Rafael Caro Quintero adalah salah seorang ketua kartel Mexico yang pertama dan paling berkuasa sehingga dia disyaki mengaturkan penyeksaan yang brutal dan membunuh seorang agen DEA.

Malah, dia dianggap sebagai "Narco of Narcos." Raja dadah yang dahagakan darah ini berasakan bahawa dia tidak dapat disentuh, namun Rafael telah melampaui batas apabila membunuh seorang agen Amerika dengan begitu kejam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

rafael caro quintero 228

Berjaya keluar daripada penjara atas alasan teknikal, Rafael ini masih bebas dan dikehendaki oleh FBI. Dan kini, Rafel adalah tokoh utama dalam siri popular Netflix, Narcos musim ke-4.

Ini adalah kisah sebenar Rafael Caro Quintero.

Kehidupan awal dan penubuhan Kartel Guadalajara 

rafael caro quintero 2

Rafael Caro Quintero dilahirkan pada Oktober 1952 di Sinaloa, Mexico. Tarikh lahirnya yang sebenar tidak diketahui, dikatakan pada bulan Oktober, November atau Mac 1952. 

Rafael memiliki 12 orang adik beradik dan bapanya meninggal dunia ketika dia berusia 14 tahun. Sebagai anak sulung, tanggungjawab untuk membantu ibunya dan 11 saudara kandung berada di atas bahu padanya.

Selepas bekerja sebagai peternak lembu dan bekerja di ladang jagung serta kacang tanah, Rafael menyedari bahawa terdapat cara untuk mendapatkan lebih banyak wang boleh dibuat melalui tanaman yang kurang tradisional.

Dengan ini, dia mula melibatkan diri dengan ganja yang berkembang di bawah bimbingan seorang raja dadah Mexico yang sangat sukar diberkas, Pedro Avilés Pérez .

Rafael dengan begitu pantas mengumpulkan wang yang cukup untuk membeli ladangnya sendiri yang sepenuhnya didedikasikan untuk menghasilkan dadah, dan tak lama kemudian, seluruh ahli keluarganya terlibat dalam perniagaan haram ini.

Bapa saudara, adik-adik lelakinya dan keluarga isteri Rafael terlibat dalam pemerdagangan dadah.

rafael caro quintero 3

Digambarkan oleh ejen DEA, James Kuykendall sebagai "produk sebenar penyeludupan dadah Sinaloa dan keperibadian pengedar dadah Sinaloa,", ketika Rafael berusia 29 tahun, dia adalah bintang yang semakin meningkat naik dalam dunia jenayah Mexico.

Pada tahun 1970-an, Rafael Caro Quintero bersama dengan pengedah dadah Mexico, Felix Galardo dan raja dadah Ecuador, Ernesto Fonseca Carillo terlibat dalam kerjasama tiga penjuru yang sangat dahagakan darah.

Mereka mengasaskan Kartel Guadalajara, yang akan menjadi prototaip bagi organisasi dadah yang masih melanda Mexico hingga ke hari ini.

Bersama-sama, mereka dikenali sebagai "Grandfather of Mexican Drug Trafficking", "El Padrino" atau "The Godfather" dan Don Neto.

Rafael Caro Quintero sendiri digambarkan oleh pegawai FBI sebagai salah satu pembekal utama heroin, kokain, dan ganja ke Amerika Syarikat pada tahun 1970an dan 1980-an.

Kejatuhan Rafael Caro Quintero

ejen dea enrique camarena salazar yang didakwa dibunuh rafael

(Enrique "Kiki" Camarena Salazar)

Dalam siri Narcos, kejatuhan Rafael Caro Quintero bermula apabila dia sendiri mula mengambil dadah kokain dan menjadi semakin paranoid serta tidak dapat diramalkan.

Pada hakikatnya, sarang dadah Rafael mula terbongkar pada November 1984, ketika pihak berkuasa Mexico menyerang ladang ganja "Buffalo Ranch" di Chihuahua yang menelan menyebabkan kerugian kepadanya di antara RM10.3 bilion dan RM20.6 bilion.

Pihak berkuasa menerima maklumat mengenai ladang tersebut melalui seorang ejen DEA yang menyamar. Rafael yang tersangat berang dengan kerugian itu dengan segera mula merancang untuk membalas dendam. 

Pertama, pada tahun 1985, Rafael dengan sekutunya didakwa membunuh dua warga Amerika, John Clay Walker dan Alberto Radelat.

Kesilapan membunuh 2 nyawa ini disebabkan oleh Rafael yang semakin paranoid dan tersalah anggap bahawa mereka adalah ejen DEA. 

Sementara itu, dipercayai bahawa Enrique "Kiki" Camarena Salazar, seorang ejen kelahiran Mexico yang menyamar untuk DEA, adalah individu yang menyalurkan maklumat tentang ladang Buffalo Ranch tersebut.

Akibatnya, pada 7 Februari 1985, Enrique diculik dari jalanan di Guadalajara pada siang hari.

Tubuh badan Enrique dan juga juruterbangnya, Kapten Alfredo Zavala Avelar, ditemui terbungkus di dalam plastik hampir sebulan kemudian pada 5 Mac dan Rafael Caro Quintero serta krunya adalah suspek utama.

Enrique dan Alfredo dikatakan tidak mati dengan cara yang mudah dan cepat. Sepanjang 30 jam, tulang-tulang wajah dan trakea Enrique didapati hancur.

Tulang rusuknya pecah dan kepalanya digerudi. Paru-paru ejen DEA itu didapati mengandungi kesan ubat-ubatan yang diberikan oleh penculiknya untuk memaksa Enrique berada dalam keadaan sedar ketika ditangkap oleh penculiknya untuk memaksa dia untuk terus terjaga ketika diseksa.

Kematian Enrique Camarena menimbulkan kemarahan yang dahsyat di Amerika Syarikat. Orang ramai terkejut dengan penyeksaannya dan pihak berkuasa berang dengan betapa mudahnya salah seorang daripada ejen mereka diculik.

Beberapa pegawai penguatkuasa undang-undang Mexico kemudiannya didakwa atas bantuan dalam pembunuhan itu.

gambar rafael caro quintero pada tahun 2016

Amerika Syarikat kemudiannya mula mempertimbangkan dengan serius akan penutupan sempadan kedua-dua negara ini dan Presiden Ronald Reagan meletakkan tekanan besar terhadap presiden Mexico, Miguel de la Madrid, untuk membawa pembunuh Enrique Camarena ke muka pengadilan.

Walaupun Rafael Caro Quintero memiliki kuasa dan pengaruh yang besar dalam kerajaan Mexico yang dipenuhi rasuah, namun dia bukanlah tidak mampu menandingi kemarahan Amerika Syarikat.

Disebabkan itu, pada April 1985, 2 bulan selepas pembunuhan Enrique Camarena, pemerintahan bebas dan berdarah Rafael Caro Quintero selama hampir dua dekad di Mexico, berakhir.

Dia ditangkap di sebuah mahligai di Costa Rica di mana dia menyembunyikan diri, dan diekstradisi kembali ke Mexico lalu dijatuhkan hukuman 40 tahun penjara kerana disyaki sebagai perancang pembunuhan Enrique Camarena.

Penangkapan Rafael Caro Quintero menyebabkan Kartel Guadalajara runtuh dari dalam.

Pembebasan dan kontroversi Rafael Caro Quintero

rafael caro quintero dibebaskan

Kisah Rafael Caro Quintero pada mulanya kelihatan seolah-olah satu contoh keadilan yang jarang berlaku terhadap salah satu pemimpin kartel Mexico yang paling berkuasa, yang kebanyakannya, seperti El Chapo, berjaya melarikan diri sekalipun dipenjarakan.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2013, Rafael tiba-tiba dibebaskan dari penjara selepas 28 tahun menjalani hukuman.

Mahkamah persekutuan Mexico telah mengarahkannya untuk dibebaskan selepas membatalkan sabitannya atas sebab teknikal iaitu dia telah diadili di mahkamah persekutuan untuk jenayah negara.

Pada usia 53 tahun, "Narco of Narcos" dibebaskan daripada penjara.

Pembebasan Rafael mencetuskan kemarahan di kalangan pegawai Amerika Syarikat. White House mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa "kami tetap komited pada hari ini apabila melihat Quintero dan orang lain yang terlibat dalam jenayah ini menghadapi keadilan di Amerika Syarikat sama seperti ketika berlakunya pembunuhan Enrique Kiki Camarena."

rafael caro quintero dalam wawancara pada tahun 2016

(Rafael Caro Quintero dalam sebuah wawancara pada tahun 2016 di Mexico)

Bagi Rafael pula, dia mendakwa bahawa telah bersara secara rasmi daripada perniagaan berdarah itu.

Dalam wawancara tahun 2016 dengan wartawan Mexico, dia bersumpah mengatakan "Saya adalah pengedar dadah 31 tahun yang lalu, dan dari saat itu saya memberitahu anda bahawa apabila saya kehilangan hasil tanaman saya (Buffalo Ranch), saya tidak lagi melakukan aktiviti itu."

Amerika Syarikat bagaimanapun agak berwaspada tentang hakikat Rafael yang mahu meneruskan hidupnya dengan tenang dan aman.

Pada tahun 2017, DEA mengenal pasti Rafael Caro Quintero sebagai salah seorang pemimpin kartel Sinaloa yang bertanggungjawab menyeludupkan beratus-ratus tan syabu, ganja dan kokain ke Amerika Syarikat.

rafael caro quintero dalam senarai 10 individu paling dikehendaki di amerika syarikat 182

Pada April 2018, FBI menambah nama “Grandfather of Drug Trafficking” yang berusia 58 tahun itu ke dalam senarai "10 Individu Paling Dikehendaki", menawarkan ganjaran RM84 juta kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat lokasi Rafael.

Jumlah ganjaran ini adalah antara yang tertinggi dalam sejarah FBI.  

Setakat ini, tiada siapa yang ke hadapan untuk menuntut ganjaran itu dan ia dikatakan bahawa Rafael Caro Quintero bebas di Mexico Utara.

Rujukan:

1. FBI

2. Refinery

3. Bustle




Hakcipta iluminasi.com (2017)