Peperangan boleh terjadi atas beberapa sebab antaranya konflik dalaman, perbezaan idealogi, balas dendam dan sebagainya. Kita pada ketika ini seharusnya bersyukur kerana hidup di pasca zaman Perang Dunia dan dapat hidup dengan aman di Malaysia.

Negara kita juga pada masa kini bebas daripada sebarangan konflik bersenjata seperti di sesetengah negara lain. Oleh itu, peranan para pemimpin negara ini terutamanya dalam menjaga hubungan antarabangsa dengan negara lain sangatlah dituntut agar keamanan ini dapat dipelihara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejak sekian lamanya, ramai pihak membincangkan tentang kemungkinan Perang Dunia Ketiga. Dengan kemunculan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China, Korea Utara dan lain-lain lagi, tidak berkemungkinan ianya bakal terjadi. Namun, kita sebagai manusia mestilah berharap ianya tidak akan terjadi sama-sekali kerana semestinya perang akan merugikan manusia sendiri.

Kisah sebatang pokok pencetus konflik

insiden pokok korea utara

Batang pokok yang menjadi punca pertikaian pada tahun 1976

Sebagai satu usaha perdamaian antara Korea Utara dan Korea Selatan, di sempadan antara kedua buah negara ini telah diisytiharkan sebagai Demilitarized Zone (DMZ) atau bahasa mudahnya kawasan berkecuali dan bebas senjata.

Bagi memastikan keamanan di kawasan ini dapat dicapai dan tidak dilihat berat sebelah, maka pihak United Nation (UN) telah dilantik sebagai pihak berkecuali bagi menjaga kawasan DMZ yang menjadi sempadan bagi kedua-dua buah negara yang berkonflik ini.

Walau bagaimanapun, di kawasan di DMZ ini terdapat sebatang pokok besar yang mengganggu penglihatan bagi sebuah pusat kawalan di kawasan ini. Oleh itu pada 1976, pasukan UN dan sekumpulan pekerja awam dari Korea Selatan telah ditugaskan untuk menebang pokok ini.

Malangnya, belum sempat mereka menebang pokok tersebut, mereka telah didatangani dan dikepung oleh sekumpulan tentera Korea Utara yang memberikan amaran keras agar mereka membatalkan niat untuk menebang pokok tersebut. Malangnya, amaran tersebut tidak diedahkan dan pihak UN terus menebang pokok tersebut.

Serangan dari tentera Korea Utara

serangan korea utara

Gambar yang diambil oleh seorang pengawal daripada pusat kawalan ketika kejadian serangan oleh tentera Korea Utara

Pasukan yang diarahkan untuk menebang pokok ini terdiri daripada 5 orang rakyat Korea Utara dan sedozen askar UN. Namun, disebabkan kerja-kerja penebangan pokok ini dilakukan dalam kawasan DMZ, maka hanya segelintir daripada mereka membawa kapak sementara selebihnya langsung tidak membawa senjata.

Ketika itu, mereka telah dikepung kira-kira 15 orang askar Korea Utara yang diketuai oleh Leftenan Pak. Leftenan Pak sememangnya terkenal sebagai seorang yang suka memberontak dan berkali-keli mencetuskan provokasi untuk membatalkan perjanjian damai pengisytiharaan kawasan DMZ.

Leftenan Pak mengarahkan aktiviti penebangan itu dihentikan serta-merta. Menurutnya lagi, pokok tersebut dianggap istimewa kerana telah ditanam oleh Kim Il Sung. Untuk info, Kim Il Sung merupakan pemerintah Korea Utara yang pertama sejak penubuhan negara Korea Utara pada tahun 1948.

Pembunuhan Captain Bonifas

penghormatan terakhir tentera

Penghormatan terakhir kepada 2 orang askar yang terkorban

Arahan Lft. Pak itu walau bagaimanapun tidak diedahkan sama sekali oleh pasukan UN. Captain Bonifas yang mengetuai delegasi UN telah mengarahkan penebangan pokok tersebut diteruskan.

Lft. Pak yang melihat tindakan tersebut telah mengarahkan pasukannya yang ketika itu membawa batang besi dan kayu pemukul baseball untuk menyerang pasukakn UN tersebut. Kerana ketakutan diserang oleh pasukan Korea Utara yang lebih ramai, askar-askar UN tersebut telah melempar kapak mereka dan melarikan diri.

Askar-askar Korea Utara walau bagaimanapun telah mengambil kapak-kapak yang ditinggalkan, mengejar dan membunuh Captain Bonifas. Lieutenant Mark Barrett yang cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam parit juga telah diseksa dan dibunuh. Walaupun telah diselamatkan dan dikejarkan ke hospital, nyawanya tidak dapat diselamatkan akibat luka parah di seluruh badan.

Respon daripada Amerika Syarikat

pokok menjadi punca perang negara

Setelah pihak Korea Utara "memohon maaf", pihak Amerika Syarikat telah meneruskan perancangan untuk menebang pokok yang menjadi punca pertikaian

Kerajaan Amerika Syarikat melihat pembunuhan 2 orang rakyatnya itu sebagai sebuah usaha untuk mencabuli perjanjian damai pengiystiharaan kawasan DMZ. Bagi menunjukkan kekuasaan yang dimiliki mereka, Amerika Syarikat telah mengisytiharkan sebuah operasi dikenali sebagai "Operation Paul Bunyan".

Kesemua 41,000 askar daripada pasukan udara, laut dan udara Amerika Syarikat telah diletakkan pada tahap DEFCON 3 (Tahap 1 dalam keadaan normal, tahap 5 pada tahap sangat kritikal untuk hadapi peperangan). Mereka mahu menunjukkan kepada Korea Utara siapa yang lebih hebat.

Mungkin kerana terkejut dengan tindakan Amerika Syarikat ini, pihak Korea Utara akhirnya menyatakan permohonan maafnya (secara tidak langsung) bagi mengelakkan perang yang lebih besar (Perang Dunia Ketiga) daripada meletus.

Kisah seperti ini merupakan contoh bagaimana perkara remeh-temeh seperti penebangan pokok seperti ini mampu mencetuskan peperangan. Ianya juga merupakan peringatan agar lebih berhati-hati dengan provokasi negara luar yang sengara mencari sebab untuk menyerang sesebuah negara.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. The Washington Post
  3. The Atlantic



Hakcipta iluminasi.com (2017)