negara yang mungkin cetuskan perang dunia ketiga

Kebimbangan terhadap Perang Dunia Ketiga tercetus di seluruh dunia beberapa selepas masuknya tahun baru 2020 selepas kematian Mejar Jeneral Iran iaitu Qassem Soleimani dalam satu serangan udara oleh Amerika Syarikat.

Dan kini ketika jangkitan COVID-19 yang membunuh merebak ke seluruh dunia dan rusuhan terhadap kekejaman polis telah meletus di seluruh dunia, ia membawa kepada kebimbangan Perang Dunia 3 sekali lagi.

Namun, negara manakah yang mungkin menjadi pencetus perang dahsyat ini pada tahun 2020? 

Amerika Syarikat vs Iran

amerika syarikat iran perang dunia ketiga

Pada hari 3 Januari 2020, AS melakukan serangan udara drone berikutan serangkaian serangan yang "diatur" ke atas pangkalan gabungan di Iraq selama beberapa bulan terakhir dan serangan terhadap Kedutaan AS di Baghdad, yang semuanya dilakukan atas perintah Jeneral Qassem Soleimani.

Presiden AS Donald Trump menyetujui serangan terhadap Jeneral Qassem Soleimani dengan mendakwa tindakan itu dilakukan untuk menjadikan "dunia tempat yang lebih selamat".

Dalam satu kenyataan, Pentagon berkata: "Atas arahan Presiden, tentera AS telah mengambil tindakan defensif yang tegas untuk melindungi anggota AS di luar negara dengan membunuh Qassem Soleimani."

Ia menambah bahawa serangan itu bertujuan menghalang rancangan serangan Iran di masa depan.

"Amerika Syarikat akan terus mengambil semua tindakan yang dilihat sebagai perlu untuk melindungi rakyat dan kepentingan kami di mana sahaja mereka berada di seluruh dunia." jelas Pentagon.

Kini Iran telah bersumpah "balas dendam yang keras" dan berjanji untuk mengubah segalanya.

Pembunuhan ini telah digelar ramai anggota berpangkat tinggi Iran sebagai "pengisytiharan perang".

Donald Trump telah memberi amaran bahawa AS boleh bertindak "di luar jangkaan" jika Iran mensasarkan "orang atau sasaran" Amerika sebagai balas dendam ke atas pembunuhan Mejar Jeneral Qassem Soleimani.

Sejak itu, Iran "secara tidak sengaja" menembak jatuh jet penumpang Ukraine yang menyaksikan 176 orang terbunuh.

Minggu ini seorang pendakwa raya Iran telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Donald Trump dan meminta sokongan Interpol, namun pihak berkuasa menolak tawaran tangkap itu.

Iran vs Israel

iran israel perang dunia ketiga

Ketegangan antara Iran dan Israel telah lama berlangsung dan sebagai hasilnya, banyak perang kecil yang meletus di Timur Tengah.

Iran menyokong kumpulan anti-Israel di Gaza, Syria dan Lebanon khususnya, sementara Israel pula sering menyerang pasukan Iran di seluruh wilayah berkenaan.

Secara keseluruhan, Israel telah berusaha untuk mewujudkan gabungan anti-Iran di peringkat diplomatik, manakala Iran telah banyak melabur dalam menjalinkan hubungan dengan militia dan pelaku bukan negara.

Walaupun sukar untuk mendakwa negara-negara ini akan melancarkan perang yang lebih luas dan dahsyat jika Iran bertekad untuk memulakan semula program nuklearnya, Israel mungkin memilih untuk melakukan serangan yang lebih jauh yang menyerang tanah air Iran secara langsung.

Jenis serangan ini dapat memberi kesan yang lebih luas kerana ia terbukti menjadi ancaman terhadap bekalan minyak global yang pasti akan menyebabkan lebih banyak negara campur tangan.

Amerika Syarikat vs Turki

amerika syarikat turki perang dunia ketiga

Ketegangan antara AS dan Turki meningkat sejak tahun lalu, pada awalnya akibat AS memberikan keizinan kepada Turki untuk membersihkan sempadan Syria dari Kurdi yang disokong AS.

Namun sejurus selepas itu, AS mengancam Ankara dengan sekatan yang telah menyebabkan ketegangan meningkat.

Selain itu, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mencadangkan bahawa beliau mempunyai cita-cita untuk Turki yang mungkin melibatkan senjata nuklear.

Akibatnya, keadaan hubungan AS-Turki semakin buruk dan menyebabkan ketakutan mengenai kesan selanjutnya terhadap pakatan NATO.

Presiden  Recep Tayyip Erdo─čan sememangnya terkenal dengan minatnya terhadap rancangannya yang boleh menambahkan lagi ketegangan antara Ankara dan Washington, yang mana boleh memberi kesan terhadap Rusia yang merupakan negara jiran.

India vs Pakistan

india pakistan perang dunia ketiga

Dalam 10 tahun terakhir, hubungan antara India dan Pakistan semakin buruk menjadikan negara-negara itu berada di ambang peperangan.

Sejak perpecahan British India pada tahun 1947 dan pembentukan India dan Pakistan yang seterusnya, kedua-dua negara telah terlibat dalam pelbagai perang, konflik serta pertempuran tentera yang disulami dengan masa-masa harmoni dan damai.

Pada tahun 2019, Perdana Menteri India Narendra Modi berusaha untuk mengurangkan autonomi Kashmir dan mengubah dasar kewarganegaraan di seluruh India.

Langkah-langkah ini telah menimbulkan kerusuhan di India dan mengetengahkan ketegangan lama antara Delhi dan Islamabad.

Gangguan domestik yang lebih mendalam di India dan Pakistan boleh menyebabkan Perang Dunia ke-3.

Walaupun hal ini tidak mungkin terjadi, ia boleh menyebabkan serangan pengganas di peringkat antarabangsa atau di Kashmir.

Perdana Menteri Modi mungkin merasa terpaksa membawa konflik yang lebih serius dan melihatkan jarak yang dekat dengan China serta hubungan yang semakin baik antara Delhi dan Washington, ini mungkin dapat menyebabkan kesan yang lebih buruk di peringkat antarabangsa.

Amerika Syarikat vs Korea Utara

amerika syarikat korea utara perang dunia ketiga

Ketegangan mendasar melibatkan hubungan AS dan Korea Utara mampu mencetuskan perang.

Ketegangan antara kedua-dua negara ketika ini adalah yang paling genting sejak tahun 2017 dan pilihan raya AS yang baru sahaja berlangsung dapat membahayakan hubungan ini.

Pentadbiran Donald Trump nampaknya terus berharap kesepakatan dengan Korea Utara dapat meningkatkan prospek pemilihannya pada bulan November, namun Korea Utara langsung tidak berminat dengan tawaran berkenaan.

Baru-baru ini, Korea Utara menjanjikan "hadiah Krismas" yang membuatkan ramai di Amerika Syarikat bimbang bahawa ia mungkin melibatkan ujian peluru berpandu nuklear atau balistik.

Jika Korea Utara melakukan ujian nuklear, maka AS mungkin terpaksa campur tangan.

Pada Khamis lalu, kapal Hai Yang Di Zhi 8 meninggalkan pelabuhan Sanya, di Pulau Hainan China dan disertai oleh kapal CCG minggu ini.

Kapal-kapal ini berada 92 batu nautika dari pantai wilayah Binh Dinh di Vietnam sehingga 8 November 2020 dan kemudiannya disertai oleh dua kapal militia laut China, Dongtongxiao00235 dan Min Xia Yu 00013.

Gregory Poling, pengarah Inisiatif Ketelusan Maritim Asia di Washington memberitahu Persatuan Koresponden Asing Filipina dalam persidangan berita dalam talian: "Apa yang cukup jelas ialah China tidak akan berhenti.

Menurut Gregory, jika pandemik COVID-19 peringkat global tidak membuatkan China menenangkan keadaan di Laut China Selatan, maka tiada apa yang boleh.

Amerika Syarikat vs China

amerika syarikat china perang dunia ketiga

Hubungan AS-China sangat tegang dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Perjanjian perdagangan antara kedua-dua negara kelihatan seperti dapat meredakan ketegangan namun pelaksanaannya masih dipersoalkan.

Ketika ini, dua ekonomi terbesar di dunia ini erperangkap dalam pertempuran perdagangan yang sengit.

Perselisihan yang telah berlangsung selama hampir 18 bulan ini telah menyaksikan AS dan China mengenakan tarif untuk barang-barang bernilai ratusan bilion dolar.

Donald Trump telah lama menuduh China melakukan amalan perdagangan yang tidak adil dan pencurian harta intelek, sementara di China terdapat persepsi bahawa AS berusaha untuk mengekang kenaikannya sebagai kuasa ekonomi global.

Pada masa yang sama, China telah bekerja keras untuk memastikan hubungannya dengan Rusia pada tahap yang selesa sementara AS telah mencetuskan kontroversi dengan Korea Selatan dan Jepun, dua sekutu terdekatnya di rantau ini.

Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping telah mempertaruhkan banyak reputasi politik mereka terhadap situasi perdagangan di kedua-dua negara dan oleh itu kedua-duanya mempunyai insentif untuk peningkatan diplomatik serta konomi.

Sekiranya situasi semakin memburuk, ini mungkin menyebabkan konfrontasi ketenteraan di daerah seperti Laut China Selatan atau Timur.

Ketegangan telah meningkat di tengah-tengah wabak koronavirus dengan Donald Trump menuduh China mencipta jangkitan maut itu di makmal.

Rujukan:

1. The Sun

2. Express

3. National News



Hakcipta iluminasi.com (2017)