Kita patut bersyukur walaupun perbalahan dalam politik agak tegang terutamanya ketika ini, negara kita masih terkawal dan rakyat masih tidak melampaui batas dalam meluahkan apa yang di rasa.

Berbeza dengan keadaan di Amerika Syarikat, rakyatnya yang ekstrem ditambah pula dengan undang-undang senjata api yang agak longgar menyebabkan berlakunya cubaan bunuh ke atas beberapa Presiden Amerika Syarikat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, 4 daripada 45 Presiden AS telah terkorban disebabkan ini. iluminasi.com kongsikan 8 cubaan bunuh Presiden AS yang menemui kegagalan.

1. Sam Byck

sam byck cubaan bunuh presiden amerika syarikat yang gagal sam

Tanggal 22 Februari 1974 hampir menjadi hari terakhir Presiden AS ke-37 Richard Nixon. Pada hari tersebut, Samuel Byck telah merampas pesawat komersial dan merancang untuk melakukan misi bunuh diri dengan menjunamkan pesawat tersebut menghentam White House.

Namun pesawat tersebut telah diserbu oleh pihak polis, membuatkan Samuel berputus asa dan menembak diri sendiri sebelum pesawat itu terbang.

2. Lynette Fromme

lynette fromme cubaan bunuh presiden amerika syarikat yang gagal 2 241

Pada 5 September 1975, Presiden AS ke-38 Gerald Ford hampir-hampir dibunuh oleh Lynette Fromme, salah seorang ahli kumpulan jenayah Charles Manson. Dengan berpakaian serba merah, Lynette berhadapan dengan Gerald di sebuah taman dan cuba melepaskan tembakan.

Ajaibnya, tembakan itu tidak berfungsi menyebabkan Lynette gagal membunuh Gerald. Ketika perbicaraan dilakukan, peguam pendakwa Dwayne Keyes mencadangkan hukuman berat atas alasan Lynette penuh dengan kebencian dan keganasan.

Sebagai respon, Lynette membaling sebiji epal mengenai kepala Dwayne.

3. Shannon Richardson 

shannon richardson cubaan bunuh presiden amerika syarikat yang gagal sam

Presiden Barack Obama juga tak terlepas daripada cubaan bunuh seperti beberapa presiden yag lain. Pada tahun 2013, seorang pelakon tambahan dalam  filem The Walking Dead dan The Vampire Diaries iaitu Shannon Richardson, telah memasukkan serbuk risin ke dalam 2 pucuk surat lalu dihantarkan kepada Barack Obama dan datuk bandar New York iaitu Michael Bloomberg.

shannon richardson cubaan bunuh presiden amerika syarikat yang gagal sam 2

Shannon kemudiannya menelefon pihak polis dan cuba memerangkap suaminya atas jenayah yang dilakukan namun dinafikan suaminya.

Tuduhannya itu gagal selepas penyiasat menemui bukti bahawa Shannon sendiri yang menghantar surat tersebut.

Shannon dijatuhkan hukuman 18 tahun penjara bermula tahun 2014 atas kesalahan cubaan membunuh Presiden.

4. John Hinckley Jr.

john hinckley jr cubaan bunuh presiden amerika syarikat yang gagal sam 2

Disebabkan John Hinckley Jr. sangat meminati pelakon Jodie Foster, telah membuatkan beliau cuba membunuh Presiden Ronald Reagan. John yakin Jodie Foster akan jatuh cinta padanya jika dia membunuh presiden.

Jadi pada 30 Mac 1981, John hampir-hampir membunuh Ronald dengan melepaskan 6 tembakan ke aras Ronald ketika beliau meninggalkan Hotel Hilton.

john hinckley jr cubaan bunuh presiden amerika syarikat yang gagal sam

4 orang tercedera termasuk Presiden, dan setiausaha akhbar, James Brady lumpuh seumur hidup. John tidak disabitkan atas kesalahan ini disebabkan faktor tidak siuman dan berada di bawah penjagaan institusi psikiatri sehingga September 2016.

Ia mendapat bantahan orang awam membuatkan Akta Pembaharuan Pertahanan Tidak Siuman 1984 berubah. John dibebaskan dari institusi ini pada Semptember 2016 dan tinggal dengan ibunya.

5. John Schrank

john schrank cubaan bunuh presiden amerika syarikat yang gagal sam

John Schrank telah mendakwa hantu William McKinley, iaitu Presiden AS ke-25 melawatnya dan menyuruh membunuh Presiden Theodore Roosevelt.

John yang menghadiri ucapan di Gilpatrick Hotel yang juga dihadiri Theodore telah melepaskan tembakan ke aras Presiden itu.

john schrank cubaan bunuh presiden amerika syarikat yang gagal 2

Peluru yang ditembak itu mengenai bekas cermin mata keluli yang diletakkan dalam poket kemejanya dan menyelamatkan Theodore. Beliau enggan menerima rawatan dan meneruskan ucapan selama 90 minit yang dimulakan dengan :

"Tuan-tuan dan puan-puan, saya tak tahu sama ada anda semua sedar saya baru sahaja ditembak, namun bukan mudah untuk membunuh saya,".

6. Sara Jane Moore

sara jane moore cubaan bunuh presiden amerika syarikat yang gagal sam 573

Selepas cubaan bunuh oleh Lynette Fromme 17 hari sebelum kejadian ini, Presiden Gerald Ford berhadapan dengan satu lagi cubaan bunuh. Dan sekali lagi iaitu pada 22 September 1975, seorang wanita Sara Jane Moore telah melepaskan satu das tembakan ke aras Gerald sejurus beliau melangkah keluar daripada sebuah hotel. 

Tembakan itu tidak mengenai sasaran dan orang awam, Oliver Sipple telah merampas pistol tersebut daripada tangan Sara yang menyelamatkan nyawa Gerald.

sara jane moore cubaan bunuh presiden amerika syarikat yang gagal 911

Namun balasan terhadap jasa baik Oliver menyelamatkan Presiden AS adalah hidup yang rosak. Pihak media melaporkan segalanya mengenai hero ini termasuklah memberitahu orang awam bahawa Oliver seorang homoseksual.

Berita itu mengejutkan keluarganya yang kemudian membuangnya, menyebabkan Oliver terjebak dengan masalah alkohol. 

Sara dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas jenayah itu namun dibebaskan pada 31 Disember 2007 selepas 32 tahun. Sara berkata "Saya tak pernah ada niat nak bunuh orang tapi ada tahap sehingga satu-satunya cara untuk kita menyuarakan sesuatu adalah dengan mengangkat pistol,".  

7. Giuseppe Zangara

giuseppe zangara cubaan bunuh presiden amerika syarikat yang gagal

Ketika Franklin Roosevelt sedang memberikan ucapan di Miami pada 15 Februari 1933, beliau telah diserang. Giuseepe Zangara telah melepaskan tembakan namun tidak mengenai Franklin.

Tembakan itu walaubagaimanapun mengenai 5 yang lain termasuklah datuk bandar Chicago iaitu Anton Cermack. Ketika saat-saat akhir Anton, beliau berkata kepada Franklin : "Saya lega tembakan itu mengenai saya dan bukan tuan,".

8. Oscar Ortega Hernandez

oscar ortega hernandez cubaan bunuh presiden amerika syarikat yang gagal sam 2

Oscar Hernandez menyangkakan dia adalah Nabi Isa, dan Barack Obama merupakan dajjal. Disebabkan itu, pada 11 November 2011, Oscar memandu ke Washington dengan selaras senapang.

Dia kemudiannya meletakkan kereta 685 meter dari White House, mensasarkan senapangnya lalu melepaskan tembakan ke tingkap di tingkat dua. Namun cubaan itu gagal kerana tiada siapa berada di White House ketika itu.

Rujukan:

1. History On The Net

2. Daily Mail

3. BBC

4. NBC News

5. All That

6. NPS

7. History




Hakcipta iluminasi.com (2017)