george bush 4g864

Dikatakan sebagai individu paling berkuasa di dunia, memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat pasti akan membuatkan setiap perbuatan, perkataan dan perlakuan individu itu diperhatikan oleh semua orang.

Ini termasuklah juga kejadian-kejadian yang memalukan diri sendiri dan jangan pula anda ingat, Presiden Amerika Syarikat tidak melakukan perbuatan yang memalukan semasa menjawat jawatan tersebut.

Dalam ramai-ramai Presiden Amerika Syarikat, Presiden George H.W. Bush boleh dikatakan memegang takthta mengalami kejadian memalukan semasa menjadi Presiden, ini kerana perkara tersebut bukan sahaja melibatkan dia malahan melibatkan Perdana Menteri Jepun ketika itu, Kiichi Miyazawa dan semua yang berlaku dirakamkan dalam kamera.

LATAR BELAKANG KEJADIAN

perlawanan tenis jepun lawan amerika

Pada 8 Januari 1992, Presiden Bush perlu menghadiri satu majlis makan malam atas jemputan Perdana Menteri Kiichi Miyazawa, ketika rangka lawatan Presiden Bush ke Asia dalam memperkukuhkan lagi hubungan di antara Amerika Syarikat dan Jepun.

Majlis tersebut yang dihadiri oleh 135 orang diplomat dianjurkan di kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun. Presiden Bush mengakui dirinya sendiri berada dalam keadaan tidak sihat pada acara itu ekoran baru saja menyertai satu perlawanan tenis di antara dirinya dengan Duta Amerika Syarikat ke Jepun, Michael H.Armacost menentang Maharaja Akihito dan Putera Naruhito. Dalam perlawanan itu, pasukan Amerika Syarikat tewas kepada pasukan Jepun.

Merasa dirinya tidak sihat, Presiden Bush tetap berhasrat mahu memenuhi jemputan tersebut kerana acara itu diadakan sempena kedatangan beliau di Jepun. Semasa menerima kunjungan tetamu, Presiden Bush terpaksa meminta diri ke tandas untuk muntah.

Dinasihatkan supaya berehat oleh pegawai perubatan, Presiden Bush memilih untuk terus menyertai makan malam tersebut.

MENU MAKANAN MENTAH ALA JEPUN

salmon mentah

Tetamu pada malam itu bakal disajikan dengan hidangan 4 jenis, sup cendawan sebagai pembuka selera, hidangan salmon mentah dengan caviar, daging lada hitam dan seterusnya ais krim buah-buahan.

Ketika sedang menunggu hidangan ketiga selepas selesai menjamah salmon mentah, wajah Presiden Bush menjadi pucat dan beliau pengsan. Tubuhnya berpusing ke sebelah kiri mengadap Kiichi Miyazawa lalu jatuh ke atas ribanya, sebelum Presiden Bush muntah.

Keadaan menjadi panik dengan pegawai khas tidak sempat memangku beliau dan kepala Presiden Bush, dipangku sendiri oleh Perdana Menteri Jepun. Seluar beliau penuh muntah individu paling berkuasa di dunia.

DIbaringkan di atas lantai, Presiden Bush akhirnya sedarkan diri lalu memberikan isyarat kepada para tetamu, yang mendapat tepukan bergemuruh. Kejadian itu dirakamkan dalam kamera dengan media Jepun tidak menayangkan visual yang dirakamkan, tetapi media Amerika berpesta dengan insiden tersebut.

REAKSI MASYARAKAT AMERIKA MENJADIKANNYA JENAKA

bushu suru

Media di Amerika Syarikat mengambil insiden itu sebagai salah satu modal untuk mentertawakan Presiden mereka. Pada ketika itu, ekonomi Amerika Syarikat sedang menghadapi penurunan dan lawatan kerja tersebut dilakukan bagi mempertingkatkan hubungan ekonomi agar ekonomi Amerika Syarikat dapat kembali rancak.

Insiden itu banyak menjadi parodi artis-artis dan rancangan-rancangan komedi seperti Saturday Night Live, The Simpsons dan King of the Hill. Salah satunya yang paling terkenal dalam adegan filem Hot Shots Part Deux, dengan Lloyd Bridges memainkan parodi apa yang berlaku.

Mendiang Robin Williams sendiri melakonkan semula insiden tersebut semasa menerima anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam acara anugerah Golden Globes pada tahun 1992.

Bagi mereka bersimpati terhadap beliau, Presiden Bush meyakinkan orang ramai tahap kesihatan beliau dalam keadaan baik dan sepatutnya tidak mendatangkan masalah untuk beliau menjadi Presiden dengan pemilihan semula akan berlangsung tidak lama selepas insiden itu.

POPULARITI BUSHU-SURU MENINGKAT

george bush

Walaupun menghormati insiden itu sebagai satu perkara yang berlaku tanpa sengaja, di kalangan masyarakat Jepun penggunaan satu frasa baru yang semakin popular. Bagi meraikan dan memperingati kejadian di mana Presiden Amerika Syarikat muntah ke atas Perdana Menteri mereka sendiri, masyarakat Jepun mula menggunakan perkataan 'Bushu-suru' yang membawa maksud 'to do the Bush thing' atau 'mahu Bush' setiap kali hendak muntah.

Pulang dalam keadaan memalukan dengan tahap ekonomi negara berada dalam keadaan teruk, kajian menunjukkan hanya 48% rakyat Amerika mempercayai pentadbirannya. Presiden Bush mencuba nasib sekali lagi dalam mendapatkan jawatan Presiden untuk penggal kedua. Dia tewas dalam pemilihan Presiden waktu itu.

Pernah mengalami masalah kesihatan di Jepun sehingga mengalami insiden memalukan itu, tahap kesihatannya sehingga kini masih baik sehingga kini. George H.W. Bush memegang rekod sebagai Presiden Amerika Syarikat yang paling panjang usianya, memecahkan rekod yang dipegang oleh Presiden Gerald Ford sebelum ini.

Rujukan

NYTImes


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)