poster white house terbakar

Setiap pemimpin negara mempunyai kediaman rasmi yang disediakan oleh sesebuah negara. Di Malaysia misalnya, kediaman rasmi Perdana Menter Malaysia terletak Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia ini diberi nama Seri Perdana dan siap pembinaannya pada tahun 1999.

Sementara itu, dalam banyak-banyak kediaman rasmi pemimpin dunia, kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat adalah kediaman rasmi yang paling popular di dunia. Kediaman rasmi ini juga dikenali dengan nama White House.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sekadar untuk pengetahuan dan bacaan umum, kali ini kami ini berkongsi beberapa fakta menarik mengenai White House yang mungkin jarang didengari.

1. Mengadakan pertandingan untuk mencari reka bentuknya

rekabentuk white house

Dalam usaha untuk mencari reka bentuk kediaman rasmi Presiden, pihak Kongress telah mengadakan sebuah pertandingan reka bentuk. Dalam pertandingan itu, seorang arkitek daripada Irish bernama James Hoban telah memenanginya. Reka bentuknya itu dikatakan mengambil inspirasi daripada reka bentuk Leinster House di Dublin.

Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang $500 dan satu lot tanah di Washington D.C. Selain itu, beliau juga dilantik untuk mengetuai dan memantau pembinaan White House yang bermula pada 1793. Kos pembinaannya pada ketika itu adalah $232,372, bersamaan kira-kira $100 juta pada hari ini. 

2. Dibina oleh golongan hamba, bekas hamba dan imigran

sejarah white house 302

Berdasarkan buku bertajuk "The Invisibles: The Untold Story of African American Slaves in the White House", dianggarkan 400 daripada 600 orang yang terlibat membina bangunan ini terdiri daripada golongan hamba abdi. Selain itu, 50 daripadanya terdiri daripada golongan hamba yang sudah dibebaskan manakala bakinya adalah golongan imigran yang miskin.

Pihak White House Historical Association mengesahkan mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, mereka mendakwa golongan hamba tersebut bukanlah milik kerajaan, sebaliknya hamba yang disewa daripada pemilik asal mereka.

3. Pernah dibakar oleh pihak British

kebakaran di white house

Pada 1812, Amerika Syarikat telah mengisytiharkan perang terhadap Great Britain. Terdapat beberapa sebab perang ini diisytiharkan, antaranya untuk menguasai Kanada yang pada ketika itu merupakan kawasan jajahan British. Ketika perang ini, salah satu kekalahan terbesar dialami Amerika Syarikat adalah apabila British berjaya memasuki bandar Washington DC, seterusnya membakar bangunan White House dan beberapa bangunan utama yang lain.

Pembinaan semula bangunan White House dilakukan mengikut pelan reka bentuk asal. Selain itu, arkitek asal yang mencipta rekabentuknya, James Hoban dilantik semula bagi memastikan pembinaan semula White House mengikut rekabentuk asalnya dahulu. Proses pembinaanya semula selesai sepenuhnya pada tahun 1817.

4. Asal usul nama White House

white house 108

Pada asalnya, bangunan ini diberi nama President's House sebelum ditukar nama kepada White House kerana warna luarannya akan putih. Terdapat mitos yang mengatakan bangunan ini dicat berwarna putih untuk menutup kesan kebakaran bangunan ini yang dibakar oleh tentera British semasa perang pada tahun 1813. Walau bagaimanapun, dakwaan ini tidak benar sama sekali kerana warna asal bangunan ini sememangnya putih.

Pada tahun 1798, cat berasaskan kapur telah dicat pada bangunan ini melindungi bahan binaannya daripada retak. Lapisan cat ini biasanya akan pudar akibat panas dan hujan dan perlu dicat semula setiap tahun. Pada 1818, maka satu lapisan cat berwarna putih berasaskan plumbum ditambah pada dinding luar bangunan ini untuk mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku, seterusnya menjadikan bangunan ini berwarna putih sepenuhnya.

Pada tahun 1901 sewaktu pemerintahan Presiden Theodore Roosevelt, nama White House mula digunakan secara rasmi menggantikan President's House.

5. Pusat perlindungan bagi haiwan peliharaan milik Preside

binatang peliharaan presiden amerika

White House bukan sahaja menjadi kediaman rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat dan keluarga mereka, malah turut menempatkan haiwan-haiwan peliharaan Presiden Amerika Syarikat sejak daripada dahulu lagi. Daripada 45 orang Presiden daripada dahulu hingga kini, hanya 3 orang Presiden yang tidak menempatkan haiwan peliharaan mereka di White House iaitu Chester A. Arthur, Franklin Pierce dan Donald Trump.

Bukan hanya kucing dan anjing, White House juga pernah menempatkan haiwan-haiwan eksotik antaranya buaya, kuda dan badak air. Tidak semua haiwan yang diberi sebagai hadiah diplomatik boleh disimpan disini dan sesetengahnya seperti harimau dan beruang terpaksa didermakan kepada zoo.




Hakcipta iluminasi.com (2017)