donald trump dan rajinikanth padayappa

Walaupun penerimaan masyarakat dunia terhadap perlantikan Donald Trump sebagai Presiden masih lagi menjadi bahan jenaka banyak pihak, kami masih lagi memilih untuk bersikap neutral dalam meneliiti kebolehan beliau.

Namun tidak dapat dinafikan, tabiat Donald Trump menggunakan twitter sedikit sebanyak tidak membantu memperbaiki imej beliau di mata penentang-penentang beliau.

Tahukah anda Donald Trump adalah seorang pengguna Twitter yang aktif? Percayakah anda jika kami katakan, 5 twit berikut bukannya datang daripada akaun Twitter  Donald Trump palsu, tetapi datang daripada buah tangan seseorang yang bergelar Presiden kepada sebuah negara bernama Amerika Syarikat?

1.Kawan baik kepada Kim Jong Un

donald trump tweet tak patut4

Menyatakan kekecewaannya selepas Presiden Korea Utara (yang pasukan bola sepaknya baru sahaja menewaskan negara kita) mengatakan dia tua, Trump membalas dengan memanggil Kim Jong Un 'gemuk dan pendek.'

Kita semua tak sampai hati nak mengatakan perkara tersebut walaupun benar, tetapi Trump mengatakannya dengan selamba. Seselamba segelintir rakyat Malaysia mentertawakan Rosmah Mansor.

2.Bagaimana hendak menghentikan keganasan?

donald trump tweet tak patut

Masih ingat insiden tragedi akibat penerbitan media bersifat anti Islam oleh penerbitan Charlie Hebdo? Trump ada nasihat yang berguna untuk kita semua. Rakyat Perancis mengkritik twit ini dan mendesak kerajaan Perancis memberikan reaksi.

3. Ucapan selamat tahun baru paling kejam

donald trump tweet2 tak patut

Ucapan selamat tahun baru paling poetik yang pernah disampaikan oleh seorang Presiden. Andainya ini dilakukan oleh pemimpin negara kita, entah bagaimana lah reaksi kita semua.

4. Mengapa kuasa besar dunia perlu bermusuh?

donald trump tweet3 tak patut

Anda setuju dengan pendapat Trump yang Amerika Syarikat serta Russia sepatutnya berdamai dan mencari jalan tengah?

5. Kehebatan Twitter

donald trump tweet5 tak patut

Ada di antara kita menganggap media sosial bukanlah sesuatu yang perlu diambil serius sangat tetapi tidak bagi Presiden Amerika Syarikat ini.

Dia yakin akaun Twitternya mampu mengubah dunia. Mungkin satu hari nanti, filem superhero tidak lagi memaparkan aksi adiwira dan hanya penuh dengan aksi adiwira sedang menghantar twit kepada musuhnya.


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)