Pengarang dan penulis buku iaitu Thomas Harris, bukanlah seorang yang mudah untuk diwawancara. Walaupun dia diselubungi misteri, Harris dikatakan seorang individu yang peramah dan mempunyai minat yang besar dalam bidang masakan.

Karakter Harris ini juga adalah punca yang membuatkan novel ciptaan paling terkenalnya iaitu Dr. Hannibal "The Cannibal" Lecter mendapat sambutan yang mengejutkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Harris telah memberi pembaca pandangan yang lebih mendalam mengenai psikologi Hannibal Lecter di dalam empat siri novel tulisannya. Peminat siri novelnya mungkin berfikir bahawa kisah Hannibal Lecter itu berakhir selepas Hannibal Rising diterbitkan pada tahun 2006. 

thomas harris

Thomas Harris

Akan tetapi, Harris ternyata mempunyai kejutan seterusnya. 2013 menandakan ulang tahun ke-25 sejak buku paling terkenal Harris iaitu The Silence of the Lambs diterbitkan.

Filem yang diadaptasikan daripada novel ini pada tahun 1991 yang dibintangi oleh Anthony Hopkins, dianggap sebagai lakonan terbaik bagi watak Hannibal Lecter.

Salah satu dialog Hannibal Lecter lakonan Anthony Hopkins yang paling diingati dalam filem ini ialah "Seorang pengumpul bancian pernah cuba untuk menyelidik saya. Saya kemudian telah memakan hatinya bersama kacang fava dan wain Chianti yang sedap".

dr hannibal lecter

Selepas filem itu diterbitkan dan mendapat sambutan, Thomas Harris telah mengambil kesempatan untuk mendedahkan siapa yang menjadi inspirasinya untuk menulis kisah mengenai legenda kanibalisme itu.

Kisah mengenai Hannibal Lecter yang ditulisnya itu bermula apabila Harris membuat kajian mengenai satu kisah pendek yang berlaku pada awal tahun 60-an. Kajian itu telah membawa penulis muda itu pergi ke Penjara Negeri Nuevo Leon di Mexico, untuk menemubual seorang banduan bernama Dykes Askew Simmons.

Simmons adalah individu tumpuan dalam kajiannya. Akan tetapi, tumpuan Harris telah terganggu apabila dia mengetahui tentang kejadian lain yang melibatkan seorang pakar bedah yang dipenjarakan di penjara yang sama iaitu Alfredo Balli Treviño.

dr alfredo balli trevi o

Dr. Alfredo Balli Treviño

Harris mendapat tahu cerita mengenai doktor itu apabila Simmons menceritakan pengalamannya berada di penjara. Simmons pernah melakukan cubaan untuk melarikan diri dari penjara, namun gagal dan cedera ditembak pengawal penjara. Doktor Treviño yang juga salah seorang banduan telah berjaya menyelamatkan Simmons.

Harris memutuskan bahawa dia mesti menemuramah doktor yang dianggapnya unik ini. Treviño telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara pada tahun 1961 kerana membunuh teman lelakinya, Jesús Castillo Rangel. Rangel telah diberikan dadah sebelum lehernya dikelar.

Kemudian, tubuh badan Rangel dicerai-ceraikan sebelum ditanam. Pelbagai spekulasi timbul mengenai motif jenayah yang dilakukan oleh pakar bedah itu. Akan tetapi, satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah perbuatan jenayah ini adalah gabungan antara kaedah dan kekejaman yang ekstrem.

hannibal

Dalam semua temubualnya bersama Doktor Treviño, Harris mendapati terdapat perbezaan antara sosiopath dan sofistikated. Memang benar doktor itu telah melakukan jenayah seperti seorang psaiko, namun dia juga berpewatakan bijak dan berhemah tinggi dalam masa yang sama. Perwatakan ini kemudian menjadi trademark bagi watak Dr. Hannibal Lecter dalam buku penulisannya.

Seperti yang disebutkan dalam sebuah artikel pada tahun 2014 terbitan laman web Medical Bag, Harris telah menggambarkan Treviño sebagai seorang lelaki yang elegan. Harris tetap merasakan sedemikian walaupun pakar bedah itu sedang menceritakan keinginannya untuk menyeksa mangsa dalam perbualan mereka.

Selepas temubual bersama Doktor Treviño selesai, salah seorang pengawal penjara memberitahu kepada Harris bahawa pakar berdah itu tidak akan meninggalkan penjara itu buat selamanya kerana dia semangnya gila.

hannibal dalam drama bersiri

Watak Dr. Hannibal Lecter dalam drama bersiri "Hannibal"

Watak Dr. Treviño dipotretkan ke dalam watak Hannibal Lecter yang menghabiskan sebahagian hidupnya dengan elegan di Florance. Lecter menikmati perkara terbaik dalam hidupnya dan sentiasa berpakaian kemas dan berkualiti.

Pada tahun 2013, Latin Times menyifatkan Dr. Treviño sebegai seorang yang gemar memakai sut dan pakaian berwarna terang, kasut putih dan cerimin mata hitam (kerana dia sensitif kepada cahaya). Dr. Treviño juga memiliki seutas jam tangan Rolex President yang dipakainya ke mana sahaja dia pergi.

Sementara itu, seorang penulis Mexico bernama Diego Enrique Osorno pula mendakwa bahawa Thomas Harris pernah menghubunginya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah Dr. Treviño. 

hannibal series

Menurut Osorno, Harris menulis surat kepadanya kerana memerlukan maklumat tentang seorang doktor perubatan yang dikenali oleh akhbar tempatan sebagai "Serigala Nuevo Leon" yang menjadi banduan di Penjara Negeri Nuevo Leon pada awal tahun 1960-an.

Doktor Alfredo Balli Treviño atau Hannibal Lecter yang "sebenar" ini telah dibebaskan pada tahun 2000 setelah hukumannya dibatalkan. Kali ini doktor yang semakin berusia itu kelihatan seperti tidak mempunyai keinginan lagi untuk meneruskan minatnya dalam melakukan jenayah.

Walaupun ramai yang berpandangan serong terhadapnya selepas dibebaskan, Doktor Treviño telah meneruskan untuk memberi perkhidmatan perubatan di tempat yang sama di mana dia membunuh mangsanya.

Kebanyakan daripada pesakit yang dirawatnya merupakan warga emas dan Doktor Treviño tidak mengenakan sebarang bayaran atau sumbangan daripada mereka. Alfredo Balli Treviño akhirnya meninggal dunia pada tahun 2009 akibat kanser prostat ketika dia berumur 77 tahun.

Rujukan : 

1. The Times

2. Vice

3. Medical Bag




Hakcipta iluminasi.com (2017)