

Kumpulan pengkaji ini percaya hanya setelah penggalian kawasan ini keseluruhannya dilakukan, ia akan mengungkapkan apa yang sebenarnya berlaku 3500 tahun yang lalu.

Kredit:

  1. Gizmodo
  2. Smithsonian Magazine
  3. CNN



Hakcipta iluminasi.com (2017)