Sedar atau tidak, jambatan merupakan antara ciptaan manusia yang telah wujud sejak ribuan tahun lampau. Pembinaan jambatan memendekkan masa perjalanan antara dua tempat dan memastikan perjalanan dapat dilakukan dengan selamat. 

Walaupun kebanyakan jambatan masa kini diperbuat daripada besi dan keluli tahan karat serba pelbagai bahan yang lebih tahan lasak, jambatan satu masa dahulu juga dibina daripada kayu, batu dan tanah liat menyebabkan jambatan-jambatan lama ini lama-kelamaan dimamah usianya usianya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi pula senarai 7 jambatan tertua di dunia yang masih lagi wujud. Sebilangan besar jambatan dalam senarai ini masih digunakan hingga kini dan telah menjadi mercu tanda bersejarah bagi kawasan setempat. 

7. Jambatan Cendere

jambatan cendere

Jambatan Cendere (juga dikenali sebagai Jambatan Severan atau Jambatan Septimius Severus) adalah jambatan Rom yang berasal dari zaman Maharaja Rom akhir. Ia terletak berhampiran bandar kuno Arsameia di tenggara Turki.

Walaupun jambatan yang lebih tua mungkin ada di tempat yang sama, Jambatan Cendere saat ini bertarikh sekitar 200 SM. Jambatan Cendere kini merupakan salah satu taman nasional yang paling penting di Turki yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

6. Ponte Sant’Angelo

ponte sant angelo

Ponte Sant'Angelo adalah salah satu jambatan Rom yang paling terkenal di dunia. Jambatan ini diarahkan pembinaannya oleh Maharaja Rom Romawi Hadrian untuk menyeberangi Sungai Tiber dari kota di Rom ke makamnya yang baru dibina yang sekarang dikenali sebagai Castel Sant'Angelo.

Pada masa lalu, jambatan ini gdigelar Pons Aelius, yang bermaksud Jambatan Hadrian. Hari ini, jambatan ini hanya digunakan oleh pejalan kaki dan memberikan pemandangan Sungai Tiber dan Castel Sant'Angelo yang indah.

5. Jambatan Alcántara

jambatan alc ntara 825

Jambatan Alcántara adalah jambatan Rom lain yang masih wujud hingga kini. Jambatan lengkungan batu ini dibina di atas Sungai Tagus setelah Maharaja Rom Trajan mengeluarkan perintah untuk pembinaannya pada tahun 98 CE.

Pembinaan Jambatan Alcántara bermula pada tahun 104 CE dan berakhir dua tahun kemudian. Pelbagai bahagian Jambatan Alcántara musnah pada jangka masa yang berlainan sebelum tiang-tiang utama dibaiki sepenuhnya pada tahun 1969.

4. Pons Fabricius

pons fabricius

The Pons Fabricius atau Ponte dei Quattro Capi adalah jambatan tertua Rom yang masih dalam keadaan asalnya. Ia dibina pada tahun 62 SM dan setiap lengkungannya bertemu di titik tengah Sungai Tiber. Pons Fabricius panjangnya 62 meter dan tinggi 5.5 meter.

Menurut Dio Cassius, seorang negarawan dan sejarawan Rom, Pons Fabricius dibina untuk menggantikan jambatan kayu sebelumnya yang telah terbakar. Jambatan ini dinamakan sempena Lucius Fabricius, kurator jalan raya pada masa itu. Walaupun sudah tua, jambatan ini tetap utuh sejak dibina pada tahun 62 SM dan terus digunakan hingga kini.

3. Jambatan Caravan

jambatan caravan

Walaupun terdapat beberapa jambatan yang jauh lebih tua, menurut Guinness Book of World Records, jambatan di atas sungai Meles ini yang dikenali sebagai Jambatan Caravan adalah jambatan tertua di dunia yang masih digunakan. Jambatan batu lengkung kuno ini dibina sekitar tahun 850 SM di Izmir, Turki.

Pada satu ketika, Jambatan Karavan berfungsi sebagai pintu masuk yang dikawal untuk masuk ke kota Izmir. Sungai Meles terkenal sebagai tempat kelahiran pengarang Yunani Kuno legenda, Homer. Sungai dan jambatan Caravan banyak ditonjolkan dalam karya Homer.

2. Tarr Steps

tarr steps

Tarr Steps adalah jambatan "clapper" kuno (bentuk jambatan yang kebanyakannya terdapat di tambatan Devon, England) yang terletak di Sungai Barle di Taman Negara Exmoor di Somerset, England. Tidak ada yang pasti berapa umur jambatan ini namun berkemungkinan dibina pada sekurang-kurangnya tahun 1000 SM.

Jambatan ini terdiri daripada 17 kepingan batu (sepanjang 180 kaki) dan dianggap sebagai contoh terbaik dari jambatan jenis "clapper". Jambatan ini telah rosak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh banjir tetapi telah dibina semula.

1. Jambatan Arkadiko

jambatan arkadiko

Jambatan Arkadiko juga dikenali sebagai Jambatan Kazarma dipercayai merupakan jambatan tertua dunia yang masih wujud. Ianya adalah jambatan jenis lengkungan dan salah satu yang tertua dari jenis ini yang masih digunakan oleh penduduk tempatan.

Pada zaman Mycenaean (fasa terakhir Zaman Gangsa Yunani dari tahun 1600 - 1100 SM), Jambatan Arkadiko berfungsi sebagai jalan raya antara bandar-bandar Tiryns dan Epidauros. Jambatan Arkadiko dibina sekitar tahun 1300 - 1190 SM dan merupakan sebahagian dari lebuh raya yang lebih besar di kawasan ini.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Wikiwand
  3. Guinness World Records
  4. Yahoo!



Hakcipta iluminasi.com (2017)